Selalu tiada idea untuk menyediakan menu sarapan yang sihat untuk keluarga dan mudah di sediakan. Isi ayam di tumis ringkas dan dibalut roti wraps dengan salad, mayonis serta sedikit sos yang memberi penuh nutrisi lengkap untuk sarapan anda.
CHICKEN WRAPS SEMPOI
BAHAN-BAHAN
- Roti wraps / atau roti canai segera
- Isi ayam dihiris-hiris
- Kepingan ayam (pilihan)
- Bawang holand (dihiris)
- Lada benggala (dihiris)
- Lobak Merah (dihiris)
- Salad
- Tomato (hiris la ikut suka)
- 1 sudu serbuk lada hitam
- 1 sudu sos tiram
- Mayonis
- Sos cili
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Panaskan roti wraps dengan balik-balikkan di atas pan dan ketepikan.
- Letakkan sedikit minyak, masukkan ayam & kepingan ayam. Kacau-kacau sampai ayam masak.
- Agak-agak sudah masak, masukkan bawang, lobak merah, lada benggala dan tomato (masak sekejap)
- Letak serbuk lada hitam dan sedikit sos tiram.
- Sapu mayonis pada roti wraps dan susun salad di atas mayonis.
- Letakkan pula bahan-bahan yang sudah dimasak tadi.
- Selepas itu letakkan sedikit sos dan balutkan.
Kredit: Ana Watie Mua
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia Nenek Moyang Suka Campur Kerisik Dalam Masakan. Ada Kisah & Bukan Suka-Suka Rupanya.
Kerisik ialah sejenis penyedap masakan yang diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng. Ia sangat penting dalam penyediaan masakan terutamanya hidangan Melayu. Antara sajian yang menggunakan bahan ini adalah rendang, kerabu, pajeri dan serunding. Malah ada sesetengah daripada kita juga memasukkan bahan ini ke dalam asam pedas, air asam, kari dan sambal. Memang sedap!
Tujuannya adalah untuk menyedapkan lagi masakan tersebut, memekatkan kuah serta memberikan rasa lemak dan harum kelapa pada masakan. Selain itu, penggunaan kerisik dalam masakan juga akan menghasilkan hidangan yang tahan lama serta lambat basi. Patutlah hidangan yang dimasak oleh orang-rang tua dahulu mempunyai rasa yang sangat sedap dan tahan lama. Padahal, dahulu kala, tiada bahan pengawet malah peti sejuk pun amat jarang sekali ada di dapur-dapur orang kampung.
Kerisik yang bagus kualitinya adalah yang baru dibuat menggunakan kelapa parut yang baru. Orang dulu-dulu, banyak hasilkan sendiri di rumah untuk kegunaan harian. Namun kini, kerisik boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai dan juga pasaraya. Tapi berhati-hati jika membeli kerisik yang sedia siap ( ready made) kerana khuatir ia adalah kerisik yang lama. Penggunaan kerisik yang tengik akan menjadikan masakan berbau pelik serta kurang enak.
Anda nak belajar cara-cara buat kerisik? Mudah sahaja. Sambil-sambil melayan anak di rumah pun, anda boleh hasilkan bahan masakan ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Cara-Cara Nak Hasilkan Kerisik Homemade
BAHAN-BAHAN:
- Kelapa parut – jumlah bergantung kepada citarasa anda
- Kuali
- Lesung batu atau pengisar
CARA-CARA:
1. Letak kuali di atas dapur dan panaskan.
2. Masukkan kelapa parut. Goreng tanpa minyak hingga kelapa garing dan bertukar warna.
3. Angkat kelapa goreng dan masukkan ke dalam lesung yang kering. Jangan guna lesung yang basah kerana kerisik akan rosak dan tidak menjadi. Tumbuk semasa kelapa masih panas sehingga kerisik menjadi berminyak. Jika kurang rajin, boleh juga kisar menggunakan mesin.
4. Setelah siap, simpan di dalam bekas bertutup. Tak perlu simpan dalam peti sejuk pun.
5. Sedia untuk digunakan dalam masakan anda!
Kredit resipi & gambar: Blog namakucella (http://namakucell.blogspot.my)
Ha…Kerisik homemade pun dah tahu buat kan? So, jom kita belajar masak resipi Asam Tumis Ayam Kerisik. Perghhh…Memang mari rasa dia!
ASAM TUMIS AYAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam |potong kecil
- 1 liter air
- 2-3 sudu makan air asam
- 1 batang serai |dititik
- 2 sudu makan kerisik
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN (B):
- 10-12 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas muda
- 2cm kunyit hidup
- ½ sudu teh jintan manis
- ½ sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
- Panaskan 2-3 sudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B hingga pecah minyak. Masukkan serai dan tumis lagi.
- Masukkan air, air asam jawa dan ayam. Didihkan hingga ayam empuk.
- Masukkan kerisik dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Resipi Rendang Ayam Style Mak Najah Simple dan Sedap. Buat Pes Siap Untuk Raya!
Tak merendang tak sah di hari raya, hanya perlu sediakan bahan terus ja masak. Masakan tradisional yang popular dan sedap untuk dihidangkan bersama ketupat nasi atau nasi kunyit. Cubalah resipi rendang ayam mak najah ni mudah dan sedap!
Resipi Rendang Ayam Mak Najah
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- Sekilo santan
- 4 sudu besar kerisik
- 6 bawang merah
- 8 bawang putih
- halia
- 1 sudu besar jintan
- 1/2 sudu Lada Hitam
- Sedikit ketumbar
- 3 sudu rempah kari
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 1 keping asam keping
- Sedikit buah pelaga
- Sedikit bunga cengkih
- Sedikit bunga lawang
Bahan kisar:
- 20 tangkai cili kering
- 5 biji bawang besar
- 5 biji bawang putih
- 2 inci kunyit hidup
- 4 batang serai
- 3 inci halia
- 3 inci lengkuas
- 1 sudu besar jintan
- 1/2 sudu Lada Hitam
Sedikit ketumbar
Cara-cara:
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan asam keping
- Masukkan rempah kari
- Masukkan kerisik
- Masukkan santan
- Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya
- Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.
kemudian masukkan garam dan gula. - Bila dah kering bolehlah ditutup api.
Siap untuk di makan
Selamat mencuba
Kongsi resipi: Nurul Azfa Azizan
https://www.facebook.com/nurulazfa/videos/2100292506667131/
Masak Sendiri Ayam Panggang Blackpepper Sedap Guna Resipi Ni
Ayam Panggang Blackpepper memang antara perisa kegemaran bagi penggemar sajian ayam panggang. Di musim ayam serba mahal ini, jika terasa nak makan, lebih baik masak sendiri. Jika dibeli, seekor kecil sahaja saiznya namun harga boleh tahan. Memang tak cukup jika ahli keluarga ramai. Apa kata masak je sendiri. Lebih jimat & sedap! Anak-anak pun boleh makan dengan puas. Sangat berbaloi-baloi. Ni ada resipi Ayam Panggang homemade yang dikongsi oleh aaudari Ema HidaYah. Jom lihat cara-caranya. Selamat mencuba!
AYAM PANGGANG BLACKPEPPER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam
BAHAN REMPAH:
- 2 biji bawang besar – beli online disini
- 4 ulas bawang putih – beli online disini
- Minyak zaitun secukupnya
- Halia ( anggaran 1/2 inci)
- Perasa maggi secukupnya
- Sos lada hitam secukupnya – beli online disini
- Sos tiram secukupnya – beli online disini
- Serbuk lada hitam secukup rasa – beli online disini
- Madu secukup rasa – beli online disini
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan rempah kemudian lumurkan pada ayam. Sebaiknya perap seketika supaya bahan rempah meresap ke dalam isi. Boleh juga letak ubi kentang, bawang atau sayuran.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Bakar ayam selama 1 jam 30 minit atau hingga ayam masak sepenuhnya. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut saiz ayam.
3. Jika suka, boleh tabur mix herbs selepas ayam masak. Memang harum dan enak. Isi pun empuk. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Ema HidaYah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara-Cara Buat Ketupat Lemak Versi Homemade. Masak Guna Rice Cooker Je!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=z-Xw5O3DPUA