Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan ni memang sedap. Mudah je bahan-bahannya. Lagi istimewa, menu ini masak tanpa guna minyak masak langsung.
Minyak yang digunakan adalah 100% dari kulit ayam sendiri.
Bila dibakar, ayam tersebut dimasak dengan api perlahan sampai kulit ayam keluarkan minyak dan terbalikkan ayam hanya bila kulitnya masak garing. Guna cara ni hasilnya memang sangat sedap lebih lagi jika dimakan panas-panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Norhidayah Mohd Aripin
BAHAN SOS: Mentega Bawang putih – cincang halus Sedikit cooking cream Cendawan butang – hiris Air -jika perlu sahaja Mushroom Seasoning secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan tabur serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih dan sedikit garam. 2.Letak atas kuali, buka api perlahan dan bakar hingga ayam keluarkan minyaknya sendiri.
3.Bila sudah garing, terbalikkan. Masukkan kentang.
4. Jaga api dan kena sabar. Jangan balik balikkan ayam, biar je hingga betul- betul masak satu bahagian, baru balikkan sebelah bahagian lagi. Bila masak, angkat.
5.Minyak dan kerak kerak ayam jangan buang, terus masuk mentega dan bawang putih.
6.Masukkan sedikit cooking cream, mushroom, air (jika perlu sahaja). Perasakan dengan mushroom seasoning dengan secukupnya.
7.Tuang sos pada ayam yang masih panas dan berkulit garing. 8.Chicken Chop sedia untuk dinikmati.