Chef Kongsi Resipi Daging Goreng Thai Yang Sedap & Mudah Masak

Share

Sedapnya Daging Goreng Thai Tyle perkongsian Chef Azahari Abdullah ni. Bahan-bahan nampak mudah dan hasilnya pun buat rasa tak sabar nak cuba. Anda bercadang nak masak lauk daging hari ni? Resipi terbaik ni antara yang boleh dipertimbangkan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK DAGING GORENG THAI STYLE

BAHAN-BAHAN:

  • 800gm daging
  • 5 sudu teh biji ketumbar – dikisar / ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk / dihiris halus
  • 1 sudu makan lada hitam – dikisar / ditumbuk
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Mentega atau marjerin untuk menumis

BAHAN SOS:

  • 3 sudu makan serbuk cili thai
  • Gula kabung atau gula somtam – jika tiada, guna 2 sudu makan gula putih
  • 2 sudu makan beras – sangai dan kisar halus
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • Kicap sotong atau sos ikan secukupnya
  • 3 ulas bawang merah kecil – hiris nipis
  • Daun ketumbar & daun bawang secukupnya
  • Sedikit air – jika perlu

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan daging dan hiris nipis. Kemudian satukan dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam.


2. Campurkan bahan-bahan sos. Kacau sebati. Ketepikan.


3. Panaskan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.


4. Masukkan daging yang telah diperap. Masak hingga air daging keluar dan daging kelihatan keperangan.
4. Tambahkan sos. Gaul sebati dan masak lagi hingga daging empuk.


5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Chef Azahari Abdullah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur