Chef Anis Nabilah Terima Anugerah Nona Culinary Award / Nona Superwoman 2018

Share

Minatnya dalam dunia kulinari terbit sejak daripada kecil lagi apabila sering membantu ibunya menyediakan hidangan untuk keluarga tersayang. Siapa sangka, kini Anis Nabilah Umaruddin berjaya sebagai seorang cef selebriti dan pengacara terkenal. Berbekalkan kepakaran dan minat mendalam dalam bidang penyediaan makanan, beliau kini mampu berdiri setanding dengan cef selebriti popular yang lain. Bahkan, Anis berasa sangat terharu dan gembira dengan penghargaan yang diberikan oleh Majalah Nona bersempena Nona Superwoman Award kepada dirinya dan ini membuktikan kesungguhan dan kebolehan memasak beliau membuahkan hasil.

“Saya rasa sangat terharu dan bersyukur atas penghargaan dan anugerah yang diterima untuk kategori NONA Culinary Award kerana buat pertama kalinya sepanjang 11 tahun perjalanan karier sebagai seorang Cef Selebriti, saya rasa dihargai. Lebih-lebih lagi penghargaan ini diberikan oleh Majalah Nona yang sudah berada di industri selama lebih 30 tahun,” jelas Anis yang berkelulusan diploma daripada Food Institute of Malaysia (FIM) dengan teruja.

Selebiriti Chef yang sangat aktif menjadi pengacara program memasak

 

SEMUA ORANG BOLEH MEMASAK

Mengakui banyak dugaan yang terpaksa dihadapi sepanjang bergelar cef selebriti, wanita berusia 32 tahun ini tidak pernah patah semangat untuk terus memacu kerjayanya mencapai kejayaan yang lebih tinggi di samping berkongsi pengalaman yang sedia ada kepada orang lain juga.

“Sewaktu mula-mula ingin membina kerjaya sebagai seorang Cef Selebriti, ramai yang mempertikaikan kebolehan saya. Status saya yang masih bujang, belum mempunyai anak dan umur yang muda menjadikan mereka meragui kebolehan saya memasak. Namun, saya tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut kerana saya memang melakukan perkara yang saya minat dan tujuannya adalah untuk menambah dan berkongsi ilmu. Bahkan, ia tidak ada kaitan langsung untuk mengejar populariti”, tambahnya lagi.

Ibu saya ada berpesan, whatever you do in your life, you have to make a difference. Jadi, saya percaya sebagai seorang cef selebriti, kerja saya bukan hanya memasak tetapi untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dan bermakna bukan hanya kepada diri sendiri tetapi orang lain juga,” jelas wanita yang mempunyai tubuh kecil molek ini.

Memasak dan mencipta resipi sentiasa menjadi passion Anis

“Diharapkan, dengan perkongsian resipi dan cara memasak oleh saya dapat menarik orang-orang muda di luar sana untuk mula belajar memasak walaupun sesetengah orang mungkin menganggap memasak ini sesuatu yang remeh dan tidak penting.  Selain itu, mempunyai kebolehan memasak juga akan membolehkan anda menyediakan makanan sihat untuk keluarga”, ulas Anis lagi yang menganggap semua orang boleh memasak.

DIET & KESIHATAN

Bekerja sebagai seorang cef pastinya memberi peluang kepada Anis untuk merasai semua jenis makanan yang ada di setiap pelosok dunia. Namun, beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengawal pemakanan dan menjaga berat badannya.

“Kebiasaannya, kalau melancong ke negara orang saya akan makan apa sahaja kerana saya tidak mahu ketinggalan mencuba makanan baharu. Namun, untuk hari-hari lain I will try my best to practice clean eating seperti elakkan makanan yang diproses dan kurangkan pengambilan nasi dan gula.

Selain itu, saya juga hanya akan makan free range chicken atau ayam kampung kerana ia tidak disuntik antibiotik. Manakala, untuk pengambilan daging merah pula, saya hanya akan makan daging lembu yang makan rumput sahaja dan bukan makan bijirin. Sebab itu orang kampung kuat. Walaupun berumur lebih 60 tahun mereka masih boleh berkebun, menoreh getah dan melakukan kerja-kerja berat lain”, tambahnya lagi sambil ketawa.

