Tercari-cari resipi Creamy Ravioli yang mudah, sedap dan mudah masak? Resipi pasta homemade perkongsian Chef Sue M Arukin ni antara yang boleh dicuba. Kalau makan di restoran, harganya memang mahal. Dengan adanya resipi ni, tak perlu risau lagi. Memang mudah. Kini anda boleh memasak sendiri hidangan Itali ni di rumah. Kos pun jauh lebih murah. Jom cuba.
RESIPI CREAMY RAVIOLI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 400gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam | cincang halus
- 120gm hirisan cendawan
- 50gm cincangan bayam muda ( baby spinach)
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 6 sudu makan parutan keju romano
- 2 sudu makan cincangan daun basil segar
- 1 cawan krim masakan
- 2 biji telur | pukul dengan garpu
- Secubit serbuk buah pala
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
- Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
NAK LAGI RESIPI? MENU DI BAWAH INI BOLEH ANDA CUBA!