Seronok tengok Erra Fazira berkongsi dapur dengan Chef Wan dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, kedua-dua mereka menyediakan dua menu kegemaran dan wajib ada  Erra sepanjang bulan puasa. Ternyata pelakon dan penyanyi popular ini  seorang yang simple dalam memilih menu berbuka.  Tak sangka Murtabak dan Bubur Cha Cha jadi pilihan Erra Fazira

Chef Wan & Erra, Berkongsi Dapur Buat Murtabak Daging Kambing & Bubur Cha Cha

“Saya kalau tak ada murtabak dan manisan seperti Bubur Cha Cha macam tak lengkap berbuka puasa rasanya.  Bubur Cha Cha ni  kalau dulu-dulu bila bulan puasa je mak mesti buat sebab tahu saya sukakannya. Memang dari zaman kanak-kanak hingga sekarang,bila berbuka saya mesti ada makanan yang manis dan Bubur Cha Chalah kesukaan saya. Bila mak buat tak sabar nak tunggu waktu berbuka, terasa-rasa lemak manis dan tekstur ubi yang kenyal dan tepung Cha Cha yang berwarna warni memang mengundang seksa tunggu berbuka.

Chef Wan & Erra, Berkongsi Dapur Buat Murtabak Daging Kambing & Bubur Cha Cha

Murtabak pulak, tak kisahlah murtabak daging atau ayam, ia mesti ada.  Sebabnya, kalau dulu-dulu murtabak hanya dijual pada bulan puasa, itu yang istimewanya Tapi hari ni saya teruja bila Chef Wan mengundang saya menyediakan Murtabak Daging Kambing bersamanya. Bila tengok macam senang je buat murtabak.  Tapi kebiasaannya saya beli je kat Bazar Ramadan sebab keluarga saya kecil ia lebih berbaloi dari memasak,” ujar Erra.Chef Wan & Erra, Berkongsi Dapur Buat Murtabak Daging Kambing & Bubur Cha Cha

Ads

Kata Erra, dulu hanya dia dengan ibu, kini tambah dengan perempuannya,  pilihan berbuka puasa mereka masih yang ringkas. Anaknya Aleesya  suka makan nasi dengan lauk singgang.  Dia tak cerewet soal makan, sebab itulah dari dulu hingga sekarang menu berbuka puasanya adalah ringkas. Kalau makan nasi, lauk-pauk pilihannya adalah masakan kampung.

Berikut dua resipi yang disediakaan oleh Chef Wan yang disukai oleh Erra Fazira:-

Chef Wan & Erra, Berkongsi Dapur Buat Murtabak Daging Kambing & Bubur Cha Cha

MURTABAK DAGING KAMBING

BAHAN-BAHAN:

KULIT MURTABAK:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 1/2 cawan  air (campur sedikit garam)

BAHAN INTI MURTABAK:

  • 300gm daging kambing kisar
  • 2 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | potong dadu
  • 3 ulas bawang merah | cincang halus
  • 1cm halia | cincang halus
  • 4 sudu makan rempah kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis

 BAHAN CAMPURAN INTI:

  • 1 biji bawang | potong nipis
  • 6 biji telur atau secukupnya
  • 4 tangkai daun ketumbar | hiris halus
  • 4 tangkai daun bawang | hiris halus

BAHAN BAWANG JERUK:

Ads
  • 1 biji bawang besar | hiris nipis
  • 1 sudu makan cuka putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan tepung gandum, telur, susu pekat manis dan marjerin, gaul sebati.
  2. Masukkan air bergaram tadi sedikit demi sedikit sambil uli hingga sebati dan adunan tidak melekat di tangan, lembut dan licin.
  3. Bulat-bulatkan doh dan sapukan sedikit marjerin supaya doh tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 2-3 jam.
  4. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, putih dan halia hingga wangi.
  5. Masukkan rempah kari, kacau rata dan tambah sedikit air. Kacau hingga pecah minyak dan garing. Kemasukkan daging kambing kisar, kacau rata hingga warna daging berubah dan sekata dengan bahan tumisan.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, terus kacau hingga inti garing.Tutup api dan biarkan sejuk.
  7. Ambil beberapa sudu makan inti masukkan dalam mangkuk, pecahkan sebiji telur di dalamnya. Kemudian masukkan hirisan bawang, daun ketumbar dan daun bawang. Kacau sebati dan ketepikan seketika.
  8. Sapukan tangan dengan sedikit minyak, dan tebarkan doh roti canai dan arik nipis-nipis .
  9. Masukkan inti, lipat dengan kemas hingga inti disaluti sepenuhnya.
  10. Panaskan minyak dan goreng murtabak dengan api perlahan hingga masak.
  11. Angkat dan bolehlah dinikmati dengan kuah Dhal serta hrisan cuka bawang.

Chef Wan & Erra, Berkongsi Dapur Buat Murtabak Daging Kambing & Bubur Cha Cha

 BUBUR CHA CHA

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 100gm tepung Cha Cha kering
  • 300gm keladi | rebus setengah masak
  • 200gm keledek kuning | rebus setengah masak
  • 200gm keledek oren | rebus setengah masak
  • 200gm keledek ungu  | rebus setengah masak
  • 70gm sago mata ikan

BAHAN KUAH SANTAN:

  • 400ml santan cair
  • 400ml santan pekat
  • 2 helai daun pandan
  • 300gm gula
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus tepung cha cha kering. Bila sudah terapung, angkat dan rendam dalam air.
  2. Rebus keladi dan keledek hingga empuk secara berasingan. Angkat dan toskan.
  3. Seterusnya masukkan bahan ubi-ubian dalam periuk bersama santan cair, gula, secubit garam dan daun pandan.
  4. Renehkan hingga ubi empuk.
  5. Setelah empuk, tambahkan santan pekat, tepung Cha-Cha yang telah direbus tadi dan bersama sagu, sederhanakan api, kacau hingga kuah mendidih.
  6. Perasakan dengan secubit garam.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan Bubur Cha Cha sedia dihidangkan.panas atau sejuk.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI