Tempe homemade hasil air tangan Chef Sue M Arukin ni nampak best je. Putih bersih, pasti sedap. Tempe adalah makanan yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Macam-macam menu boleh masak guna tempe ni. Kalau goreng cicah sambal kicap je pun dah cukup berselera. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT: 1. Rendam kacang soya semalaman (minimum 24 jam). Basuh dan bersihkan.
2. Rebus dalam air secukupnya selama 30-45 minit. Kupas kulit luarnya dan belah kacang.
3. Rebus sekali lagi kacang soya dengan air secukupnya. Tambah cuka dan didihkan selama 10-15 minit lagi. Toskan dan bilas. 4. Tabur kacang (berjarak) di dalam dulang yang besar dan jemur hingga air benar-benar kering (dalam 1-2 jam).
5. Tabur ragi tempe ke atas kacang soya yang dah kering dan gaul rata (guna sarung tangan bagi mengelak lebihan air/peluh bercampur yang akan merosakkan tempe).
6. Timbang 50gm campuran kacang+ragi dan letakkan dalam daun pisang.
7. Bungkus daun pisang kemas-kemas. Balut balas dengan kertas atau pembungkus makanan jika ada.
Ads
8. Susun bungkusan tempe dalam bekas dan letakkan ditempat gelap dan kering (Chef Sue letak dalam berpenutup dan simpan dalam stor).
9. Peram tempe selama 1-2 hari. Di hari ke-3 bolehlah buka bungkusan dan tengok samada tempe dah jadi atau belum jadi sepenuhnya (kadang-kadang masih kelihatan kacang yang belum tersalut putih yang terhasil dari proses peraman).
10. Tempe yang dah jadi sempurna bolehlah dipotong dan dimasak mengikut cita rasa.
Ads
INFO DARI CHEF SUE:
1. Kacang soya boleh dibeli dimana-mana kedai/pasaraya/kedai barangan bakeri. Chef Sue guna kacang soya organic. 2. Ragi tempe boleh dibeli di kedai-kedai runcit atau secara online. 3. Selain daun pisang, boleh juga bungkus tempe dengan daun ketapang, daun lirih, daun nyirik dan apa jua daun bersaiz besar yang tidak bertoksid/beracun. Sebagai alternatif, boleh gunakan pembungkus makanan (warna coklat cair) atau plastik (pilihan terakhir). 4. Tempe akan matang setelah diperam sekurang-kurangnya 24jam. Tapi biasanya setelah 2-3 hari tempe akan jadi dengan sempurna. 5. Timbang 50gram setiap bungkus dari 500gm keseluruhan berat kacang soya menghasilkan 15-16 biji tempe saiz kecil. Kalau suka tempe size besar dan padat, boleh gandakan kuantiti kacang soya dalam setiap bungkusan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: https://www.rasa.my/koleksi-resipi-lauk-pauk-bajet-mudah-masak-sedap/ https://www.rasa.my/kompilasi-resipi-lauk-masak-lemak-sedap-mudah-buka-selera/ https://www.rasa.my/aneka-resipi-telur-dadar-yang-diolah-lebih-sedap-mudah-masak/
Sayur Lemak Kulit Rambai. Menu paling sedap dan jimat. Mana tak nya. Isi boleh dimakan, malah kulitnya pun enak dimasak sayur. Makan dengan nasi panas, ada pula ikan goreng garing dan sambal belacan. Perghh…memang berselera.
Lagipun lauk sebegini bukan selalu boleh cuba. Hanya boleh rasa setahun sekali sahaja dikala musim buah rambai tiba. Sangat enak! Rasa yang sedikit masam, masak pula kuah lemak begini, nikmatnya.
Bagi anda yang nak cuba, bolehlah cari buah rambai. Beli dalam sekilo pun cukup. Terus kupas ambil kulitnya. Jangan tunggu kecut atau jadi kehitaman tau. Nanti tak sedap bila dimakan. Jom cuba masak resipi perkongsian saudari Erny Yusniza Saad ni. Dijamin puas hati!
CARA MASAK SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
BAHAN-BAHAN:
Kulit rambai
3 ekor ikan temenung – boleh juga guna ikan sardin
1 biji bawang merah besar – dimayang
1 biji cili besar – hiris
3 biji cili padi hijau – hiris
Petai – potong dua
1 kotak santan – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
Air rebusan ikan
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air dan celur kulit rambai bersama garam seketika. Ia bertujuan mengurangkan rasa masam kulit rambai.
