Chicken Cordon Bleu kalau tengok rupa sajiannya macam susah. Tapi sajian barat yang berupa gulungan dada ayam berintikan keju dan chicken ham ni mudah dan sempoi aje buatnya.
Dalam perkongsian resipi dariFB Nurhayati Abd Malek ni , dia mendapat resipi daripada seorang Chef dan kemudian menggabungkan dengan resipi asal sajian barat ini. Lihat sahaja langkah-langkah membuatnya, insyaAllah jadi. Bak kata yati,”Sumpah senang,” hehe.
CHICKEN CORDON BLEU SEMPOI
.
BAHAN-BAHAN :
1 keping dada ayam (cuci bersih)
Cling wrap (untuk lapik atas ayam dan memudahkan untuk digulung)
3 keping ham (bergantung besar dada)
3 keping keju swiss atau keju mozarella – beli online DI SINI
1 sudu besar tepung goreng ayam – beli online DI SINI
1. Mula-mula potong dada ayam menjadi dua seperti ini. Gunakan pisau tajam.
.
2. Ok bila dah potong dia akan jadi bentuk macam ni. Bentuk kupu-kupu. Alaskan dengan cling wrap. Sebab lepas itu kita nak tutupkan dia dan nipiskan dagingnya.
.
3. Tutupkan begini dan tumbuk perlahan hingga daging tadi jadi nipis. Boleh pakaipengetuk dia atau lesung aje. Janji berat. Tumbuk ni supaya daging mudah untuk digulung nanti.
.
Ads
4. Begini keadaan setelah diketuk/ditumbuk. Daging akan jadi nipis, maka mudahlah nak gulung nanti. Nampak makin besar kan? Daging pun bertambah sedap setelah dimasak nanti.
.
5.Kemudian letakkan chicken ham atau apa saja daging yang menjadi kegemaran anda.Chef kata sedap guna turkey ham. Yati guna ham ayam.
.
6. Kemudian letakkan keju pula. Keju boleh pilih keju apa anda. Tapi resipi asal letak keju Swiss. Ada yang nak letak keju cheddar? Chef ni cadangkan keju mozarella, Yati guna keju Swiss.
7. Kemudian gulungkan macam popia gitu. Kalau boleh tutup lah keju tu jangan bagi terkeluar.
.
8.Dah gulung, balutkan dengan cling wrap tu dan ikat begini. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 30- 60 minit. Kalau korang nak buat pagi boleh sediakan sebelum tidur. Kalau nak makan malam boleh sediakan paginya
.
9. Ok, Sementara tunggu ayam tadi membentuk kita sedia kan serbuknya pula.
10. Campurkan serbuk roti, keju parmesan dan mix herbs. Gaul rata.
.
10. Kemudian dalam bekas lain, pecahkan telur dan masukkan satu sudu tepung goreng ayam. Tepung gandum pun boleh. Tepung ubi kayu pun boleh. Jika guna tepung selain tepung goreng ayam tu kena tambah garam dan lada sulah sikit.
.
11. Inilah dia! Lepas dah keluar dari peti.
.
12. Masukkan dalam bancuhan telur dan tepung tadi. Ratakan kesemua tempat.
.
13. Taburkan serbuk roti. Gaul rata.
.
14. Masukkan dalam oven. Nak goreng pun boleh. Yang penting deep fried.
Ads
15. Bakar dalam kepanasan 180°c dalam 30-40 minit ikut kepanasan oven masing².
.
15. Ya hasilnya setelah dikeluarkan dari oven. Sedap baumya
16. Meleleh keju dia.
.
17. Kita potong lah slice bagi senang makan ke anak- anak.
.
18. Close up bahagian tepi. Sajian sedia dihidang.
Selamat mencuba, nak beli mahal juga harganya. Jom buat sendiri.
Sempena Ramadan yang bakal tiba, ini ada tiga sambal mantah yang sangat simple dan cepat disediakan boleh anda semua cuba. Ia pedas menyengat dan sedap tak terkata.Ada beraneka jenis sambal yang menjadi kegemaran masyakat Malaysia, selain sambal yang dimasak, banyak juga sambal yang disediakan tanpa perlu dimasak. Rasa tetap sedap.
SAMBAL MENTAH IKAN BILIS BAHAN-BAHAN
15 tangkai cili padi
100gm ikan bilis |sudah dikopek
Sedikit belacan |bakar sekejap
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato |hiris
Sedikit garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMBUAT:
Rendam ikan bilis dengan air panas, supaya lembut kemudian toskannya.
