Suka makan mi? Jom belajar cara-cara menyediakan hidangan ini secara homemade. Bagi yang belum pernah cuba, percayalah, masakan homemade ni memang rasa sangat lain dari yang lain. Rasanya lebih segar, sedap malah lebih diyakini dari sudut kebersihan. Malah lebih jimat berbanding dengan yang dibeli. Anda teringin nak cuba buat misendiri? Jom cuba resipi step by step perkongsian Chef Sue M Arukin ni. Hanya perlukan empat bahan asas sahaja. Mudah dan berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT HOMEMADE FLAT NOODLES
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung gandum
1 biji telur
Secubit garam
Air secukupnya (kena pandai agak semasa menguli)
CARA MEMBUAT:
1. Gaul tepung bersama telur dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
2. Setelah doh sebati dan tidak melekat pada bekas, rehatkan selama satu jam sebelum dicanai.
Ads
3. Tabur tepung pada papan pencanai dan letak doh. Canai doh hingga nipis.
4. Kemudian potong doh mengikut saiz yang disukai dengan menggunakan pemotong piza.
5. Jika tiada pemotong piza, boleh juga guna pisau biasa atau mesin pasta.
Ads
6. Celur doh yang dipotong tadi hingga masak. Tanda doh telah masak ialah ia akan menjadi kenyal. Kemudian angkat mi, masukkan ke dalam air sejuk selama beberapa minit dan toskan.
7. Mi yang telah siap dicelur. Bolehlah dimasak mengikut citarasa dan selera masing-masing.
Ads
8. Salah satu menu yang boleh dibuat: Flat NoodlesSoup With Chicken.
9. Atau boleh juga hasilkan, Aglio Olio Flat Noodles with Prawn. Selamat mencuba!
Info chef:
Jika suka perisa tambahan, boleh tambah masa menguli doh. Contohnya: kisar daun bayam jadikan puri (dalam setengah cawan). Kemudian campurkan dalam campuran tepung tadi dan uli macam biasa. Maka jadilah spinach noodles.
Boleh pelbagaikan perisa noodles dengan bahan-bahan lain yang disukai seperti tomato, lobak dan sebagainya.
Malah mi ini juga boleh dipelbagaikan cara memasaknya. Ia boleh dijadikan noodles soup, digoreng dan bermacam-macam lagi.
Hidangkan Mi Siam Singapura adalah dengan memasukkan bihun goreng ke dalam pinggan. Tuang kuah secukupnya. Hias dengan telur rebus, tauhu goreng, hirisan daun bawang, timun dan perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan. Kalau suka pedas anda boleh tambah sambal tumis.
BAHAN-BAHAN:
200gm bihun | direndam hingga lembut
2 genggam tauge | dibuang ekornya
100 gm kucai | dipotong tiga cm
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili kisar
150 gram udang saiz kecil | kupas kulitnya
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
100gm1 genggam udang kering | cuci dan rendam
Secubit belacan | dibakar
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kuah:
1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
3/4 sudu makan tauco | lecek hingga hancur
3/4 sudu teh pes asam jawa
1 batang serai | dititik
2 keping hirisan lengkuas | dititik
1 liter air rebusan kulit udang
2 sudu makan kacang tanah tumbuk
1/4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
Bahan Sampingan:
Telur rebus | dibelah dua
Tauhu goreng | dihiris
Hirisan daun bawang
Timun |dihiris memanjang
Limau kasturi | dibelah dua
Sambal tumis | jika suka
CARA MEMASAK:
Untuk Mi Siam: Panaskan minyak dalam kuali, tumis kisar halus hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali menganadungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
Untuk Kuah Siam: Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucho, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak hingga mendidih.
Sedapnya Mi Rebus Johor. Sekali cuba, hirup kuah sampai licin. Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk keluarga, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu. Antara hidangan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Istimewanya resipi ni, kuahnya menggunakan rencah udang basah & juga udang kering. Patutlah padu. Malah beliau juga bermurah hati kongsi resipi langkah demi langkah ni. Jadi senanglah nak cuba. Jom kita lihat bahan-bahan untuk maak kuah Mi Rebus Johor yang sedap.
Laksa homemade memang mempunyai tekstur yang berbeza jika dibandingkan dengan laksa kering. Teringin nak buat laksa sendiri? Boleh cuba resipi di bawah ini.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak masak
Air panas mendidih secukupnya | bergantung jumlah tepung
CARA MEMASAK:
1.Gaul semua bahan menggunakan sudip kayu sehingga menjadi doh.
2. Bahagikan tepung mengikut acuan laksa. Uli doh menggunakan tangan apabila doh menjadi suam. Jangan biar sampai tepung sejuk. ( Sapu sedikit minyak di tangan untuk elakkan tepung melekat)
3. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan ke dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada pengukus bagi mengelakkan laksa melekat.
4. Kukus selama 20 minit. Pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih sebelum mengukus laksa. Bila tepung kelihatan berkilat, ia menandakan laksa telah masak.
5. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Biar seketika.
6. Setelah laksa sejuk, lerai-leraikan laksa tersebut. Masukkan laksa kecdalam penapis dan alirkan di bawah air mengalir. Toskan. Sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda,.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.