
Selalu makan kerabu mangga ini di restoren makanan Thai tapi nak buat sendiri di rumah pun boleh sangat terutama kalau di rumah pokok mangga sedang berbuah.
Untuk rasa kerabu mangga yang sedap boleh ikut perkongsian Chef Asma Nordin ini. Kerabu mangga ini ratah macam tu pun sedap. Nak makan dengan nasi pun boleh.
Cara buat kerabu mangga sedap

Bahan -bahan
Mangga muda – diracik
Udang kering – disangai & kisar kasar atau ditumbuk
Kacang goreng – ditumbuk
Bawang merah – dihiris
Serai
Cili padi
Air limau nipis
Daun kesum
Bunga kantan
Sos sotong atau ikan
Garam & gula secukup rasa.

Cara membuat
1.Semua bahan diracik, dihiris dan dimayang halus dicampurkan sekali.Gaul hingga sebati.
2.Masukkan sos sotong, air limau nipis, garam dan gula. Gaul dan sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri.


Tip untuk lebih sedap, kena lebihkan udang kering. Nak letak daun ketumbar pun boleh.
Selamat mencuba.
Sumber: Chef Asma Nordin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nostalgia Merdeka, Chef Sue Arukin Share 5 Resipi Bonda Tercinta.

Semangat merdeka mula terasa, imbauan nostalgia merdeka mula kembali segar diingatan. Pastinya makanan antara yang menjadi ingatan. Ubi kayu, ikan masin dan segala sayur kampung itulah menjadi juadah hidangan makanan tengahari dan malam sebagai lapik perut ala kadarnya,dek kerana kesempitan hidup.
Kesusahan itulah juga menjadikan ramai ibu-ibu zaman awal kemerdekaan kreatif mengadun ramuan apa sahaja bahan di sekeliling rumah dijadikan sayuran atau lauk. Ikan di laut, disungai dan di tali air sawah sebagai juadah paling sedap ketika itu.
Hal ini diakui oleh Chef Sue Arukin, walaupun di zamannya, keperitan hidup tidak dilalui namun cerita ibu tetap menjadi ingatan untuk dititip kepada anak-anaknya generasi digital, serba serbi di hujung jari. Sudah tentulah sebagai chef resipi warisan bondanya turut menjadi kegemarannya dan sering disulam dalam menu harian bila mengidamkannya.
Istimewa untuk anda semua, berikut Chef Sue kongsikan lima resipi istimewa warisan keluarga yang dikatakan beliau cukup mengimbau kenangan zaman awal kemerdekaan bila sanak saudara berkumpul.
Anda yang ada nostalgia ini, semai semangat kemerdekaan dalam jiwa anak-anak melalui makanan seperti yang disediakan oleh Chef Sue Arukin warisan bondanya untuk sama-sama kita kongsi.

ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
- 4 keping asam gelugor
- 1 batang serai | titik
- 3 cawan air
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
- 5 biji cili merah
- 5 biji lada hitam
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci lengkuas muda
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
- Didihkan hingga mereneh.
- Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
- Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
- Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.

KUNING PISANG MUDA IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 500ml santan pekat
- 500ml santan cair
- 8 biji pisang muda | bersihkan kulit luar dan rebus
- 10 potong ikan masin talang/duri | rendam dan bersihkan
- 10 biji cili padi hijau
- 2 inci kunyit hidup
- 2 batang serai | ketuk
- 1 sudu teh garam kasar
- Lada sulah, gula dan garam halus secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cili padi, kunyit kidup dan garam kasar ditumbuk lumat lalu masukkan ke dalam periuk bersama serai dan santan cair.
- Didihkan dengan api yang sederhana.
- Masukkan ikan masin dan didihkan hingga ikan masin agak empuk.
- Masukkan pisang muda yang telah direbus dan tuang santan pekat perlahan-lahan.
- Didihkan lagi dengan api yang kecil sambil dikacau perlahan jangan sampai pecah santan.
- Sesuaikan rasa dengan menambah lada sulah dan sedikit gula. Tambah garam jika perlu.
- Gulai sedia dihidangkan.

KERABU PUCUK UBI, JANTUNG PISANG & TAUGE
BAHAN-BAHAN:
- 10 tangkai pucuk ubi | rebus empuk & hiris
- 1 biji jantung pisang | rebus empuk & hiris
- 150gram tauge | celur
- 1 biji kelapa parut | putihnya sahaja
- 3 biji cili merah
- 5 bij cilipadi
- 3 ulas bawang merah | bakar
- 2 ulas bawang putih | bakar
- 1 inci belacan | bakar
- 1 inci ubi cekur | bakar
- Perahan limau secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cili padi, cili merah, bawang merah bakar, bawang putih bakar, ubi cekur dan belacan ditumbuk lumat.
- Di dalam mangkuk besar, satukan kelapa parut dengan bahan-bahan tumbuk dan kacau rata.
- Masukkan pucuk ubi dan jantung pisang rebus diikuti dengan tauge celur. Kacau lagi hingga sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Perahkan limau ke dalam kerabu dan sesuaikan rasanya.
- Kerabu sedia dihidangkan.

