Chef Zam adalah di antara chef selebriti yang tersentuh jiwa dan prihatin mengenai nasib mereka yang berada di Pusat Kuarantin, anggota polis , golongan asnaf dan gelandangan di kala wabak Covid-19 ini. Aktivitinya membuat kerja sukarelawan dapat dilihat di Instagramnya @ Chef_ Zam.
Usaha murninya bersama badan kebajikan Food Aid Foundation di mana Chef Zam adalah salah seorang pengasasnya menjalankan kerja sukarelawan , menyediakan masakan untuk mereka yang memerlukan memang patut dipuji dan dicontohi masyarakat.
Dalam menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ini (PKP) untuk menyekat penyebaran Covid -19 ini ada yang kena berkurung kerana berada di Pusat Kuarantin.
Chef Zam juga prihatin dengan anggota polis yang sibuk bertugas dan lebih -lebih lagi golongan gelandangan dan asnaf yang tidak berkemampuan untuk menyediakan makanan untuk diri dan keluarga.
Ketika dihubungi Chef Zam menerangkan aktiviti ini selari dengan objektif penubuhan Food Aid Foundation iaitu memastikan tiada sesiapa yang kelaparan di Malaysia dan atas prinsip semua orang patut mendapat makanan tanpa mengira bangsa, agama waima kerakyatan.
Bukan hanya ketika wabak Covid-19 sahaja , malah di hari biasa adalah menjadi aktiviti dan rutin kebajikan Yayasan ini menghulurkan bantuan makanan kepada pelarian Rohingya dan pekerja-pekerja asing di negara ini dan golongan susah , asnaf serta gelandangan.
Apabila Covid-19 mula menular bermula 14hb Mac lagi, Food Aid Foundation menambahkan senarai bantuan makanan kepada pusat kuarantin iaitu Akademi Audit Negara di Nilai dan juga pusat kuarantin di AKEPT (Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi) di Bandar Enstek, Negeri Sembilan .
Mereka adalah rakyat Malaysia dan negara jiran yang dibawa pulang dari Iran dan Itali .
Food Aid Foundation juga melipat gandakan bantuan makanan kepada asnaf dan gelandangan dengan menyediakan makanan basah seperti daging, ikan dan ayam dan juga makanan kering.
Kata Chef Zam lagi ,“Jika sebelum bantuan makanan dihantar sendiri, namun kerana covid-19 , ini bantuan set makanan diambil oleh anggota pertahanan awam untuk diserahkan kepada pusat kuarantin dan mereka yang perlu dibantu itu.”
Chef Zam yang juga Pengetua dan Pemilik , Kolej Antarabangsa Silverspoon juga turut merakam penghargaan kepada MBSB Bank (Malaysia Building Society Berhad). Berahim , Air Asia, Tesco, syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan yang turut memberi sumbangan kepada Food Aid Foundation.
Anda juga boleh membuat sumbangan samada wang atau bahan makanan melalui IG dan FB Food Aid Foundation..
Sumber Foto : Instagram Chef_Zam
Koleksi Foto : Chef Zam
JOM SEMAK RESIPI INI :
Dan juga resipi ini :