 

 

Anugerah NONA SUPERWOMAN 2018 iktiraf 36 wanita cemerlang 

Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Siti Saadiah, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dato Nicol David (wakil) antara penerima Anugerah

Hadir dengan tema ‘Inspirasi Wanita Bermula di Sini’,

Nona Superwoman Award 2018 mengiktiraf wanita melalui 36 kategori anugerah yang sinonim dengan majalah Nona yang telah berada di pasaran selama 33 tahun. Para penerima anugerah ini bukan saja terdiri daripada golongan selebriti, malah ia merangkumi golongan usahawan, pakar motivasi, ahli sukan, ahli korporat serta ramai lagi.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran Nona Superwoman Award 2018 ini, Kiffy Razak selaku Editor Pengurusan Majalah Nona amat teruja dengan penerimaan dan sambutan daripada penerima-penerima anugerah yang ingin berkongsi kejayaan mereka seterusnya menjadi inspirasi buat wanita-wanita lain.

“Sebelum kami hadir dengan Nona Superwoman Award 2018, kami pernah mengajurkan acara seumpama ini seperti Nona 3 Dekad, 60 Wanita Inspirasi Nona dan Temasya Nona Wedding Trend. Namun, pengajuran acara sebelum ini adalah pada skala yang kecil. Tahun ini, kami tampil dengan lebih gah dan lebih berprestij. Para penerima juga terdiri daripada wanita yang terbukti banyak memberikan inspirasi dan kekuatan kepada wanita di luar sana untuk terus maju kehadapan dalam dunia yang semakin mencabar ini”.

 

Jenama Majalah Nona yang telah berada selama 33 tahun di pasaran ini juga menjadi bukti kandungan yang diberikan masih relevan buat masyarakat Malaysia. Menurut Farah Hussamuddin selaku Penerbit Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.,

jenama majalah Nona ini sangat dekat dengan wanita-wanita di Malaysia melalui ramuan kandungan yang dirancang khas walaupun berdepan dengan ledakan digital.

“Selama 33 tahun jenama Majalah Nona dipasaran, ianya banyak memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana untuk mencipta kejayaan. Kandungan yang dipaparkan di dalam majalah Nona ini sering kali dijadikan rujukan oleh mereka. Sehingga ke hari ini, kami masih mengekalkan identiti dan formula yang telah dibincangkan bersama sama ada dalam percetakan mahupun dalam penulisan digital ”

Puan Sri Sharifah Sabrina, Prof Muhaya, Che Ta dan Mira Jirin antara penerima Anugerah

Sebanyak 36 anugerah diberikan pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini termasuk satu anugerah utama iaitu Nona Superwoman of The Year 2018, yang diterima oleh Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah binti Aziz.

Selain daripada Nona Superwoman of The Year, antara anugerah-anugerah lain yang diberikan pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini ialah Nona Celebrity Business Award (Mila Jirin), Nona Fashionista Award (Rozita Che Wan), Nona Motivator Award (Prof Dr Muhaya), Nona Charity Award (Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah), Nona Royal Award (YM Tunku Kaiyisah), Nona Active Award (Datuk Nicol David), Nona VIP Award (Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina), Nona Entrepreneurs Award (Datin Vivy Yusof).

Persembahan Hebat dari Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kehdairian selebiriti, Vip dan usahawan berjaya mewarnai malam Anugerah ini.

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa turut tersenarai dalam penerima anugerah dengan masing-masing membawa pulang dua anugerah iaitu Nona Legend Award & Nona Influencer Award (Datuk Siti), Nona Insta Famous Award & Nona Hijab Award (Neelofa).

Pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini juga, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Ella dan Syamel turut membuat persembahan istimewa bagi meraikan wanita-wanita contoh ini. Turut hadir bagi meraikan penerima-penerima anugerah ini ialah seorang menteri wanita kerajaan Malaysia, YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar).

VVIPs yang hadir ke majlis Anugerah Nona Superwoman Award

Penganjuran Nona Superwoman Award 2018 ini turut mendapat sokongan daripada jenama perbankan , Affin Bank Berhad selaku penaja utama. Selain itu, malam anugerah ini juga turut dikilaukan oleh Swarovski dan diserikan oleh Max Factor  selaku penaja bersama.

 

Menarik untuk dibaca:   https://www.nona.my/wanita-inspirasi-berjaya-ini-senarai-penuh-penerima-nona-superwoman-award-2018/

 

 

 

Published by
Ida Abd Aziz