Sekali lagi berlangsung Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA yang berlangsung semalam (16 Disember 2020). Kali ini penyertaan sangat mengagumkan dari kelas terdahulu.
Biarpun kelas dibuat secara atas talian namun sambutan sungguh menggalakkan. Masing-masing teruja dan gembira. Mungkin ada yang pertama menyertainya dan ada yang sudah menyertai sebelumnya.
Kelas bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran Youtube Maggi® Malaysia, dikendalikan oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin serta ditemani oleh Instafamous yang tidak asing Lynn Mikael. Kalau kita jenguk ke Instagramnya, penuh dengan ratusan resipi dan video-video masak pelbagai menu dan cita rasa.
Walaupun pertama kali buat Lynn ke udara secara langsung namun kedua personaliti ini nampak bersahaja dan begitu serasi bersama. Menariknya dalam kelas masakan ini, peserta dapat banyak tip dan info masakan yang boleh dimanfaatkan.
Tidak kurang juga ramai yang bertanya pelbagai soalan menjadi kelas tambah rancak. Chef dan Lynn sama-sama berinteraksi dengan peserta menjawab soalan yang diajukan.
Sebanyak empat resipi telah dikongsi bersama para peserta. Resipi yang mudah, kombinasi cita rasa tradisional dan moden. Tambah sedap bila masakan ini menggunakan produk-produk Maggi®
.Tentunya ramai yang tertunggu-tunggu resipi penuh dalam kelas masakan ini. RASA kongsikan buat anda yang ingin mencuba. Hidangkan buat keluarga, pasti mereka suka.
BAHAN A
200 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
½ camca teh serbuk kunyit
1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
50 gm marjerin
1 biji telur
BAHAN B
1 labu bawang besar-dicincang
100 gram udang kering -direndam & dicincang halus
1 biji cili merah-dicincang
50 gram kubis-dihiris
50 gram kacang panjang-dihiris nipis
50 gram lobak merah
300 ml air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
MUFFIN PAZZTA MAGGI
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar mentega
100 gram ayam cincang
250 ml air
1 bungkus MAGGI PAZZTA Cheese Macaroni
2 sudu besar lobak merah-dicincang
1 biji telur
1 sudu besar tepung
CARA MEMASAK:
LEMPENG KELAPA LEMAK DAN SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
LEMPENG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil tepung penaik
1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
1 ½ cawan kelapa parut (putih sahaja)
1 ¼ cawan air
1 sudu besar minyak
Sedikit minyak untuk memasak lempeng
SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil minyak masak
½ biji bawang merah-dihiris
2 pek MAGGI Pes Sambal Tumis
80 gram ikan bilis-dibersihkan & direndam selama 10 minit
¼ sudu kecil asam jawa pes
100 ml air
2 sudu kecil gula
3 biji telur-direbus
100 gram timun- dihiris
CARA MEMASAK LEMPENG:
CARA MEMASAK SAMBAL:
PIZZA MAGGI SENANG
BAHAN A
2 sudu besar minyak
1 pek MAGGI 2 Minit Ayam- direbus & tapis
1 biji telur
½ pek Perencah MAGGI Ayam
BAHAN B
3 sudu besar MAGGI Sos Tomato
2 sudu kecil oregano
½ cawan keju mozarella
½ cawan bayam
1 batang sosej, dihiris panjang
CARA MEMASAK:
Keempat resipi sudah dikongsi, jangan lupa cuba .
Kelas Masakan Online Bersama Maggi ® & RASA ini tambah rancak apabila soalan-soalan kuiz diajukan kepada peserta. Hadiahnya memang lumayan iaitu baucar Maggi ® bernilai RM100 dan juga hadiah utama berupa tiket jemputan istimewa ke sesi makan-makan Bersama Datin Paduka Eina Azman.Memang berbaloi.
Inilah pemenang yang berjaya menjawab soalan dengan pantas dan tepat. Tahniah buat ketiga-tiga pemenang.
Anda yang terlepas atau mahu mahu melihat semula Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA, boleh tonton menerusi link di bawah ini.