Chef Ard Kongsi Menu Ringkas Masak Siakap Dan Salmon

Share

Mahukan resipi ala hotel dan resort, meh cuba resepi dari Eksekutif Chef Ard Abd Aziz. Hampir 30 tahun pengalaman dalam kulinari, resipi yang dikongsi pasti menjadi.

2 resipi itu ialah GRILLED SEA BASS WITH TAPIOCA PUREE dan PAN FRY SALMON WITH VEGETABLES.

GRILLED SEA BASS WITH TAPIOCA PUREE

 BAHAN-BAHAN :

  • 120 gm fillet ikan siakap/ dipotong menjadi dua keping
  • 100 gm ubi kayu/ direbus dan lecek
  • 30 gm lada benggala merah/dipotong dadu kecil
  • 30 gm lada benggala hijau/dipotong dadu kecil
  • 30 gm bawang besar/dipotong dadu kecil
  • 30 gm daun bawang/ dihiris halus
  • 50 gm isi oren (ulas oren dipotong dadu)
  • 150 gm krim masakan
  • 30 gm bawang putih /dicincang halus
  • 30 gm mentega
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Masukkan ikan dan biarkan sehingga masak.
  3. Masukkan ubi kayu di antara lapisan ikan (2 keping tadi). Ketepikan
  4. Tumiskan bawang putih dan bawang besar dan campurkan kesemua sayur dan masukkan isi oren.
  5. Masukkan garam secukup rasa
  6. Bagi sos pula, panaskan mentega di dalam kuali dan masukkan krim, kacau.
  7. Masukkan sedikit jus limau dan garam secukup rasa.
  8. Hidangkan ikan siakap tadi bersama sayur dan sos.

PAN FRY SALMON WITH VEGETABLES

BAHAN-BAHAN :

  • 120 gm keping ikan salmon
  • 50 gm lada benggala merah/ dipotong dadu
  • 50 gm lada benggala hijau/ dipotong dadu
  • 60 gm bawang besar/ dipotong dadu
  • 30 gm bawang putih/ dipotong dadu
  • 50 gm kacang buncis/ dipotong dadu
  • 100 gm jus oren/dipotong dadu
  • 30 gm halia/ dihiris
  • 20 gm mentega
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Perasakan garam dan lada sulah di atas salmon.
  2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
  3. Masukkan ikan dan balikkan apabila masak (hanya dua hingga tiga minit sahaja)
  4. Panaskan kuali yang lain untuk penyediaan sayur.
  5. Tumis bawang dan bawang putih dan masukkan semua sayuran. Ketepikan.
  6. Bagi sos pula panaskan kuali lain dan tumis halia.
  7. Masukkan jus oren dan masak dengan api yang perlahan.
  8. Masukkan mentega dan kacau sebati
  9. Letakkan garam secukup rasa
  10. Tuangkan sos dan sayur di atas hidangan salmon

Selamat mencuba ya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Faridah Talib