Sedapnya lemang! Kalau makan dengan rendangatau serunding, memang terbaik. Bagi anda yang nak cuba hasilkan lemang secara homemade, resipi perkongsian Chef Sue M Arukin ni boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, anda tidak perlukan buluh dan tak perlu bakar. Hanya guna periuk kukusan dan juga cawan kertas. Mudah kan? Malah boleh hasilkan dalam kuantiti yang sedikit. Barulah tak membazir. Jom lihat cara-caranya. Selamat mencuba!
LEMANG CAWAN KERTAS
BAHAN-BAHAN:
Ads
1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
600ml santan pekat
1 sudu teh garam halus
5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap.
Hidangan lontong dan kuah lodeh sering menjadi pilihan bagi menu sarapan mahupun hidangan di Hari Raya. Ditambah pula apabila dipadankan dengan sambal ikan bilis. Untuk menjadikan lebih sedap, boleh ditaburkan bersama tempe goreng rangup dan ikan bilis goreng.
Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh
Bahan-Bahan: 2 inci lengkuas, dititik 2 batang serai, dititik 500 gram udang 1 kotak santan segera ATAU santan dari 1/2 biji kelapa 1 batang lobak merah, potong panjang 7-8 batang kacang panjang, potong 1/2 biji sengkuang 1 bungkus tempe, potong kiub 3 ketul tauhu, potong kiub 1 genggam suun 3-4 keping fucuk, rendam lembut dan potong 1 inci panjang sedikit kubis cincang (anggaran 1/4 bahagian)
Bahan untuk kisar halus: 1 biji bawang besar 2 inci kunyit hidup ATAU 2 sudu kecil kunyit serbuk 1 inci halia 3 ulas bawang putih 3 sudu besar udang kering, rendam bersama air seketika
Bahan untuk dihidang bersama: nasi impit, rebus telur, rebus tempe, hiris nipis dan goreng garing (pilihan) ikan bilis kecil, goreng (pilihan)
Cara Penyediaan:
Bersihkan udang, buang kepala dan kulit (jika suka).
Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lengkuas dan serai yang dititik.
Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
Masukkan sayur lobak merah, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.
Tips: Dicadangkan supaya anda gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma kunyit hidup menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh.
Nasi goreng kampung antara menu kegemaran seisi keluarga. Lebihan nasi yang ada boleh dijadikan hidangan ini untuk sarapan mahupun makan malam. Letak ikan bilis, sayur kangkung, dah siap. Yang suka pedas boleh letak cili banyak-banyak.
5 kompilasi resepi nasi goreng kampung yang mudah untuk anda sediakan. Boleh cuba masak semua dan pilih mana yang paling menepati citarasa sendiri. Simple dan sedap!
6 cawan nasi
5 biji telur
1 ikat kangkung
Ikan bilis (digoreng)
Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUAT:
Tumbuk ke semua bahan, bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk tadi.
Apabila bahan tumbuk tadi sudah naik bau, masukkan telur. Apabila telur sudah agak hendak garing, kacau-kacaukan sehingga sebati. Boleh masukkan garam.
Kemudian masukkan nasi. Gaul sebati.
Masukkan kangkung. Gaulkan kesemua bahan. Tip hendak nasi goreng sedap, goreng dengan api yang kuat.
Nasi goreng kampung sudah siap!
Basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian goreng sehingga garing.
Tip hendak ikan bilis garing, semasa mula-mula goreng pastikan minyak panas. Selepas itu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata. Jika hendak tahu ikan bilis sudah masak ke belum, tunggu smpai minyak habis berdesir. Itu bermakna ikan bilis sudah masak.
Sedia untuk dimakan. Lebih sedap sekiranya nasi goreng kampung ada banyak kangkung dan ikan bilis lebih. Makan pula dengan sambal belacan. Memang berselera.
Bolehlah cuba buat sendiri. Bila sudah tahu tekniknya senanglah hendak masak.
BAHAN KISAR
• 1 biji cili merah
• 5 biji cili padi hijau
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas kecil bawang putih
• 1 inci belacan
BAHAN LAIN
• segenggam ikan bilis (digoreng asing)
• 1 biji telur ayam
• semangkuk nasi
• sayur sawi
• garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak goreng ikan bilis tadi, tumis Bahan Kisar.
3. Masukkan telur ayam. Kacau rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan nasi. Gaul rata.
5. Masukkan sayur. Gaul lagi.
6. Masukkan garam dan gaul lagi sampai rata semuanya. Matikan api.
7. Taburkan ikan bilis yang sudah digoreng asing tadi. Sedia dihidang.
Resipi nasi goreng ikan. Antara makanan untuk sarapan yang popular di sebelah pantai timur. Hingga ini, hidangan orang dulu-dulu ini masih disukai ramai. Namun, susah juga nak jumpa sekarang. Kakau teringin sangat nak makan, buat sendiri je lah.
Selain itu, ikan goreng yang digunakan biasanya adalah lebihan malam tadi dan dimasak esok paginya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Rizal Emini. Nak membuatnya pun tak susah. Bahkan, tak perlu banyak perencah lain pun. Memang simple tapi sedapnya tak kalah dengan nasi goreng lain. Sekali cuba, mesti nak lagi!
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.