Aroma bau kek bila membakar memang sedap, rasa tak sabar nak menikmatinya. Dapat pula kek kegemaran seperti kek chiffon lemon orange ni. Rasanya tak muak langsung dan sangat sedap, lemak-lemak dan masam manis.Sepotong takkan cukup. Jadi jomlah kita buat ikut resipi ni. Ikut langkah yang tepat pasti menjadi.
Chiffon Lemon Orange
Bahan-bahan:
2 loyang saiz 22 inci atau 8 atau 9
Cairkan
1 ketul 250g butter lurpak
5-6 sudu besar majerin
10 biji telur
2 cawan gula
4 cawan tepung- ayak 2 kali dengan 1/2 sudu besar rata baking powder
3 sudu besar susu tepung
1 sudu besar ovalate
1/2 sudu besar lemon flavour
2 sudu besar orange oil( kat bakery ada pakai ni bau oren lebih sedap)
2 sudu besar pewarna oren
1/2 cawan santan kara
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali butter cair tadi.
2.Adun sampai gebu.
3.Masukkan butter cair masa tengah panas atau suam sukatan 1/2 cawan.
Adun laju dan matikan mixer.
4.Masuk loyang dan gariskan dengan majerin.
5.Suhu oven 190-200 bagi panas effect pecah 10 minit pertama.Turunkan suhu 170-180 biarkan sampai masak 35-40 minit.
Kredit: Azlina Ina Fans
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official