Chef Sue Arukin Kongsi Resipi Lemang Kukus Cawan Kertas Yang Sedap & Dijamin Menjadi.

Share

Ragu-ragu nak cuba resipi lemang kukus dalam cawan kertas? Chef Sue Arukin dah cuba buat. Memang menjadi! Resipi yang dikongsi ni pun Chef Sue dah mudahkan untuk puan-puan senang nak cuba dalam jumlah yang sedikit. Selamat mencuba!

Haritu nampak kat FB ada orang buat lemang dalam paper cups. Tadi saya cuba buat 5 cawan, elok pulak jadinya. Ini yang dinamakan inovasi. Kalau tak ramai yang suka makan lemang di rumah, bolehlah cuba cara ni, senang dan jimat. Cuma bezanya ia adalah lemang kukus bukan lemang bakar yang selalu orang buat dalam buluh tu.Chef Sue M Arukin

 

LEMANG CAWAN KERTAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
  • 600ml santan pekat
  • 1 sudu teh garam halus
  • 5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
  • Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
  2. Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
  3. Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
  4. Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
  5. Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
  6. Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap.

Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin

 

Published by
Nur