Biasa kita nikmati masakan barat di kedai. Bila dah tak boleh makan di luar, apa salah buatkan masakan barat ini secara homemade. Lebih puas rasanya dan lebih berperisa. Ayam ini lebih enak jika diperap lebih kurang sejam, lagi padu rasanya.
Chicken Grill Dengan Sos Blackpepper Mushroom Bahan-bahan: Ayam 5 ulas bawang putih – tumbuk ½ sudu besar lada hitam -tumbuk-BELI ONLINE DI SINI Sos tiram + chicken stok sos Sos blackpepper ½ sudu besar gula 1 sudu madu-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil garam 1 sudu besar Spageti bolognese herbs campur ke semua bahan dan perap selama 1 jam ke atas dan boleh lah di grill
Coleslaw Bahan-bahan: Kobis- hiris dadu Lobak merah sagat halus 5 sudu mayonis- BELI ONLINE DI SINI ½ yogurt dari bekas yogurt Lemon- sikit Cuka- sikit Garam dan gula secukup rasa
Cara buat: 1.Gaulkan ke semua bahan hingga sebati. 2.Kemudian masukkan ke dalam bekas yang telah diletakkan kubis dan lobak merah. 3.Gaul sehingga sebati sejukkan dalam 1jam di dalam peti sejuk, siap untuk di makan
Blackpepper mushroom sauce 1 botol sos preggo mushroom & keju Kicap lemak manis sedikit 5 ulas bawang putih -cincang halus ½ sudu gula ½ sudu sos blackpepper Sedikit garam 1 sudu besar margerin atau planta 1 cawan air biasa 1 sudu lada hitam -ditumbuk
Cara membuat: 1.Panaskan kuali, masukkan planta kemudian bawang putih yang dicincang 2.Bila kekuningan masukkan sos preggo tadi,gaul sebati. 3.Kemudian masukkan air. Kacau lagi. 4.Masukkan kicap lemak manis,sos blackpepper, gula, garam, lada yang telah ditumbuk. 5.Kacau sehingga nampak pekat.Siap untuk dihidangkan bersama ayam Kredit: Tiara eryna
Hari ni jom cuba menu masakan Thai yang simple tapi sedap, memang kena dengan selera orang Malaysia. Pedas cili padi memang mengujakan, ditambah pula dengan araoma daun selasih. memang sekali makan tak puas. Kena ulang masak, jadi selepas cuba simpan risipi ni ye…
AYAM CILI DAUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil
15 helai daun selasih
2 batang serai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
2cm belacan | jika suka
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinnggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
Bayam Brazil ni memang banyak guna. Macam-macam hidangan boleh masak guna sayur ni. Masak lemak boleh, goreng belacan boleh, celup tepung pun sedap. Salah satu resipi mudah yang boleh cuba masak adalah Kerabu Bayam Brazil bersama Mangga perkongsian saudari Mimi Mahmud. Sangat simple tapi rasanya sedap. Tengok gambar je pun nampak menyelerakan. Jom cuba.
CARA MASAK KERABU BAYAM BRAZIL BERSAMA MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji mangga epal – mayang halus
1 cekak bayam brazil – bersihkan & boleh hiris halus jika daun terlalu lebar
8 biji cili padi
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
Belacan sebesar ibu jari
Kelapa parut anggaran RM1 ( dalam 1 cawan)
Santan RM1 ( anggaran 1 cawan)
Udang kepal secukupnya ( udang geragau kering)
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk cili padi, cili merah, belacan, 1 ulas bawang merah dan kelapa parut hingga lumat. 2. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas berisi hirisan mangga, bayam brazil, udang kepal, bawang merah yang dimayang dan santan. 3. Gaul semua bahan hingga rata dan perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
4. Gaul sekali lagi dan rasa. Jika cukup semua, sedia untuk dihidangkan.
Syawal masih muda.Rentas negeri pun dah dibenarkan. Bila balik kampung nanti bolehlah masakkan ibu di kampung tiga lauk ayam ni. Ibu pun dah tua, cuba kita pulak yang menjamu ibu dengan Ayam Lodho, Ayam Ungkep dan Rendang Hijau Ayam. Biarlah orang kita cintai tu dapat berehat dan cerita menanti kedatangan anak-anak yang dikasihi.
