Penggemar hidangan makanan laut pastinya mempunyai seribu satu alasan mengapa mereka menggemari udang, sotong, ketam dan sebagainya. Tidak dilupakan keenakan kekapis, tiram dan lala yang dimasak dengan cara tersendiri dan sering menjadi pilihan untuk hidangan istimewa. 

Hidangan seperti sambal, tomyam dan kukus, mungkin anda dah biasa masak. Kali ini, RASA kongsikan hidangan makanan laut hasil air tangan Chef Sue M. Arukin yang dimasak gaya restoran dan anda boleh cuba masak sendiri di rumah.

 

1.  KEKAPIS GORENG CILI BENGGALA 

Chef Sue Kongsi 5 Resipi Popular Restoran Seafood Yang Boleh Masak Sendiri Dengan Kos Jauh Lebih Murah.

BAHAN-BAHAN:

  • 15 ekor kekapis
  • 1 biji cili benggala hijau|potong dadu
  • 4 ulas bawang putih|cincang
  • 3cm halia|mayang halus
  • 15ml sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan kekapis, cili benggala dan sos tiram.
  3. Tambah sedikit air. Masak untuk beberapa minit.
  4. Tambah garam, lada sulah  serta lada hitam secukup rasa sebelum dihidangkan.

Info Chef: Pastikan cengkerang kekapis dibersihkan sebelum dimasak untuk membuang segala kekotoran dan pasir yang mungkin terlekat bersamanya.

 

2KERANG BERCILI PEDAS

Chef Sue Kongsi 5 Resipi Popular Restoran Seafood Yang Boleh Masak Sendiri Dengan Kos Jauh Lebih Murah.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm isi kerang
  • 10 biji cili padi|dikisar
  • 5 biji cili hijau|dikisar
  • 6 biji bawang merah|dikisar
  • 4 ulas bawang putih|kisar
  • 5ml air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak  masak di dalam kuali.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan belacan, air asam jawa dan isi kerang. Tumis sehingga bahan masak.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Info Chef: Sebaiknya rendam seketika isi kerang untuk memastikan ia bersih dan segar.

 

3LALA BULUH KAM HEONG

Chef Sue Kongsi 5 Resipi Popular Restoran Seafood Yang Boleh Masak Sendiri Dengan Kos Jauh Lebih Murah.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm lala buluh
  • 1 biji bawang besar|dikisar
  • 3 ulas bawang putih|dikisar
  • 30gm udang kering|dikisar
  • 30gm serbuk kari
  • 15ml kicap pekat
  • 15ml sos tiram
  • 4 tangkai cili kering|dipotong kecil
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Masukkan daun kari dan cili kering.
  2. Masukkan pula rempah kari dan sedikit air, sos tiram dan kicap pekat. Masukkan lala buluh, tambah sedikit air dan didihkan beberapa minit.
  3. Tambah garam, gula dan lada sulah secukup rasa.

Info Chef: Pastikan lala buluh dibersihkan di bawah air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang terlekat.

Ads

 

4TELUR DADAR BERSAMA TIRAM

Chef Sue Kongsi 5 Resipi Popular Restoran Seafood Yang Boleh Masak Sendiri Dengan Kos Jauh Lebih Murah.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur ayam
  • 200gm isi tiram
  • 5ml bancuhan tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur bersama sedikit garam dan lada sulah sehingga agak kembang.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuangkan telur yang dipukul tadi dan ratakan.
  3. Masukkan isi tiram, bancuhan tepung jagung dan biarkan beberapa minit.
  4. Terbalikkan telur dadar dan biarkan masak beberapa minit di bahagian yang sebelahnya.

Info Chef: Pastikan minyak yang digunakan tidak terlalu banyak bagi memastikan telur yang digoreng tidak berminyak.

Ads

 

5PEPAHAT TUMIS HALIA 

Chef Sue Kongsi 5 Resipi Popular Restoran Seafood Yang Boleh Masak Sendiri Dengan Kos Jauh Lebih Murah.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm pepahat
  • 5cm halia muda|mayang halus
  • 4 ulas bawang putih|dicincang
  • 5gm serbuk lada sulah
  • 5gm sos tiram
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan pepahat, sos tiram dan serbuk lada sulah.
  3. Jika perlu tambah sedikir air. Tumis beberapa minit hingga pepahat masak.
  4. Tambah garam secukup rasa.

Info Chef: Hidangan ini tidak perlu dimasak terlalu lama bagi mengekalkan kesegaran pepahat.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI