Sukar nak memikir menu kegemaran anak-anak? Buat menu sup pasti anak-anak menyukainya. Cuba buat Chicken balls homemade ikut resipi Faizol Fawzy . Boleh buat meal prep atau bekal anak ke sekolah. Selain itu letak dalam miso sup pun sedap. Selamat mencuba.
CHICKEN BALLS
Bahan-bahan:
500gm dada ayam
1 biji telur
½ batang lobak merah sagat
2 biji bawang merah kecil
2-3 ulas bawang putih
1 tangkai daun sup
Ads
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam/perasa – ikut rasa
Cara membuat:
1.Blend semua dalam mesin chopper sampai lumat.
Ads
2.Panaskan air mendidih.
3.Bulatkan dan rebus.Bila timbul bebola tersebut tu kira masaklah.
Bagi yang gemar makan lauk yang pedas seperti Sambal Ayam Cili padi, silalah cuba resipi perkongsian saudara Zaid Azizy Yaacob ni. Tengok gambar je pun min dah boleh bayang tahap pedas dia macam mana. Fuhhh!! Memang merecik peluh. Tapi tentunya sedap.
Tongah makan..tetibo berdorai airmato lelaki bujang den…tokojut den …ekau dah kenapo…nak makan pun menangih…dio kato..podeh macam nak tecabuit nyawo.. Laaa…den ingatkn apo tadi… Da namo ea pun samba cili api ayam tecabuit nyawo…hahaha. Resepi turun temurun ni tekauuu…
CARA MASAK SAMBAL AYAM CILI API
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong. Gaul garam kunyit
2 genggam cili api – kisar
2-3 ulas bawang putih – tumbuk
2 batang serai – tumbuk
1-2 biji bawang besar – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis cili api kisar hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan bawang putih, serai dan bawang besar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.
Sambal Ayam Cili Api siap untuk dinikmati! Berasap telingo..bedorai airmato..rasa macam nak tecabuit nyawo…
Senang sangat nak buat menu ini. Kurang minyak, tanpa gula. Perlu sedikit garam dan beberapa bahan saja. Sedap makan dengan nasi panas-panas. Rasa dan bauan oren tu buat ketagih je nak tambah nasi.
AYAM MASAK OREN CHINESE STYLE Bahan-bahan: 6 ketul ayam 1 biji bawang holland – dipotong dadu-BELI ONLINE DI SINI 2 ulas bawang putih – dicincang-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil lada sulah-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu makan sunquick perisa oren 1 sudu makan sos cili-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu makan kicap manis 1 sudu sos ikan Sedikit tepung jagung
Cara memasak:
1) Perap ayam bersama oren sunquick, garam dan lada sulah. Gaul ayam tadi bersama tepung jagung dan goreng hingga keemasan. Kemudiaan angkat dan ketepikan 2) Panaskan kuali bersama satu sudu minyak. Tumis bawang holland, bawang putih dan lada sulah hingga naik bau
3) Masukkan sunquick, sos cili, sos tiram, sos ikan sehingga sebati
4) Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sehingga kuah melekat pada ayam sepenuhnya. Sedia untuk dihidang
Anda suka makanan bakar yang pedas? Seleksi masakan Sunda, Indonesia ni pasti kena dengan selera anda. Rata-rata masakannya memang menyengat tapi sedap. Pasti berpeluh kalau cuba. Kalau nak cuba masak sendiri, ini ada tiga resipi yang dikongsikan bersama. Tapi jangan tak cuba. Lebih jimat kalau masak sendiri.
1. AYAM BAKAKAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | bersihkan dan tos
1000ml santan pekat
3 helai daun salam
3cm lengkuas | titik
1 batang serai | titik
1 sudu makan gula merah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras | goreng sangai
2cm halia
2cm lengkuas
6 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan kisar halus.
Kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan santan di dalamnya bersama daun salam, serai dan lengkuas titik, garam dan gula secukup rasa.
Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
Tutup api dan biarkan ayam sejuk seketika.
Siapkan pemanggang. Panggang ayam hingga garing .
Hidangkan bersama hirisan tomato dan timun.
INFO CHEF:Semasa proses membakar, sering sapukan lebihan kuah ayam supaya ayam tidak terlalu garing.
2. TULANG RUSUK BAKAR KICAP
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rusuk lembu | potong 7cm
10 sudu makan kicap
500ml santan
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan air asam Jawa
1000ml air
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 tangkai cili kering
3 biji buah keras
2cm lengkuas
5ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
Panaskan minyak, tumis tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
Seterusnya sediakan pemanggang.
Sementara pemanggang panas, sapukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.
INFO CHEF:Boleh juga menggunakan tulang kambing jika suka.
3. SOTONG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | buang kepala dan kulitnya 2 sudu makan kicap pekat manis 1 sudu teh gula perang 1 sudu teh perasa ayam 1 helai daun salam Garam secukup rasa 2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 5 tangkai cili merah 2cm kunyit hidup 3 biji buah keras 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Sotong direndam lima minit dengan air garam, sebelum dibilas dengan air bersih dan toskannya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.