Sedapnya Ayam Panggang BBQ ni. Kebiasaannya, ayam yang dihidangkan bersama set nasi ayam akan digoreng atau dikukus. Jangan tak tahu, selain dari itu ayam tersebut juga boleh dipanggang atau dibakar. Memang sangat sedap malah lebih sihat! Bagi yang terasa nak makan Nasi Ayam, Chef Sue M.Arukin berkongsi resipi Grilled Honey BBQ Chicken yang sangat mudah dan sedap. Selamat mencuba!
GRILLED HONEY BBQ CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – belah 4 @ 4 keping whole leg chicken
- 1 cawan sos barbecue (sebarang brand)
- 1 sudu makan sos soya cair
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh lada hitam
- 4 ulas bawang putih – kisar halus
- Garam secukupnya
- Madu secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan semua bahan kecuali ayam. Kacau rata dan sebati.
- Lumurkan bahan-bahan yang dicampur tadi ke atas ayam dan ratakan. Perap ayam selama sejam atau lebih.
- Grill/panggang ayam yang dah diperap dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 30 minit atau hingga ayam masak.
- Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan beruskan madu ke atas ayam.
- Hidangkan Grilled Honey BBQ Chicken tadibersama nasi ayam, sambal cili merah, bawang putih kisar, kicap cair, salad/timun/tomato dan sup ayam.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M. Arukin