Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya dengan kulit dan kepala udang, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda. Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang. Langkah-langkahnya adalah:

 

CARA BUAT AIR REBUSAN VERSI SEDAP & JIMAT

 

1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.

Chef Sue Kongsi Cara Buat Air Rebusan Udang Yang Mudah.

Ads

2. Kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh. Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.

Chef Sue Kongsi Cara Buat Air Rebusan Udang Yang Mudah.

 

Chef Sue Kongsi Cara Buat Air Rebusan Udang Yang Mudah.

 

3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan. Selalunya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya.

Chef Sue Kongsi Cara Buat Air Rebusan Udang Yang Mudah.

 

4. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.

Ads

Chef Sue Kongsi Cara Buat Air Rebusan Udang Yang Mudah.

 

Bahkan beliau juga berkongsi cara-cara membersihkan udang.

Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.

Chef Sue Kongsi Cara Buat Air Rebusan Udang Yang Mudah.

Ads

Chef Sue Kongsi Cara Buat Air Rebusan Udang Yang Mudah.

Chef Sue Kongsi Cara Buat Air Rebusan Udang Yang Mudah.

 

Kredit foto & resipi: Chef Sue M Arukin

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI