Sekali lagi berlangsung Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA yang berlangsung semalam (16 Disember 2020). Kali ini penyertaan sangat mengagumkan dari kelas terdahulu.
Biarpun kelas dibuat secara atas talian namun sambutan sungguh menggalakkan. Masing-masing teruja dan gembira. Mungkin ada yang pertama menyertainya dan ada yang sudah menyertai sebelumnya.
Kelas bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran Youtube Maggi® Malaysia, dikendalikan oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin serta ditemani oleh Instafamous yang tidak asing Lynn Mikael. Kalau kita jenguk ke Instagramnya, penuh dengan ratusan resipi dan video-video masak pelbagai menu dan cita rasa.
Walaupun pertama kali buat Lynn ke udara secara langsung namun kedua personaliti ini nampak bersahaja dan begitu serasi bersama. Menariknya dalam kelas masakan ini, peserta dapat banyak tip dan info masakan yang boleh dimanfaatkan.
Tidak kurang juga ramai yang bertanya pelbagai soalan menjadi kelas tambah rancak. Chef dan Lynn sama-sama berinteraksi dengan peserta menjawab soalan yang diajukan.
Sebanyak empat resipi telah dikongsi bersama para peserta. Resipi yang mudah, kombinasi cita rasa tradisional dan moden. Tambah sedap bila masakan ini menggunakan produk-produk Maggi®.
Tentunya ramai yang tertunggu-tunggu resipi penuh dalam kelas masakan ini. RASA kongsikan buat anda yang ingin mencuba. Hidangkan buat keluarga, pasti mereka suka.
CUCUR SAYURAN MAGGI
BAHAN A
200 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
½ camca teh serbuk kunyit
1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
50 gm marjerin
1 biji telur
BAHAN B
1 labu bawang besar-dicincang
100 gram udang kering -direndam & dicincang halus
1 biji cili merah-dicincang
50 gram kubis-dihiris
50 gram kacang panjang-dihiris nipis
50 gram lobak merah
300 ml air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Ads
Di dalam mangkuk, gaulkan kesemua bahan A sehingga rata.
Masukkan bahan B dan gaulkan sebati.
Campurkan air dan telur, tuangkan dalam adunan tepung dan gaul rata.
Panaskan minyak, goreng cucur seperti biasa hingga kekuningan.
Hidangkan panas.
MUFFIN PAZZTA MAGGI
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar mentega
100 gram ayam cincang
250 ml air
1 bungkus MAGGI PAZZTA Cheese Macaroni
2 sudu besar lobak merah-dicincang
1 biji telur
1 sudu besar tepung
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk, masukkan mentega and ayam cincang, tumis sehingga wangi.
Tuangkan air, masukkan MAGGI PAZZTA Cheese Macaroni dan lobak merah.
Biarkan ia mendidih, turunkan suhu dan reneh selama 5 minit.
Biarkan ia sejuk sedikit, gaulkan tepung dan telur. Panaskan oven ke 180°c.
Bakar selama 5-10 minit. Dihidangkan bersama MAGGI Sos Cili/MAGGI Sos Tomato.
LEMPENG KELAPA LEMAK DAN SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
LEMPENG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil tepung penaik
Ads
1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
1 ½ cawan kelapa parut (putih sahaja)
1 ¼ cawan air
1 sudu besar minyak
Sedikit minyak untuk memasak lempeng
SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil minyak masak
½ biji bawang merah-dihiris
2 pek MAGGI Pes Sambal Tumis
80 gram ikan bilis-dibersihkan & direndam selama 10 minit
¼ sudu kecil asam jawa pes
100 ml air
2 sudu kecil gula
3 biji telur-direbus
100 gram timun- dihiris
Ads
CARA MEMASAK LEMPENG:
Gaulkan semua bahan dalam mangkuk.
Biarkan ia rehat sebentar, sementara itu panaskan kuali leper.
Tuangkan adunan ke dalam periuk, masak selama 2-3 minit.
Masakkan semua sehingga habis adunan.
CARA MEMASAK SAMBAL:
Panaskan minyak.Tumiskan bawang merah dan masukkan MAGGI pes Sambal Tumis. Gaulkan rata.
Masukkan ikan bilis, asam jawa pes, air dan gula. Reneh sehingga masak.
Hidangkan nasi bersama sambal ikan bilis, telur dan timun.
PIZZA MAGGI SENANG
BAHAN A
2 sudu besar minyak
1 pek MAGGI 2 Minit Ayam- direbus & tapis
1 biji telur
½ pek Perencah MAGGI Ayam
BAHAN B
3 sudu besar MAGGI Sos Tomato
2 sudu kecil oregano
½ cawan keju mozarella
½ cawan bayam
1 batang sosej, dihiris panjang
CARA MEMASAK:
Rebuskan air, masukkan MAGGI Mi dan masak selama 2 minit.
Tapiskan bawah air sejuk, untuk menghentikan proses masak.
Di dalam mangkuk, gaulkan ke semua bahan A sehingga rata.
Panaskan periuk, masukkan minyak dan tuangkan adunan. Leper dan ratakan. Tutup periuk untuk masak dengan rata.
Masak MAGGI MI selama 2-3 minit dan pusingkan.
Dalam mangkuk kecik, gaulkan MAGGI Sos tomato dan oregano.
Jika MAGGI Mi masak, sapukan adunan tomato, letakkan keju, bayam sosej. Perlahankan api dan masak selama 3-5 minit atau sehingga keju cair.
Keempat resipi sudah dikongsi, jangan lupa cuba .
Kelas Masakan Online Bersama Maggi ® & RASA ini tambah rancak apabila soalan-soalan kuiz diajukan kepada peserta. Hadiahnya memang lumayan iaitu baucar Maggi ® bernilai RM100 dan juga hadiah utama berupa tiket jemputan istimewa ke sesi makan-makan Bersama Datin Paduka Eina Azman.Memang berbaloi.
Inilah pemenang yang berjaya menjawab soalan dengan pantas dan tepat. Tahniah buat ketiga-tiga pemenang.
Anda yang terlepas atau mahu mahu melihat semula Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA, boleh tonton menerusi link di bawah ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
BUBUR lambuk merupakan juadah yang dinantikan oleh masyarakat setiap kali tiba Ramadan.Sempena bulan yang mulia ini pengeluar rempah ratus terkemuka, BABA’S mengagihkan sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Shah Alam pada program Rasa Bubur Lambuk Warisan di Aeon Mall Shah Alam, baru-baru ini.
Seperti tahun lepas, resipi bubur yang disediakan pada program ini direncahkan oleh produk BABA’S.Bagi menghasilkan bubur lambuk yang enak, rempah utama yang digunakan ialah Serbuk Jintan Manis BABA’S , Serbuk Rempah Sup BABA’S, Serbuk Rempah Kurma BABA’S ,Serbuk Lada Sulah BABA’S dan Serbuk Lada Hitam BABA’S.
Sudah semestinya produk keluaran BABA’S dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dari seluruh dunia dan bebas aditif, pengawet dan penambah rasa.
Ketua Pemasaran BABA’S Product (M) Sdn Bhd, Azrain Mohamad dan kakitangan BABA’S bergotong-royong memeriahkan acara rewang program bubur lambuk ini.Bermula dengan aktiviti memasak, menampal sticker bekas bubur lambuk, menuang bubur ke dalam bekas agihan juga pengedaran bubur lambuk kepada masyarakat setempat.
Pada program ini juga, turut diadakan demo masakan oleh Chef Qayyum menggunakan rempah dari BABA’s. Tambah meriah adanya kuiz tentang produk BABA’S, komitmen orang ramai begitu baik. Masing-masing ingin menang produk dari BABA’S.
BABA’S dan wakil kerja Nu Ideaktiv mengedarkan bubur lambuk buat komuniti
di hospital, balai bomba dan balai polis.
Azrain menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.Beliau menyatakan, “Kami di BABA’S sangat berbesar hati dapat bekerjasama dalam program inidan sangat komited untuk menyumbangkan kebolehan dan kepakaran kami dalam menyediakan rempah ratus dalam usaha memasak bubur lambuk untuk masyarakat setempat.
Beliau turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang
dipegang teguh oleh BABA’S. “Penglibatan kali kedua dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan.Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
BABA’S berbesar hati dan bersyukur kerana dapat bersama-sama menjayakan program mulia ini sempena bulan Ramadan yang barakah.Harapan BABA’S agar program seumpama ini diteruskan dan dapat meneruskan tradisi dengan Nu Ideaktiv melalui Majalah Rasa.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Program Rasa Ajar Masak (RAM) bakal melabuhkan tirai pada 30 Mac ini setelah membawa 22 selebriti terkenal tanah air berkongsi pelbagai resipi istimewa. Disiarkan selama 22 episod bermula 1 Mac 2025 di Astro Ria dan Astro Go, setiap Sabtu hingga Rabu jam 7.00 malam, RAM bukan sekadar sebuah program masakan, tetapi juga perkongsian resipi antara ibu dan anak, suami dan isteri menjadikan program ini penuh dengan rencah dan momen yang mencuit hati.
44 Resipi Menarik Untuk Dicuba
Dalam setiap episod, para selebriti turut berkongsi cerita-cerita peribadi yang penuh kenangan sepanjang bulan Ramadan. Gelagat lucu dan ceria mereka di dapur membuatkan kita tidak hanya tertawa, malah turut terkenang kisah-kisah manis di bulan penuh keberkatan ini.
Yang lebih menarik, RAM tidak sekadar menampilkan hiburan semata-mata tetapi juga memberi kita peluang untuk belajar pelbagai resipi yang sedap dan mudah untuk dicuba di rumah. Sepanjang episod yang disiarkan, 44 resipi menarik telah dikongsi oleh selebriti undangan.
Antara resipi menarik dan unik adalah Lidah Lembu Bakar dan Air Asam Kerisik serta Nasi Ulam Tumis yang dimasak oleh Dato’ Chef Ismail dan Maria Tunku Sabri. Puding Payasam yang dimasak oleh Watie Hanifiah, Pandan Payasam Triffle yang dimasak oleh Chef Adu dan Wantan bersama Inti Rendang Ayam yang dimasak oleh Angeline Tan. Memang pilihan resipi yang pelbagai dan sedap!
Bagi yang teringin untuk masak menu istimewa sempena rumah terbuka, RAM turut berkongsi resipi Kurma Kambing yang mudah dan lazat. Hanya menggunakan rempah BABA’S, hidangan ini boleh disediakan dengan cepat dan dijamin rasanya tidak kalah dengan kurma kambing yang ada di restoran. Tentu tetamu akan memuji keenakan hidangan tersebut. Anda boleh tonton video resipi penuh dalam program RAM untuk mencuba sendiri resipi ini di rumah.
Melihat gelagat selebriti memasak sambil berkongsi cerita membuatkan kita teringat memori pertama kali belajar memasak atau mungkin ketika pertama kali mencuba resipi untuk berbuka puasa.
Resipi Borneo Istimewa oleh Wafiy Ann di Episod 22!
Jangan lupa saksikan episod terakhir pada 30 Mac 2025 yang menampilkan selebriti muda berbakat, Wafiy Ann, yang berkongsi resipi Borneo istimewa bersama adiknya. Resipi Borneo ini memukau penonton dengan kelainan dan kekayaan rasa tradisional dari wilayah Malaysia Timur.
Wafiy Ann dan adiknya mempersembahkan hidangan yang jarang-jarang kita dapat lihat di televisyen. Mereka berkongsi resipi khas dari Borneo yang penuh dengan rasa asli dan unik. Anda pasti teruja melihat bagaimana mereka mengolah bahan-bahan tempatan dengan cara yang istimewa, memberi peluang untuk anda mencuba resipi yang menggugah selera dan tentunya membawa kita lebih dekat kepada keindahan masakan Malaysia Timur.
Jadi, pastikan anda tonton kerana resipi Borneo yang dikongsikan bukan sahaja membuka selera tetapi juga membawa nostalgia ke kampung halaman. Sambil memasak, Wafiy Ann dan adiknya turut berkongsi cerita peribadi tentang pengalaman mereka semasa Ramadan yang penuh dengan kenangan manis.
Pastikan Ramadan kali ini penuh dengan memori manis bersama Rasa Ajar Masak.
Jangan lupa tonton episod terakhir RAM pada 30 Mac 2025 hanya di Astro Prima dan Astro Go, jam 7 malam.
Sedapnya Quiche Bayam Dan Keledek ni. Siapa kata hidangan vegetarian tidak memikat selera? Jika kena olahan bahan-bahannya, pasti sajian yang disediakan memikat rasa. Hanya menggunakan Nestlé JUST MILK dan MAGGI Cukup Rasa, anda tidak perlu lagi menambah garam dan gula ke dalam masakan. Semuanya sudah cukup sempurna dan seimbang. Jika suka pedas, nikmatilah pastri enak ini dengan Sos Cili MAGGI. Memang sangat sempurna dan memikat deria rasa. Jom cuba resipi istimewa ini. Pasti anda sekeluarga sukakannya.
2 biji ubi keledek sederhana – cincang dadu dan rebus separuh empuk
1 cawan Nestlé JUST MILK
2 biji telur – pukul dengan garfu
1 sudu makan mentega
1 labu bawang besar – cincang dadu
2 ulas bawang putih – cincang halus
2 sudu teh MAGGI Cukup Rasa
½ sudu teh oregano kering
½ sudu teh basil kering
½ sudu teh chili flakes
Parutan keju parmesan/cheddar secukupnya – pilihan
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati.
Simpan doh di dalam peti sejuk selama 45 minit atau lebih.
Sementara itu, buat inti quiche; panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan ubi keledek, bayam celur yang dicincang sedikit, susu Nestlé JUST MILK dan kacau rata. Tambah oregano, basil, chili flakes dan MAGGI Cukup Rasa. Tutup api. Masukkan bancuhan telur dan kacau.
Keluarkan doh dari peti sejuk. Biarkan sedikit lembut (untuk mudah mencanai). Canaikan doh dan letak doh di dalam acuan quiche yang telah disapu sedikit mentega. Letakkan parchment paper di atas pastri. Kemudian tambah pemberat (kacang) lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15 minit. Keluarkan pemberat dan parchment paper. Sejukkan pastri sebentar.
Tuang inti secukupnya ke dalam pastri yang telah dibakar separuh masak tadi. Tabur parutan keju secukupnya (jika suka).
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-25 minit atau hingga keperang-perangan.
Size hidangan : 8-10 biji (3-4 orang)
Waktu penyediaan : 35 minit
Waktu membakar : 25 minit
NAK MENANG WANG TUNAI BERJUMLAH RM280,000? BEGINI CARANYA!
Serlahkan kreativiti anda dalam menghasilkan pelbagai hidangan snek enak dan berkhasiat untuk keluarga dengan menyertai cabaran #SNEKMACAMPRO dengan NESTLÉ & rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan!
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu:
Sedia satu hidangan snek (bite size snack/pencuci mulut/minuman/pastri) secara kreatif menggunakan produk-produk Nestlé Malaysia terpilih (MILO®, NESCAFÉ, NESTUM, KITKAT, Nestlé Ice Cream, Nestlé Omega Plus, Nestlé EveryDay, Nespray, MAGGI® Nestlé Just Milk)
Rakam masakan anda dalam bentuk gambar atau video.
Muat naik di akaun Facebook atau Instagram anda dan sertakan hashtag SnekMacamPro #DearNestle. Penyertaan melalui Facebook Stories & Instagram Stories tidak akan diterima.
Anda juga boleh menghantar penyertaan melalui Dear Nestlé Facebook page – Cabaran #SnekMacamPro dengan Nestlé.
Ajak kawan-kawan dan saudara mara untuk turut serta dalam CABARAN #SNEKMACAMPRO DENGAN NESTLÉ
Pastikan akaun Facebook dan Instagram anda ditetapkan pada UMUM @ PUBLIC.
HADIAH-HADIAH HEBAT INI MUNGKIN MENJADI MILIK ANDA!
Hadiah Utama: RM25,000 cash x 1 pemenang
Tempat pertama: RM15,000 x 2 pemenang
Tempat kedua: RM5,000 x 5 pemenang
Saguhati: RM500 x 400 pemenang
Jadi tunggu apa lagi? Hantar penyertaan anda sekarang!
Layari Dear Nestlé Cabaran #SnekMacamPro dengan Nestlé untuk maklumat lanjut:
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!