Cendawan enoki selalu kita masukkan dalam masakan, malah kalau goreng celup tepung pun lagi sedap.
Biasanya kalau beli cendawan ini kita hanya melihatnya secara kasar. Nampak elok terus ambil.
Tak ramai yang arif tentang cara memilih cendawan enoki yang segar dan terbaik untuk dimasak. Dikongsi oleh Chef Deedee Mansor,
boleh guna penjelasan beliau ini sebagai panduan sebelum membeli cendawan ini.Dua hari lepas pergi pasar raya, nampak seorang akak nak ambil enoki yang sebelah kiri, tak sampai hati jadi kita tegur dan kongsi ilmu dengan dia.
1) Nak pilih enoki, pilih yang macam yang sebelah kanan, atasnya leper dan bukan macam belah kiri dah kecut dan kepala cendawan sudah kembang masuk angin serta air.
2) Bila picit rasa macam span basuh pinggan dan bukan rasa macam lembik dan berair.
3) Tengok warna cendawan sebelah kiri agak kekuningan, ambil yang masih cerah warnanya.
4) Periksa pek vacum dan pastikan tak masuk angin lagi.
Semoga bermanfaat
Sumber: Chef Deedee Mansor