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Fatin Damia, Sue M. Shauhki dan Nor Zaqiyah. Taklah sesusah mana.
1. AYAM LODHO
.
BAHAN-BAHAN :
Ayam kampung | (cukup untuk 2-3 orang makan)
* Gaul dengan garam dan bakar sampai sedikit kering)
Bahan A :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3sm kunyit hidup
5sm halia
5sm lengkuas
2sm kencur
20 biji cili padi | kurangkan kalau tak suka pedas
* Kisar semua sampai halus semua bahan-bahan ini
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan B :
* 1 sudu teh lada putih
* 1 sudu teh ketumbar
* 1 sudu teh jintan
* Tumbuk sampai halus semua bahan yang bertanda *
Bahan C :
2 helai daun salam
2 batang serai
2-3 helai daun kunyit
2-3 helai daun limau purut
Bahan D :
500ml santan | kalau suka lebihkan air
CARA MEMASAK: 1. Tumis semua bahan A hingga semua pecah minyak. 2. Masukkan bahan B. Masak sebentar selepas itu masukkan ayam. 3. Gaul sampai mesra kemudian masukkan bahan C. 4. Masukkan bahan D, masak guna api perlahan sampai pekat. Lebih kurang 30-45 minit. 5. Masukkan garam dan gula sesuai selera
Kredit foto & resipi : Fatin Damia
2. AYAM UNGKEP STAIL JAWA JOHOR.
.
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ayam | dipotong 12 eloknya ayam tua atau ayam kampung
Bahan kisar :
3 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2.4sm halia
4.5sm kunyit hidup | lebih kurang tiga ketul kunyit
15 tangkai cili padi | seeloknya cili padi hijau, warna ungkep mestilah kuning kehijauan.
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
1 biji buah keras
6 butir lada hitam biji
Secubit serbuk kunyit.
Bahan tumis :
2 labu bawang besar | dihiris kasar
2 batang serai |ketuk dan siatkan
2 cawan minyak zaitun untuk menumis
*boleh juga guna minyak biasa.
Bahan Tambahan ( wajib ada ):
1 keping asam keping.
6 biji kentang | dibelah empat
3 biji tomato | dibelah empat
16-20 biji cili padi | buang tangkai
1 helai daun kunyit | disiat-siat
1 liter air | untuk empukkan ayam.
Santan @ susu cair secukupnya |opsyen
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan pula bahan-bahan kisar pula. Biarkan sampai pecah minyak. 3. Kemudian masukkan ayam, gaulkan hingga sebati, sampai ayam kecut. Masukkan air 4. Untuk mempercepatkan ayam pencen lembut, masukkan sudu dan tutup kuali dengan api sederhana selama 30 hingga 45 minit. 5. Biarkan ia empuk, dan kemudian masukkan santan/ susu cair. Masukkan kentang dan usah terlalu kering biarkan basah sedikit 6. Kemudian masukkan asam keping, tomato dan cili padi yang dibuang tangkai. Perasakan dengan garam dan gula. 7. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang disiat.
Kredit Resepi : FB SUE M SHAUHKI
3. RENDANG AYAM HIJAU
.
BAHAN-BAHAN :
10 biji cili besar hijau | boleh tambah jika suka
10 biji cili api hijau |boleh tambah jika suka
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2.4sm halia
2.4sm lengkuas
2 batang serai
Sedikit serbuk kunyit
*Semua bahan-bahan di atas dikisar
1 cawan santan
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu makan kerisik
Daun limau purut secukupnya | dihiris kasar
Daun kunyit secukupnya | disiat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. 2. Masukkan ayam. Kacau sebati, biarkan ayam kecut ( air ayam dah keluar) 3. Masukkan santan, air, asam keping, kerisik dan daun limau purut. Biarkan ayam empuk 4. Masak hingga pecah minyak, masukkan garam dan gula secukup rasa. 5. Taburkan daun kunyit dan padamkan api
Kredit Resepi :FB nor zaqiyah
INGIN MENCARI PETI SEJUK TERBARU, JOM LAYARI DI SINI