Istimewa sempena Syawalyang bakal tiba, Majalah RASA telah membawakan Rasa Lebaran Special Live bersama Chef Dr Kamarul dan isteri, Puan Yati Rahman di Gold Coast, Australia buat para ‘followers’ setia.
Dihoskan oleh Sis Mas, Chef Kamarul telah berkongsi dua resipi istimewa yang diambil dari buku masakan terbaru beliau, Warisan Mangkuk Tingkat.
Nasi Serai Bonda dan Kambing Gulai Kawah. Mendengar namanya sudah cukup untuk buat kita terliur. Malah resipinya juga cukup mudah dan tentunya membuka selera. Sesuai sangat anda cuba masak di hari raya nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. NASI SERAI BONDA
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi
2 ulas bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
3cm halia – hiris
5 batang serai – ketuk
4cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
3 ½ cawan air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
2 sudu besar bawang goreng
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Cuci dan rendam beras basmathi selama 20 minit. Tuskan airnya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi, tumiskan serai hingga naik bau.
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih.
4. Selepas itu masukkan pula bahan kisar dan tumis sehingga wangi.
5. Kemudian masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih seketika.
6. Kemudian masukkan beras basmathi dan daun pandan. Tanak hingga nasi masak.
7. Setelah nasi serai masak, taburkan dengan bawang goreng.
Ads
2. KAMBING GULAI KAWAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing
8 ulas bawang merah – kisar
6 ulas bawang putih – kisar
4cm halia- kisar
2 labu bawang besar – kisar
1 tangkai daun kari
4 biji ubi kentang – belah empat
4cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 sudu besar rempah kari daging
5 sudu besar minyak masak
1 ketul gula melaka
3 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
1 cawan santan
2 liter air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing bersama air ke dalam periuk. Rebus hingga empuk.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, daun kari dan bahan kisar hingga wangi.
Ads
3. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan rempah tumis ke dalam periuk rebusan daging kambing dan gaul rata.
5.Tuangkan santan, masukkan kentang dan gula melaka. Kecilkan api, reneh sehingga kentang empuk. Perasakan dengan garam.
Nasi adalah makanan ruji buat rakyat Malaysia. Di mana-mana dan sesiapa saja akan menjadikan nasi sebagai pelengkap dalam pemakanan seharian. Dan tidak hairan juga jika ada andaian menyatakan “anda belum makan jika tidak memakan nasi.” Ramai rakyat Malaysia sangat gemar menikmati beras wangi untuk hidangan harian di rumah.
Selain dimakan dengan lauk-pauk, banyak makanan dihasilkan daripada beras seperti roti, laksam dan kuih muih. Untuk itu pemilihan beras terbaik sangat penting, bukan sahaja untuk mengenyangkan tetapi boleh membekalkan zat-zat yang diperlukan untuk tenaga seperti karbohidrat, protein dan lemak serta zat-zat logam seperti besi dan kalsium. Lebih daripada itu kita juga pastinya ingin memilih beras berkualiti, yang enak dan berbau harum.
Hari ini terdapat pelbagai jenis beras wangi berada di pasaran dan setiap jenis pasti memberi rasa dan hasil berbeza apabila dimasak. Dan kebanyakan beras wangi ini juga diimport dari luar negeri. Kini kita mempunyai pilihan beras wangi tempatan yang tidak kurang hebatnya. Malah setanding dengan yang sudah lama berada di pasaran.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (250gm)
Beras Wangi HORECA Ladang’57, jenama terbaru beras wangi tempatan pertama yang dikomersialkan di Malaysia ini mempunyai segala kualiti yang diperlukan. Dihasilkan dan diuruskan oleh syarikat perniagaan produk pertanian dan makanan, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF) iaitu anak syarikat kepada FGV Holdings Bhd (FGV), syarikat agrobisnes utama negara.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (2kg)
Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini bukan sahaja sesuai untuk hidangan di rumah, malah sangat sesuai dijadikan pilihan untuk perniagaan sama ada di restoran, kafe dan hotel. Rasanya yang sedap dan harum pasti membuat pelanggan merasa lebih gembira kerana dihidangkan dengan nasi berkualiti tinggi.
LEMBUT & HARUM
Lembut dan sedap dimakan, kualiti Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini mempunyai bau yang harum pandan dan setelah dimasak mempunyai tekstur yang lebih likat, lembut. Mudah untuk dimasak dan berasnya yang tidak hancur. Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini tidak menyebabkan paras gula dalam badan meningkat jika diambil dengan kuantiti yang banyak, jadi sangat baik untuk semua.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (5kg)
Malah lagi menarik, beras ini sangat sesuai buat mereka yang menghidapi penyakit diabetik dan bagus untuk kesihatan. Beras ini bentuknya yang panjang, teksturnya yang bersih dan terbukti selamat untuk digunakan, sesuai dimasak untuk menu pelbagai resipi seperti nasi tomato, nasi ayam, nasi briyani, nasi goreng dan pelbagai lagi.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini didatangkan dalam tiga pek berbeza iaitu 5KG, 2kg dan juga 250g dengan harga RM30.00, RM12.00 dan RM2.00. Harganya memang sangat berbaloi dan berpatutan. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 boleh layari www.ladang57.com.my atau scan QR code di bawah untuk info lebih lanjut.
