Jika anda penggemar hidangan pasta, resipi perkongsian dari Chef Sue M Arukin ini tentunya wajib dicuba. Hanya menggunakan tomato ranum dan beberapa bahan mudah lain, anda boleh hasilkan stok sos tomato yang sangat enak ini. Lebih istimewa, ia juga boleh disejukbekukan dan digunakan pada bila-bila masa. Sangat mudah, lebih sihat dan menjimatkan. Jika suka, boleh je tambah sayur-sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak merah, daging, isi ayam kisar ataupun aneka makanan laut kegemaran. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SOS SPAGETI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2kg tomato ranum
2 labu bawang putih | dikisar kasar
Daun thyme segar /kering secukupnya
Daun parsley segar/ kering secukupnya
Oregano segar/kering secukupnya
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
Garam dan gula perang secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
1/2 cawan tomato puri – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buah tomato dan kelar seperti dalam gambar.
Ads
2. Kemudian panaskan air dan celur buah tomato tadi untuk memudahkan proses membuang kulitnya.
3. Bila kulit tomato sudah terkupas, angkat dan masukkan ke dalam air berisi ais untuk hentikan proses memasak.
4. Kupas kulit tomato hingga habis.
5. Cincang kasar tomato tadi dan kisar dalam food processor atau blender. Namun jangan sampai terlalu halus dan lumat. Jika tiada mesin, boleh cincang menggunakan tangan sahaja.
6. Panaskan 2 sudu makan minyak zaitun menggunakan api kecil. Kemudian tumis bawang putih hingga wangi. Pastikan bawang tidak hangit.
7. Kemudian masukkan kisaran buah tomato tadi. Gaul rata.
Ads
8. Jika suka, boleh tambahkan tomato puri. Ia bertujuan menjaidkan sos pasta menjadi lebih merah dan kelihatan menarik. Biar kuah mendidih.
9. Seterusnya tambahkan parsley, thyme dan oregano dengan secukupnya.
10. Akhir sekali, perasakan dengan serbuk lada hitam, lada sulah, garam dan gula perang dengan secukup rasa.
11. Kacau rata dan biarkan pasta hingga mencapai tahap kepekatan yang anda suka.
Ads
12. Sedia dihidangkan bersama aneka pasta kegemaran.
INFO: Jika tiada thyme, oregano dan parsley segar, boleh juga gunakan bahan-bahan tersebut yang telah dikeringkan. Boleh juga guna italian herbs.
Timun dengan ciri yang menyejukkan sering digunakan secara meluas di dalam masakan. Selain itu ada yang makannya secara mentah atau membuat jus. Timun boleh dipelbagaikan hidangannya dan enak rasa.
Timun merupakan makanan yang sangat baik untuk kesihatan. Lupakan makanan ringan dan kerepek kentang, mulai hari ini jadikan timun sebagai ‘makanan’ utama anda. Berikut beberapa alasan mengapa anda perlu membiasakan makan timun. Merawat masalah kulit
Timun memiliki sifat diuretik dan pembersih yang bermanfaat bagi kulit. Kandungan air yang tinggi vitamin A, B, dan C serta mineral, seperti magnesium, kalium, mangan dan silika membuat timun menjadi bahagian penting dalam perawatan kulit. Masker wajah yang mengandungi timun digunakan untuk menganjalkan kulit. Asid caffeic yang hadir dalam timun dapat menurunkan paras retensi air yang mengurangkan pembengkakan di sekitar mata. Membunuh bakteria di dalam mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan. Fungsi pencernaan
Masalah pencernaan seperti gastrik dapat disembuhkan dengan meminum jus timun segar setiap hari. Kandungan serat makanan dalam timun dapat mengusir racun dari sistem pencernaan sehingga meningkatkan proses pencernaan. Oleh itu, dengan penggunaan timun setiap hari ia dapat dijadikan sebagai ubat sembelit. Membekalkan keperluan vitamin
Timun mengandungi tiga vitamin utama yang sering diperlukan oleh badan setiap hari. Vitamin A,B,C tersebut akan memperkuatkan sistem imun yang melindungi tubuh sehari-hari.untuk dapatkan hasil yang maksimum, timun boleh dijadikan jus bersama bayam dan lobak merah. Sebaiknya, timun tidak dikupas kerana bahagian itulah yang mengandungi 12% vitamin C, yang cukup untuk keperluan harian anda. Menyembuhkan kencing manis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Oleh itu timun baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah. Membantu dalam penurunan berat badan dan penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt. Membekalkan mineral pada kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
JUS TIMUN KISAR BAHAN-BAHAN:
2 biji timun
250ml air
3 sudu makan air gula
Ais secukupnya
Daun pudina
CARA MEMASAK:
Timun dipotong dibuang kulit dan empulurnya lalu dipotong dadu.
Masukkan timun ke dalam mesin pengisar bersama air, air gula dan ais secukupnya.
Kisar timun hingga ais hancur.
Tuang ke dalam gelas dan hias dengan daun pudina.
MI SIAM SINGAPURA BAHAN-BAHAN:
200gm bihun | direndam hingga lembut
2 genggam tauge | dibuang ekornya
100 gm kucai | dipotong tiga cm
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili kisar
150 gram udang saiz kecil | kupas kulitnya
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
100gm1 genggam udang kering | cuci dan rendam
Secubit belacan | dibakar
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kuah:
1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
3/4 sudu makan tauco | lecek hingga hancur
3/4 sudu teh pes asam jawa
1 batang serai | dititik
2 keping hirisan lengkuas | dititik
1 liter air rebusan kulit udang
2 sudu makan kacang tanah tumbuk
1/4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
Bahan Sampingan:
Telur rebus | dibelah dua
Tauhu goreng | dihiris
Hirisan daun bawang
Timun |dihiris memanjang
Limau kasturi | dibelah dua
Sambal tumis | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Untuk Mi Siam: Panaskan minyak dalam kuali, tumis kisar halus hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali menganadungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
6. Untuk Kuah Siam: Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucho, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
7. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
8. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
9. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak hingga mendidih.
10. Angkat dan hidangkan.
SUP TIMUN BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak zaitun
5 ulas bawang putih |cincang halus
1 biji bawang Holland saiz kecil |cincang halus
1 sudu makan lemon jus
1 batang timun saiz sederhana |buang isi tengah dan potong dadu kecil
½ sudu teh garam
125gm yogurt asli
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih dengan minyak zaitun bersama bawang Holland, kemudian masukkan timun.
Masukkan pula jus limau dan garam. Kecilkan api dan biar sejuk seketika. Ketepikan.
Kisar semua bahan yang ditumis tadi hingga halus dan tuangkan ke dalam yogurt. Gaul sebati.
Boleh dihidangkan secara suam atau disejukkan terlebih dahulu.
Pasta biasanya ramai memilih untuk dimakan bersama sos citarasa Itali seperti Bolognese, Carbonara dan sebagainya. Bagi anda kurang gemar, boleh je nak guna pasta ni untuk masak hidangan yang kena dengan Melayu seperti goreng dan juga sup. Sedap! Walaupun ringkas, tapi bila dah tambah macam-macam bahan enak seperti sayur, daging, cendawan dan macam-macam lagi, hasilnya pasti anda kagum. Jom cuba.
Pernah cuba hidangan Sup Tepung? Nampak macam sedap malah nak menyediakannya pun sangat senang. Menurut saudari Joriah Jue, resipi yang beliau kongsikan ini ada kisahnya yang tersendiri.
Dulu masa kecil, saya selalu bermain di rumah jiran Cina, India di Felda Bukit Rokan. Antara makanan mereka yang masih kekal dengan saya hingga kini ialah SUP TEPUNG. Alhamdulillah. Jadi fav family. Boleh buat sarapan, boleh juga buat sebagai makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan. Sesuai untuk orang sakit, orang tua dan kanak-kanak. Bahan paling mudah dan murah. Budak-budak asrama pun boleh masak dalam rice cooker. Cubalah sendiri.
CARA MASAK SUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 sudu ikan bilis
Seikat sawi (rm3- sawi kampung lagi best)
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung, sedikit garam dan air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih, bawang merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.
3. Masukkan air 1 liter. Biarkan mendidih.
4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, tarik guna dua-dua tangan hingga jadi sekeping nipis.
5. Masukkan tepung ke dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar menggelegak sekejap, agar tepung masak.
6. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.
7. Masak hingga sawi empuk. Tutup api, sedia dimakan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.