Chef Khairi Kongsi 2 Resipi Kaserol Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya.

Share

Khas buat anda, RASA kongsikan dua menu casserole yang mudah dan enak. Menu yang disediakan oleh Chef Khairi ini memberikan idea untuk anda menyediakan sajian casserole sendiri di rumah ikut citarasa keluarga. Memang sedap! Pasti tak menyesal jika cuba. Jika nak sediakan masa hari raya nanti pun sesuai.

 

1. CHEESY CHICKEN & HERB RICE CASSEROLE

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm beras
  • 100gm bawang holland | dicincang
  • 10gm bawang putih |dicincang
  • 40gm sayur campur
  • 40gm cendawan  |dihiris
  • 150 whipping cream / krim putar
  • 20gm mentega
  • 50gm fillet ayam
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 2 sudu teh kicap
  • 1/2 sudu teh rosemary kering
  • 10gm parsly |dicincang
  • 100gm Shredded Cheddar Cheese / keju Cheddar putar
  • Garam jika perlu
  • Lada hitam jika perlu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara sediakan bahan lain.
  2. Gaulkan garam, serbuk lada hitam daun rosemary, serbuk paprika dan bawang putih bersama fillet ayam. Perap lebih selama 30 minit.
  3. Basuh beras, kemudian ketepikan.
  4. Panaskan mentega dalam periuk dengan api sederhana, tumiskan bawang Holland hingga wangi, masukkan beras diikuti beras. Masak seperti masak nasi biasa.
  5. Di dalam periuk lain, tumiskan bawang dengan sedikit mentega sehingga wangi dan masukkan sayur campur.
  6. Masukkan whipping cream, kacau sehingga kuah pekat.
  7. Sapukan casserole dengan mentega, masukkan nasi di lapisan bawah diikuti dengan campuran sayur campur dan akhir sekali fillet ayam di atasnya.
  8. Akhir sekali liputi bahagian atas dengan cheddar cheese. Kemudian bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atas bertukar warna perang keemasan.

 

2. POTATO & SAUSAGE CASSEROLE

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm kentang | dipotong dadu
  • 100gm sosej |dihiris
  • 50gm bawang Holland |dihiris
  • 30gm tepung gandum
  • 60gm whipping cream / krim putar
  • 30gm mentega
  • 50gm Shredded Cheddar Cheese / keju Cheddar parut
  • Secubit serbuk paprika
  • Garam ikut keperluan
  • Serbuk lada hitam ikut keperluan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara itu sediakan bahan lain.
  2. Panaskan kuali, tumiskan bawang bersama sedikit mentega, kemudian masukkan hirisan sosej, kentang, Masak sehingga wangi.
  3. Campurkan  tepung bersama whipping cream dengan api perlahan. Kacau sehingga sos menjadi pekat. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan sos ke dalam mangkuk casserole, kemudian masukkan campuran isian kentang dan sosej di atasnya, diikuti  hirisan keju dan taburkan paprika di atasnya.
  5. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atasnya bertukar warna perang keemasan.

 

Published by
Nur