Tumbuk cili hingga lumat, kemudian masukkan bawang merah dan putih.
Setelah hancur, masukkan ikan bilis dan hirisan tomato.
Tumbuk sekejap, perasakan dengan garam dan gula, gaul rata.
Petang-petang begini memang sedap kalau dapat menikmati sepinggan Cucur Bilis panas-panas. Cicah pula dengan sos, memang berselera. Menerusi perkongsian saudari Rosni Musa, beliau kongsikan petua yang diajar oleh ibu mertua untuk menghasilkan cucur atau jemput-jemput yang rangup diluar dan lembut di dalam. Ikut car ani, adunan pun jadi sempurna. Tidak terlalu lembik dan tidak keras. Barulah cucur bila digoreng, elok bentuknya. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
1. Masukkan tepung, bawang besar, cili besar dan ikan bilis ke dalam mangkuk.
2. Kacau sekata bahan-bahan tadi.
3. Kemudian masukkan pula air panas. Kacau laju supaya semua bahan sebati.
4. Sampai adunan jadi macam ni.
5. Tambah lagi air sejuk dan adun sekata. Tekstur adunan akan jadi sempurna. Tidak lembik sangat dan tidak terlalu keras.
6. Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana perlahan. Jemputkan adunan ke dalam minyak.
7. Goreng seketika. Bila adunan cucur sudah sedikit keras, sentiasa balik-balikkan agar masak sekata.
8. Bila cucur sudah nampak garing, angkat dan toskan minyaknya.
9. Hidangkan untuk keluarga. Enak dimakan bersama sos.
PETUA: Mak mentua ajar kalau nak membuat cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam, bancuhan pertama kena guna air panas menggelegak. Selebihnya barulah guna air sejuk biasa. Adunan pula tak lembik dan tak keras sangat baru menjadi cucur yang bulat dan tidak leper apabila digoreng. Selain itu, ikan bilis juga boleh diganti denga nisi udang.
Jom masak nasi goreng mudah janji rasanya memang sedap. Nasi goreng memang mudah dan cepat disediakan. Enak dihidang panas-panas dan dimakan bersama cili jeruk.
Sesuai sangat untuk hidangan orang bujang atau berkeluarga, yang tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya.
1. NASI GORENG TOM YAM KAW
BAHAN-BAHAN:
250gm nasi putih
4 ketul ayam | dipotong kiub
½ sudu teh rempah tom yam
1 sudu makan minyak masak
1 ulas bawang merah
2 biji cili merah | diketuk
½ biji limau nipis
20gm hirisan timun
20gm hirisan lobak merah
10gm tauge | hiasan
1/2 biji tomato | hiasan
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan. 2. Masukkan ayam dan biarkan lembut seketika. 3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. 4. Masukkan hirisan lobak merah, timun serta nasi. Gaulkan rata. 5. Masukkan rempah tom yam, cili merah dan perahkan jus limau nipis. Gaulkan hingga rata. 6. Hidangkan bersama tauge dan hirisan tomato.
Anda boleh juga menumiskan rempah tomyam hingga garing dan kemudian barulah dimasukkan nasi putih dan biarkan hingga nasi masak.
2. NASI GORENG TAUHU & KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi
100gm kacang buncis
2 ketul tauhu | goreng sedikit
4 ulas bawang merah | hiris nipis
3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
3 biji telur
1 batang lobak merah | hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
3. NASI GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN
6 ekor udang bersaiz besar
3 cawan nasi putih
5 tangkai cili kering | dikisar halus
2 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Secubit belacan | dikisar
1 biji telur
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan udang dan gaul hingga masak.
Pecahkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan nasi dan juga kicap. Kacau lagi hingga rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
4. NASI GORENG KAMBING
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
150gm daging kambing | potong dadu kecil
2cm halia | kisar halus
2 ulas bawang putih | kisar halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh air asam Jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
5. NASI GORENG AYAM KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Kunyit:
100 gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
Sedikit hirisan kacang buncis
Sedikit hirisan lobak merah
1/2 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan cili padi dan merah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Nasi:
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur ayam
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minyak masak untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
LANGKAH 2 :Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran.
LANGKAH 3: Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit sos tiram.
LANGKAH 4: Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.
LANGKAH 5: Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.
LANGKAH 6: Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit tadi.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...