Dikala cuaca panas, memang sedap kalau dapat minum Air Lemon Tea Pudina yang sedap, resipi perkongsian Chef Asma Nordin ni. Bahan-bahannya cukup mudah dan senang didapati. Menurut beliau, anaknya pun puji cakap air ni adalah air tersedap pernah dia minum. Kalah air di kedai. Aroma lemon dan pudina memang memikat selera. Chef juga izinkan resipi ini digunakan untuk tujuan niaga. Wow…Jom cuba!
CARA MEMBUAT AIR LEMON TEA PUDINA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 liter air panas (1 jug)
4 uncang teh serbuk – beli online disini
1 biji lemon
200gm gula pasir – beli online disini
Secekak daun pudina
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Lemon dibelah dua dan diperah untuk ambil jusnya. Pastikan biji dibuang .
Bila selesai diperah, kulit lemon dipotong nipis-nipis
2. Satukan air panas, gula pasir dan teh uncang di dalam jug. Kacau hingga gula hancur dan larut.
3. Masukkan jus lemon yang diperah tadi, hirisan kulit lemon dan daun pudina yang telah dibersihkan. Sebatikan.
4. Air Lemon Tea Pudina sedap siap untuk diminum secara sejuk atau panas.
Tip: Masukkan gula ikut cita rasa sendiri.
Kredit resipi & foto: Chef Asma Kitchenware
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official