Baru-baru ini, sekumpulan media telah didedahkan dengan pelbagai menu yang sedap daripada Chef Brian yang juga dikenali sebagai Abang Brian. Menariknya, bukan sahaja sedap tapi Chef Brian turut menitikberatkan mengenai pemakanan sihat. Kata Chef Brian, dia sendiri telah lama mengamalkan pemakanan sihat sejak mula menyediakan makanan yang sihat untuk bapanya.
CSR menyarankan orang ramai bertukar daripada gula putih kepada gula perang Better Brown. Rasanya tetap sedap malah lebih sihat.
“Setakat ini telah ada enam roadshow yang dibuat sekitar Alor Setar, Temerloh, Segamat dan beberapa lagi lokasi yang jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Kami pergi kepada masyarakat luar bandar untuk terangkan mengenai bahaya diabetes. Kami harap orang ramai semakin faham mengenai manfaat gula perang untuk kesihatan. Better Brown Sugar dijual pada harga RM3.80 setiap bungkus 1kg,” kata Farid sebelum sesi memasak bersama Chef Brian dimulakan.
Dalam sesi memasak di Young Chefs Academy di IPC Shopping Centre, salah satu resipi yang ditunjukkan adalah Brown Parfait With Caramelized Brown Sugar. Jom kita tengok resipi ini dan anda boleh cuba di rumah. Rasanya cukup sedap walau menggunakan gula perang.
BAHAN BROWNIES
1/4 cawan mentega | dicairkan
2 sudu kecil minyak sayur
6 sudu besar gula
1/4 Better Brown Sugar
1 biji telur ayam
1 sudu kecil ekstrak vanila
BAHAN SALTED CARAMEL
1/4 cawan Better Brown Sugar
1 sudu besar mentega
2 sudu besar krim putar
1/2 sudu kecil ekstrak vanila
BAHAN DEKORASI
Krim putar
Coklat ganache
Coklat urai
CARA MEMBUAT
1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah. Satukan mentega, minyak sayur, gula dan Better Brown Sugar dalam mangkuk sedehana. Pukul sebati. Tambahkan telur ayam dan ekstrak vanila. Pukul lagi sehingga ringan dan warnanya putih.
2. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Gaul sebati. Jangan gaul lama sangat. Masukkan dalam bekas yang beralas aluminium foil.
3. Bakar dalam oven selama 20 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk. Barulah potong dalam bentuk kiub.
4. Untuk membuat Salted Caramel pula, masukkan semua bahan dalam kuali. Panaskan sehingga semuanya cair.
5. Cara penyediaan: Letakkan kiub brownies di bahagian bawah botol. Masukkan sedikit karamel. Susunkan lagi kiub berselang seli dengan karamel. Dekorasikan bahagian atas dengan krim putar ikut bentuk yang disukai.