Chef Amer Bongkar Lokasi Soto Paling Power di Parit Raja, Johor

Share

Melalui facebook seorang chef yang dikenali dengan coklat, Chef Amer, beliau telah membongkar satu lokasi warung yang menghidangkan soto paling sedap di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Menariknya, warung ini menyediakan soto dengan cara asli iaitu ayamnya disiat-siat. Bukannya dipotong-potong. Inilah istimewanya soto di Warong Satar.

Ayam disiat-siat.

“Sotonya agak ‘clear’ tidak berempah dan terasa manis ayamnya. Ayamnya digoreng setelah direbus dan disiat-siat isinya. Inilah cara hidangan soto yang asli. Bukannya ayam yang dipotong-potong. Nasi himpit juga lembut. Selesa je masuk ke perut,” katanya.

Menurut Chef Amer, selain menu soto, ada juga menu lain seperti mi rebus, lontong, rojak dan nasi lemak.

Sambal kicap pelengkap rasa.
Bergedel wajib ada.
Mana cukup satu bergedel!

“Hanya ‘Makan Mania’ dan jiwa yang kental sahaja berani sampai sejauh ini semata-mata untuk semangkuk soto. Apabila dah berhajat, jauh pun sanggup diredah. Siri Alas Perut di Johor meneruskan pencarian soto yang paling sedap. Terletak dalam kampung yang agak ke dalam sedikit. Warong Satar terletak di Kampung Parit Daun, daerah Parit Raja, Batu Pahat. Warungnya kecil sahaja tetapi sotonya power giler. Diusahakan oleh satu keluarga Jawa di hadapan rumah,” kata Chef Amer lagi.

Inilah warungnya.
Suasana depan warung.
Jalan depan warung.
Warong Satar.

Info Warung:

Nama warung: Warong Satar
Lokasi: Kampung Parit Daun, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Tutup Jumaat dan Sabtu)

Sumber: Chef Amer

Published by
Maryam Elyas