RESIPI BERASASKAN NASI MENGGUNAKAN BERAS WANGI HORECA LADANG’57
NASI AYAM CLAYPOT
BAHAN-BAHAN A:
2 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 2 ½ cawan air rebusan ayam 1 sudu teh stok perisa ayam
BAHAN-BAHAN B:
½ ekor ayam | potong kecil 3 ulas bawang putih | tumbuk halus 3sm halia | tumbuk halus 6 sudu makan kicap manis 2 sudu makan kicap pekat 2 sudu makan sos tiram 1 sudu teh lada sulah 1 sudu teh stok perisa ayam
BAHAN-BAHAN C:
3 tangkai cili kering | potong kecil 4 biji cendawan shiitake | belah dua Minyak bijan secukupnya Garam secukup rasa Cincangan daun bawang | untuk ditabur
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan B lalu gaul rata. Perap setengah jam. 2. Sementara itu, di dalam kuali kecil, panaskan sesudu kecil minyak bijan lalu goreng cendawan shiitake dan cili kering hingga wangi. Tutup api. 3. Di dalam periuk claypot, satukan semua bahan B lalu masak hingga separuh masak. 4. Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi diatas nasi yang separuh masak tadi lalu tutup periuk claypot beserta cendawan shiitake dan cili kering goreng tadi. Teruskan memasak dengan api yang kecil hingga semua bahan masak sempurna. 5. Setelah semua bahan masak, renjiskan sedikit minyak bijan dan tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
2 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 2 cawan susu cair ½ cawan air 3 sudu makan tomato puri 3 sudu makan sup tomato dalam tin 2 sudu makan minyak sapi 1 tangkai daun pudina 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 sudu teh garam Kacang gajus goreng & kismis | untuk ditabur
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
½ biji bawang besar 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik bau. 2. Masukkan bahan-bahan kisar lalu tumis lagi hingga wangi. 3. Masukkan tomato puri, susu cair, sup tomato dan air. Kacau hingga semua bahan sebati. Tutup api. 4. Tuang semua bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi. 5. Masukkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 yang telah dicuci bersih. Tambah garam. Kacau rata dan masak nasi hingga tanak. 6. Setelah nasi masak, masukkan daun pudina dan gembur nasi rata. Tabur kacang gajus goreng dan kismis di atas nasi. Hidangkan bersama lauk-pauk pilihan.
RICE PUDDING
BAHAN-BAHAN:
1 liter susu segar 1 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 1 cawan air ½ cawan gula kastor 1 sudu teh garam ½ sudu teh air ros (mawar) Serbuk kulit kayu manis secukupnya Cincangan kekacang panggang (walnut/badam/hazelnut) Hirisan buah mangga Hirisan buah pisang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama susu segar. Didihkan dengan api kecil sambal kacau berterusan supaya bahagian bawah tidak hangit. 2. Masukkan air, garam dan gula. Masak lagi hingga hingga nasi lembut. Renjis air ros lalu kacau rata. 3. Tabur sedikit serbuk kulit kayu manis di atas pudding nasi. Tabur kekacang panggang, hirisan buah mangga dan buah pisang sebagai pelengkap hidangan. Hidangkan panas.
Jom kali ini kita cuba buat nasi arab mandy pula. Bagi peminat nasi arab, selalunya nasi arab mandy menjadi pilihan kerana cita rasanya yang tidak terlalu berempah.
Ayuh kita lihat resipinya.
NASI ARAB MANDY
AYAM MANDY
BAHAN AYAM MANDY
1 ekor ayam (dibelah 4)
Rempah mandy
CARA MEMBUAT AYAM MANDY
1. Rebus ayam sehingga empuk.
2. Lumurkan rempah mandy pada ayam yang sudah direbus tadi.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah selsius dan bakar selama 20 minit.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada ayam dan balik-balikkan.
NASI MANDY
BAHAN NASI MANDY
2 pot beras basmathi
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang holand (racik halus)
2 biji buah pelaga
rempah 3 sekawan
sedikit lada hitam
5 tangkai cili kering
3 tangkai cili api
sedikit daun salam
Air rebusan ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT NASI MANDY
1. Rendam beras basmathi selama setengah jam. Basuh beras dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
3. Tumis bawang holand, buah pelaga, 3 sekawan, biji lada hitam, cili kering, cili api dan daun salam.
4. Apabila naik bau dan garing, masukkan beras, air rebusan ayam dan garam.
5. Apabila nasi sudah agak kering, letakkan sedikit rempah mandy yang sudah diletak sedikit air ke dalam nasi.
6. Tunggu 10 minit. Gunakan garpu dan kacau nasi supaya warna nasi tadi sebati.
BAHAN SUP KABSA
Minyak masak untuk menumis.
1 labu bawang besar
Rempah 3 sekawan
5 ketul ayam (hiris kecil)
3 biji kentang
Daun sup dan daun bawang
CARA MEMBUAT SUP KABSA
1. Tumiskan bawang besar dan 3 sekawan.
2. Masukkan rempah sup dan air rebusan ayam.
3. Masukkan ayam dan kentang.
4. Biarkan sehingga ayam dan kentang masak.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
BAHAN SAHAWAK (SAMBAL ARAB)
10 biji cili padi
4 biji tomato
3 ulas bawang putih
Daun ketumbar
Daun pudina
1 sudu kecil jintan putih
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT SAHAWAK (SAMBAL ARAB)
1. Kisar semua bahan di atas tanpa menggunakan air.
Resipi Sup Soto Ayam bersama Bergedil Kentang perkongsian saudari Khadijah Jaafar ni memang padu. Nak buat pun senang. Sesuai dinikmati sebagai sajin makan tengahari atau pun jika nanti ada bercadang nak buat makan-makan, menu ini boleh disajikan. Lengkap dengan resipi Sambal Kicap padu. Sangat sedap dan mudah nak masak. Kanak-kanak dan orang dewasa juga gemarinya. Jom cuba!
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.