MASAK LEMAK PUTIH LABU & IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 500ml santan cair
- 300ml santan pekat
- 1/2 biji labu saiz sederhana | bersihkan, potong dadu besar & rebus empuk
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai | titik
- ½ cawan ikan bilis | bersihkan
- 2 biji cili merah | hiris halus
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, satukan snatan cair, ikan bilis, cili merah, bawang besar dan serai lalu didihkan dengan api yang kecil.
- Masukkan labu yang telah direbus bersama santan pekat.
- Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.

UBI KAYU TUMIS BILIS
BAHAN-BAHAN;
- 300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
- 1/2 cawan ikan bilis
- 3 tangkai cili kering | potong kecil
- 1 biji cili merah | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 4 ulas bawang putih | hiris halus
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 tangkai daun kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam kuali panaskan minyak masak.
- Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
- Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
- Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.
Resipi Kerabu Daging Pedas @ Nue Nam Tok, Mudah & Sangat Sedap Diratah

Penggemar kerabu harus mencuba resipi Kerabu Daging Pedas @ Nue Nam Tok perkongsian saudari Nora Azni ni. Kerabu ini sangat sedap dan mudah dibuat. Gabungan rasa pedas, masam, manis dan segar membuatkan kerabu ini sangat enak diratah. Jom cuba buat. Pasti anda juga akan gemarinya.
CARA MEMASAK NUE NAM TOK @ KERABU DAGING PEDAS

BAHAN PERAPAN DAGING:
Daging segar untuk 3 orang makan
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
2 batang serai – potong serong
1 sudu teh lada hitam
1 sudu makan kicap manis – beli online disini
BAHAN KERABU:
Daun ketumbar
Daun pudina
Kubis – hiris nipis
1 batang serai – diracik
2 ulas bawang merah – dipotong
3 biji limau nipis – perah ambil jus
2 sudu makan emping cili – beli online disini
Sos ikan – beli online disini
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu makan beras yang sudah digoreng dan ditumbuk

CARA MEMASAK:
1. Potong daging supaya senang dipanggang dan cepat masak.
2. Kemudian campurkan bahan perap dan lumurkan pada daging. Gaul sebati dan biarkan selama 1 jam. Lagi lama diperap lagi sedap.
3. Panggang daging hingga masak namun jangan terlalu lama nanti hilang kesedapan daging dan jusnya.
4. Bila sudah masak, angkat daging dan rehatkan sebentar sebelum dihiris.
5. Untuk membuat kerabunya, satukan semua bahan dan campurkan bersama hirisan daging panggang tadi.
6. Pastikan semua rasa cukup. Kerabu ini harus mempunyai rasa pedas, masam, manis dan segar.
7. Kerabu Daging Pedas @ Nue Nam Tok sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nora Azni
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Resipi Buat Kerabu Tembikai Yang Senang Sangat. Tumbuk & Gaul, Siap!

Tembikai pun boleh buat kerabu? Bagi yang berasal dari negeri Kedah, kerabu tembikai ini memang tak asing lagi. Ramai peminatnya terutama sekali waktu cuaca panas macam sekarang ini.
Cara buat kerabu tembikai ini pun mudah, tak perlu nak masak-masak. Cuma hiris, tumbuk dan gaul. Senang sangat. Kalau belum pernah cuba, boleh ikut cara buat kerabu tembikai yang dikongsi oleh Nor Haslina Abdullah Angah.
Bahan-bahan
Buah tembikai – dipotong dan dihancurkan dengan sudu
Sedikit belacan
1 sdt gula
1 sdt garam halus
Sedikit cili kering

Cara membuat:
1. Tumbuk semua bahan di atas kecuali tembikai.
2. Gaul bahan yang ditumbuk tadi dengan buah tembikai yang dihancurkan.
3. Hiris bawang merah dan cili padi kemudian masukkan sekali. Siap untuk dijadikan lauk. Boleh sejukkan terlebih dahulu dalam peti ais sebelum dihidang.
TIP
- Boleh juga masukkan isi ikan yang dihancurkan jika suka.
- Bahagian bawah tembikai pun boleh digunakan untuk buat kerabu ini.
Selamat mencuba.
Sumber: Nor Haslina Abdullah Angah.