2. Selepas direbus, sejukkan. Rendam seketika bersama air kapur. Ramas untuk buang airnya dan sejatkan.
3.Rebus ikan. Kemudian hancurkan isinya.
4. Masukkan isi ikan, bawang, cili padi dan santan ke dalam kuali.
5. Masukkan air rebusan ikan. Pastikan ditapis ya.
6. Tunggu sehingga agak-agak santan sudah separuh masak, barulah masukkan bahan seterusnya.
7. Masukkan kulit rambai, petai dan hirisan cili besar.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Tunggu menggelegak sekejap. Kacau sikit. Terus tutup api. Jangan sampai pecah minyak tau.
10. Dah siap. Sayur Lemak Kulit Rambai siap untuk dihidang.
Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia, Bonda Jaoyah tidak kedekut berkongsi resipi air tangan beliau untuk kita semua.
1. UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz besar |bersih dan tos
1 batang serai |titik
2 ulas bawang merah |kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup | kisar
Seikat daun selom | potong
10 biji cili padi | kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.
Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.
Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
Masukkan garam, udang dan daun selom.
Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup api
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama kerana ia akan menjadi sedikit keras.
2. TELUR MASIN LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai | titik
1 ulas bawang merah | kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup |kisar
10 biji cili padi |kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali telur.
Didikan kuah sehingga mendidih.
Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu telur masin boleh juga menggunakan telur itik biasa.
Rempah ratus bagaikan satu elemen penting dalam masakan India. Kerana itulah Puan Vasantha sanggup membuat sendiri campuran rempah ratus dalam setiap masakan yang dimasak. Kata beliau, hasil air tangan adalah kepuasan dalam menyediakan masakan untuk keluarga, mahu pun tetamu yang bertamu di kediamannya. Ingin mencuba menu masakan India? Jangan lupa cuba resipi ni!
SHRIMP & POTATO CUTLETS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan udang | buang kulit dan bersihkan
5 biji kentang saiz kecil | kupas kulit dan rebus
1 biji bawang besar | dadu halus
1/4 sudu teh pes bawang putih
1/8 sudu teh pes halia
1 biji telur
1/2 cawan serbuk roti
1/4 cawan tepung serba guna
1 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS
1/4 serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk cili | kepedasan ikut cita rasa
1/4 sudu teh serbuk ketumbar
1/4 sudu teh garam masala
Secubit serbuk kulit kayu manis dan lada hitam | jika suka
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar udang dalam mesin pengisar. Ketepikan.
Lenyek kentang hingga hancur. Ketepikan.
Panaskan dua sudu makan minyak masak, tumis bawang merah.
Apabila bawang layu masukkan pes halia dan bawang putih, kacau seketika.
Masukkan pula bahan rempah ratus, diikuti udang yang telah dikisar tadi.
Lebih kurang 3-4 minit, perlahankan api.Masukkan kentang tadi dan gaul rata.
Kacau sebati, kemudian tutup api. Masukkan adunan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk.
Setelah sejuk, bulat-bulatkan adunan lebih kurang bola pingpong, golekkan dalam tepung serba guna kemudian leperkan.
Celupkan dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan dalam serbuk roti. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng aduan hingga keperangan dengan api sederhana.
Setelah siap, hidangkan dengan sos kegemaran anda.
INFO CHEF: Cara penyediaan dan pembuatan hidangan ini sama dengan bergedel.
HOT & SPICY MUTTON FRY
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | hiris, bersih dan tos
4 biji bawang besar | potong dadu
4 biji buah tomato | potong dadu
6 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus lemon
4 sudu makan yogurt
3 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh serbuk lada sulah
1sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
3cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan daging kambing dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan jus lemon, yogurt, serbuk kunyit, lada hitam dan serbuk cili.
Perap selama 30 minit.
Seterusnya, masukkan daging yang telah di perap dalam periuk tekanan bersama satu cawan, air. Masak hingga empuk.
Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu mans, bunga cengkih, ketumbar dan daun kari.
Tambahkan hirisan bawang dan tumis lagi hingga bawang kekuningan dan masukkan pula pes halia dan bawang putih.
Setelah naik bau masukkan tomato, kacau seketika, masukkan daging kambing yang telah dimasak menggunakan periuk tekanan tadi.
Kecilkan api, tambah sedikit minyak dan terus kacau hingga daging garing.
Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak ada periuk tekanan, anda boleh renehkan daging menggunakan periuk biasa hingga empuk.
PRAWNS MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 kg udang Saiz XL | buang kulit dan bersihkan
4 biji bawang besar | potong dadu
5 ulas bawang putih | cincang
3cm halia | hiris halus
2 biji tomato | potong dadu
2 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh garam masala
1 sudu makan jus lemon
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak.
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama sedikit serbuk lada sulah dan jus lemon. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan biji sawi dan daun kari, tambah bawang cincang.
Tumis hingga kekuningan, tambahkan pula halia dan bawang putih cincang, diikuti tomato.
Setelah tomato layu masukkan serbuk kunyit, ketumbar dan garam masala.
Apabila tumisan pecah minyak, masukkan udang dan gaul rata lebih kurang dua minit.
Tambah sedikit air jika perlu dan lengkapkan rasa dengan menambahkan sedikit garam.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Masukkan udang dalam pinggan, hias dengan daun kari goreng.
Udang sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini mudah disediakan, sesuai untuk anda yang ingin cepat.
CHICKEN VINDALOO
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecildan cuci bersih
2 cawan bawang besar | cincang
1 cawan puri tomato segar
1 sudu teh serbuk kunyit
8-10 ulas bawang putih
3cm halia | hiris halus
1 sudu makan cuka makan
1 sudu makan pes kunyit
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN GORENG SANGAI:
10-12 tangkai cili kering
2 sudu makan ketumbar biji
3-4 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
8-10 ulas lada hitam
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh biji sawi
CARA MEMASAK:
Kisar bahan goreng sangai bersama halia, bawang putih, cuka dan pes kunyit hingga menjadi pes lembut dengan menambah sedikit air. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dicincang hingga kekuningan.
Masukkan ayam dan kacau rata lebih kurang 3-4 minit.
Apabila ayam kecut masukkan puri tomato dan bahan kisar tadi. Kacau lagi.
Jika agak kering tambah sedikit air, biarkan mereneh atas api sederhana lebih kurang 30 minit.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ayam Vandaloo ini, selain enak dihidangkan dengan nasi, ia boleh juga dihidangkan dengan capati atau roti.
BABY SPINACH WITH DHAL
BAHAN-BAHAN:
3/4 Yellow Moong Dhal
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam seckup rasa
1.25 cawan air
2 cawan daun baby spinach | cincang
1/2 biji bawang besar | cincang
1/2 cawam tomato | cincang
1/2 sudu teh pes halia
1/2 sudu teh pes bawang putih
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh chili flakes
1/8 sudu teh Hing (asofetadia)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1.5 sudu makan minyak sapi
1 cawan air suam
BAHAN TAMBAHAN:
2 sudu teh minyak sapi
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh serbuk cili
CARA MEMASAK:
Cuci bersih kacang dhal.
Rebus menggunakan periuk tekanan bersama garam dan serbuk kunyit.
Setelah kacang lembut. Sejukkan dan kisar halus.
Cuci bersih baby spinach (bayam kecil). Kemudian cincang. Ketepikan.
Campurkan bawang dan tomato. Seterusnya campurkanpes halia dengan bawang putih, kemudian ketepikan.
Panaskan sedikit minyak sapi dalam periuk, tumis biji sawi, Hing dan jintan putih,
Setelah wangi, masukkan campuran pes halia dan bawang putih. Kacau seketika.
Masukkan pula bawang besar, apabila bawang layu masukkan tomato dan rempah ratus yang lain.
Diikuti daun baby spinach dengan dhal yang telah dikisar. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sangat enak dijadikan pencicah capati mahupun roti nan.
ONION RATTA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan yogurt | boleh masukkan lebih jika suka
5 biji bawang Holland | cincang
5 biji cili hijau | cincang
3 biji cili padi | potong dua
1 biji timun | hiris
2 biji tomato| hiris
3cm halia | hiris nipis
1 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh biji sawi
1 tangkau daun kari | leraikan dari tangkai
Daun pudina seccukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rendam bawang yang dicincang dalam air selama 15 minit. Tos dan ketepikan.
Goreng sangai biji sawi dan kisar . Ketepikan
Kisar yogurt bersama sedikit garam dan gula hingga lembut dan gebu teksturnya.
Kemudian campurkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
Kemuduan tuang yogurt tadi dan gaul rata. Taburkan
Sebelum dihidangkan taburkan daun kari dan pudina yang telah dicincang.
Onion Ratta sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Onion Rata enak dihidangkan sejuk. Oleh itu simpannya di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
PENYELARAS: SHIDA YASIN
RESIPI TERIMA KASIH: PUAN VASANTHA, PINGGIRAN USJ, SUBANG JAYA, SELANGOR.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!