Makan

Chef Kongsi Cara Buat Kerabu Mangga Yang Sedap, Kena Lebihkan Satu Bahan Ini

Share

Selalu makan kerabu mangga ini di restoren makanan Thai tapi nak buat sendiri di rumah pun boleh sangat terutama kalau di rumah pokok mangga sedang berbuah.

Untuk rasa kerabu mangga yang sedap boleh ikut perkongsian Chef Asma Nordin

ini. Kerabu mangga ini ratah macam tu pun sedap. Nak makan dengan nasi pun boleh.

Cara buat kerabu mangga sedap

Bahan -bahan 
Mangga muda – diracik
Udang kering – disangai & kisar kasar atau ditumbuk
Kacang goreng – ditumbuk
Bawang merah – dihiris
Serai
Cili padi
Air limau nipis
Daun kesum
Bunga kantan
Sos sotong atau ikan
Garam & gula secukup rasa.

 

 

Cara membuat

1.Semua bahan diracik, dihiris dan dimayang halus dicampurkan sekali.Gaul hingga sebati.

2.Masukkan sos sotong, air limau nipis, garam dan gula. Gaul dan sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri.

 

Tip untuk lebih sedap, kena lebihkan udang kering. Nak letak daun ketumbar pun boleh.

 

Selamat mencuba.

Sumber: Chef Asma Nordin

 

Published by
Rose