Tempe homemade hasil air tangan Chef Sue M Arukin ni nampak best je. Putih bersih, pasti sedap. Tempe adalah makanan yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Macam-macam menu boleh masak guna tempe ni. Kalau goreng cicah sambal kicap je pun dah cukup berselera. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA-CARA BUAT TEMPE HOMEMADE GUNA 4 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kacang soya (soy bean) – beli online DISINI
  • 1 sudu teh ragi tempe – beli online DISINI
  • 1 sudu makan cuka masakan
  • Daun pisang secukupnya

CARA MEMBUAT:
1. Rendam kacang soya semalaman (minimum 24 jam). Basuh dan bersihkan.

2. Rebus dalam air secukupnya selama 30-45 minit. Kupas kulit luarnya dan belah kacang.

3. Rebus sekali lagi kacang soya dengan air secukupnya. Tambah cuka dan didihkan selama 10-15 minit lagi. Toskan dan bilas.
4. Tabur kacang (berjarak) di dalam dulang yang besar dan jemur hingga air benar-benar kering (dalam 1-2 jam).


5. Tabur ragi tempe ke atas kacang soya yang dah kering dan gaul rata (guna sarung tangan bagi mengelak lebihan air/peluh bercampur yang akan merosakkan tempe).

IKLAN


6. Timbang 50gm campuran kacang+ragi dan letakkan dalam daun pisang.


7. Bungkus daun pisang kemas-kemas. Balut balas dengan kertas atau pembungkus makanan jika ada.


8. Susun bungkusan tempe dalam bekas dan letakkan ditempat gelap dan kering (Chef Sue letak dalam berpenutup dan simpan dalam stor).


9. Peram tempe selama 1-2 hari. Di hari ke-3 bolehlah buka bungkusan dan tengok samada tempe dah jadi atau belum jadi sepenuhnya (kadang-kadang masih kelihatan kacang yang belum tersalut putih yang terhasil dari proses peraman).


10. Tempe yang dah jadi sempurna bolehlah dipotong dan dimasak mengikut cita rasa. 

INFO DARI CHEF SUE:

1. Kacang soya boleh dibeli dimana-mana kedai/pasaraya/kedai barangan bakeri. Chef Sue guna kacang soya organic.
2. Ragi tempe boleh dibeli di kedai-kedai runcit atau secara online.
3. Selain daun pisang, boleh juga bungkus tempe dengan daun ketapang, daun lirih, daun nyirik dan apa jua daun bersaiz besar yang tidak bertoksid/beracun. Sebagai alternatif, boleh gunakan pembungkus makanan (warna coklat cair) atau plastik (pilihan terakhir).
4. Tempe akan matang setelah diperam sekurang-kurangnya 24jam. Tapi biasanya setelah 2-3 hari tempe akan jadi dengan sempurna.
5. Timbang 50gram setiap bungkus dari 500gm keseluruhan berat kacang soya menghasilkan 15-16 biji tempe saiz kecil. Kalau suka tempe size besar dan padat, boleh gandakan kuantiti kacang soya dalam setiap bungkusan.

 

Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/koleksi-resipi-lauk-pauk-bajet-mudah-masak-sedap/
https://www.rasa.my/kompilasi-resipi-lauk-masak-lemak-sedap-mudah-buka-selera/
https://www.rasa.my/aneka-resipi-telur-dadar-yang-diolah-lebih-sedap-mudah-masak/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official