Chessy Chicken Ball Menu Kegemaran Anak-Anak

Share

Kadang bingung nak masak apa yang suka dimakan oleh anak-anak. Olahan berbahan ayam ini pasti menjadi kesukaan juga meningkat selera makan anak-anak.
Anda boleh membuat menu lazat dengan bebola ayam yang dicampur dengan keju. Gerenti jadi rebutan anak-anak nanti.

Chessy chicken ball

Bahan-bahan :
Bawang holand
Bawang putih
Sos kimball setengah botol je
Cheddar cheese slices keping 4 keping
Mozarella cheese [aku guna yg jenis blok]potong kecik kecik je..jangan guna sampai habis pula
Morazella jenis sagat anchor
Chicken or meatball ramly
Pasley herbs

Cara memasak:
Minyak jgn lupa ya
1) Tumis bawang putih dan holland dulu
2) Dah agak naik bau bawang masukkan chickenball
3)Sebatikan chickenball dengan bawang tadi dan biarkan chickenball sampai agak agak masak.
4)Tuang sos setengah botol sebatikan dan biarkan sampai mengeleggak (boleh pakai brand preggo atau apepon)
5)Masukkan cheddar cheese dlm 4 keping(letak atas chickenball je)
Jangan digaul.
6)Masukkan mozarella blok yang dipotong dekat bahagian tepi tepi dan tengah
7)Tabur mozarella yang disagat
8)Biarkan sampai semua cair dalam 5 minit
9)Siap!
10)Akhir sekali tabur parsley

Saya tak letak garam sebab rasa dah cukup sempurna

Jangan lupa secawan air putih bersih buat lega tekak ye

kredit: noor zain

Published by
Putri Adila Saari