Chef Selebriti Ili Sulaiman Kongsi 3 Resipi Dari Air Tangannya

Share

Perniagaan menjual makanan menggunakan mangkuk tingkat menjadi titik tolak buat chef selebriti Khalisah Sulaiman atau lebih mesra digelar Ili sebaik dilamar Astro Ria menerusi program Diari Mangkuk Tingkat Ili pada Februari 2015.Menerusi program ini, Ili semakin dikenali ramai.

Menurut anak tunggal itu, dunia masakan bukan perkara yang asing baginya kerana sejak kecil lagi, dia sudah didedahkan dengan aktiviti di dapur.

“ Memang selalu dengan nenek di dapur, dorong minat Ili dalam masakan. Nenek selalu galakkan saya untuk memasak atau tolong dia di dapur. Ibu dan nenek memang handal bab memasak. Jadi, sedikit sebanyak bakat itu turun kepada Ili.

Ibu dan ayah memiliki keluarga yang besar. Kami selalu mengadakan aktiviti rewang jika terdapat majlis kesyukuran atau sambutan hari jadi. Dengan masakan menjadikan kami sekeluarga sering bersama ( bonding) .

Makanan yang dihidangkan juga mempunyai tema. Umpamanya hari ini kita masak kari. Jadi tema hari itu semua berkaitan masakan india memandangkan sebelah ayah Ili ada kacukan Sri Langka,”cerita Ili.

Tambah anak jati Kuala Lumpur itu, semasa melanjutkan pelajaran di London, England, dia juga sering menjadi tukang masak kepada kawan-kawannya. “Bila rindu keluarga di Malaysia, Ili akan masak untuk pelajar universiti contohnya ketika hari raya. Ketika itu rumah jadi tumpuan dari petang sampai ke malam,” imbau Ili .

Masih kekal di ingatan masakan pertama yang dipelajari dari neneknya ialah bagaimana untuk masak nasi. Petua menyukat paras air dan beras ialah perkara pertama yang dipelajarinya.

Kongsi Ili bukan hanya dirinya bijak memasak malah beberapa sepupu dan makciknya juga turut handal memasak.

“Nenek cakap jangan kedekut tentang makanan. Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu. Berniaga pun kena ikhlas. Kalau tidak ikhlas memang tidak jadi. Itu adalah petua yang sampai sekarang Ili ingat. Ada yang tanya Ili  tak rasa rugi kongsi resipi . Ili cakap bila kita ikhlas, rezeki akan bertambah lagi,” akuinya

Malah dalam apa jua yang dilakukan, terutama yang melibatkan makanan, kalau tidak dilakukan dengan ikhlas, memang tidak akan sukses atau dalam erti kata lain tidak berkat.

Inspirasi/mentor

Akui Ili  lebih selesa bersama orang-oang tua yang banyak menjadi mentor buat dirinya. “ Ili lebih menghargai orang tua sebab mereka sudah memasak untuk kelaurga bertahun lama dan ilmu mereka banyak. Bila ili di dapur dengan orang tua, pergerakan menjadi lebih mudah. Ini kerana sejak kecil bersama nenek. Jadi bila Ili masak dengan orang tua, tidak merasa kekok langsung. I feel like I’m at home.

 

Pencapaian diri

“Saya tidak menganggap diri saya sebagai seorang chef ataupun selebriti. Saya tidak terima apa-apa latihan profesional kecualilah yang diperoleh daripada nenek saya. Perjalanan saya masih jauh lagi.”ujar Ili.

Sekembali ke Malaysia pada tahun 2014, Ili mengusahakan perniagaan menjual makanan siap dimasak menerusi Instagram, Dish by Ili. Lebih istimewa, makanan itu dijual di dalam mangkuk tingkat. Kejayaan Dish by Ili memarakkan lagi api kesungguhan dalam diri Ili untuk menabur bakti dalam dunia masakan.

Perniagaan menjual makanan menggunakan mangkuk tingkat menjadi titik tolak dalam hidup wanita itu apabila dia dilamar Astro Ria menerusi program Diari Mangkuk Tingkat Ili.

Selepas program itu, Ili telah menyertai pertandingan Food Hero anjuran Asian Food Channel (AFC) pada tahun 2015.walaupun masih baru dalam lapangan masakan, Ili berjaya menjuarai pertandingan itu. Sejak itu, beliau mula muncul di kaca televisyen dengan rancangan masakan.

Ili kemudian menyahut cabaran dengan membuka restoran dikenali Agak Agak yang terletak di Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur.

“Membuka restoran, adalah satu proses pembelajaran bagi Ili kerana pada ketika itu berfikir mudah untuk run restoran.  Tapi kemudiannya saya sedar tidak boleh melakukannya kerana bukannya mudah kerana memerlukan Ili sentiasa ada di restoran. Tidak lama hanya lebih kurang setahun setengah dan  Ili sedar , perlu fokus apa yang Ili mahukan untuk branding diri Ili. What is my stand and my voice. Create a brand that people can fall in love. Admire and look up to,” cerita Ili

Bekerja dengan jenama besar TEFAL sebagai duta produk adalah satu penghargaan buat Ili. Akui Ili kini dirinya lebih banyak memberi tumpuan untuk program di televisyen.

Harapan

Hasrat Ili mahu menjadi no.1 malaysian food export. Bila masyarakat ingat tentang makanan Malaysia, mereka akan terus mengingati Ili. “ Tak kira where u are in the world. If u want to know about Chinese Malaysia food

, apa yang orang Melayu makan di rumah, mereka akan cari Ili.

Berdarah kacukan memberi kelebihan buatnya untuk memasak pelbagai jenis masakan. Semua masakan Ili boleh menikmatinya. I want to showcase what malaysian hospitality, what Malaysian food have and to offer the world.

Program terbaru siaran di Astro Jelajah RASA Nusantara Rancangan yang diacarakan Ili bersama Adam Didam ini memang sangat menepati jiwanya. Berjalan-jalan sambil mencari ilmu masakan. Tengok apa kesamaan dan dan perbezaan masakan di Nusantara. Bila tengok memang makanan ini berbeza, contohnya satay, bila tengok konsepnya sama daging yang dicucuk pada lidi dan dibakar.

Tetapi sebab latar belakang di tempat berbeza umpamanya di Jakarta sataynya beza dengan satay di Jawa begitu juga di Medan. Begitu juga di Malaysia menyebabkan ia berbeza rasa, That’s the beauty of food.

“Impian akan datang Ili ingin mengeluarkan lifestyle product untuk kegunaan dapur yang boleh memenuhi keperluan pengguna,” akhiri Ili.

MANGO TRIFLE

Bahan-bahan:

2 Swiss Rolls/Kek Marble

500gm mangga manis

2 paket jeli perisa mangga

4 sudu makan gula

1 sudu teh garam

300ml santan

Cara memasak:

  1. Potong swiss roll kepada saiz kecil dan letakkkan dalam mangkuk jernih, lapis kek tadi di bahagian bawah diikuti dengan buah mangga. Ulang proses ini.
  2. Panaskan jeli mengikut arahan dan tuang adunan tersebut ke dalam mangkuk. Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti sejuk lebih kurang dua jam.
  3. Gunakan periuk kecil, letakkan santan, gula dan garam. Kacau sehingga ia menjadi pekat.
  4. Sebaik jeli di letakkan di dalam trifle dan adunan santan sejuk, tuang santan tadi dan sedia dihidangkan.

Penyediaan : 10 minit

Masak  : 10 minit

Siap : 2 jam

Hidangan : 10-12 orang

 

SPAGHETTI VONGOLE

Bahan-bahan:

150gm lala

150gm kepah

6 ulas bawang putih ( dicincang)

2 sudu makan enmpingan cili

6 sudu makan minyak zaitun

1/2 cawan jus epal

1 sudu teh cuka

Italian atau English parsley (dicincang)

250gm spagheti

1 liter air

Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Sediakan periuk berisi air panas, letakkan lebih kurang 2-3 sudu teh garam dan kemudian masukkan pasta dan rebus.
  2. Dengan menggunakan kuali, tambah separuh minyak zaitun bersama bawang putih dan empingan cili,, goreng sehingga 30 saat sebelum menambah kepah dan lala, cuka dan jus epal. Tutup dan biarkan kepah dan lala masak hingga terbuka kulitnya.
  3. Bila kepah dan lala masak, tambahkan pasta yang telah dimasak, parsley yang dicincang. Gaulkan sebati.
  4. Perasakan mengikut cita rasa.
  5. Sedia dihidangkan.

Penyediaan : 10 minit

Masak : 15 minit

Siap : 30 minit

Hidangan : 3-4 orang

 

 

Sambal Kelapa dan Kacang Buncis

Bahan-bahan:

4 sudu makan minyak sayuran

1 sudu bij sawi, basuh dan tos hingga kering

3 biji cili kering, dibasuh, dibuang biji dan potong 1/2 cm keping

1/2 cawan kacang dhal, basuh dan tos kering

1 tangkai daun kari, basuh dan keringkan

2 sudu teh jintan putih

1 sudu teh serbuk kunyit

2 sudu teh serbuk garam masala

1 biji tomato ( dipotong dadu)

350gm kacang buncis, dipotong miring

1 sudu teh garam ( secukup rasa)

1 biji kentang, potong kiub dan goreng sehingga kekuningan

1 cawan kelapa segar, masak dalam kuali tidak melekat hingga warna kekuningan

1 cawan air

Gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan kepanasan sederhana. Masukkan biji sawi, tutup dan goreng hingga bunyi pop.
  2. Buka penutup, masukkan cili dan dhal, goreng hingga cili jadi rangup dan dhal jadi keperangan.
  3. Tambah daun kari dan jintan putih. Goreng hingga daun kari bertukar menjadi hijau terang.
  4. Tambah serbuk rempah, tomato, kacang buncis dan garam. Goreng sekejap lebih kurang 5 minit.
  5. Tambah kentang, kelapa dan air. Masak sehingga kacang buncis lembut dan air menyerap lebih kurang lima minit. Perasakan dengan gula dan garam. Hidang ketika panas.

Penyediaan : 30 minit

Masak : 20 minit

Siap : 50 minit

Hidangan : 4 orang

 

 

Foto: Nurul Niza & Ili Sulaiman

Resipi & Foto:   DISH BY ILI

Published by
Putri