Makan

Chocolate Cheesekut Cair Dimulut Memang Nikmat Rasa

Share

Anak-anak dengan coklat memang sukar dipisahkan. Boleh buat chocolate cheesekut ni gerenti mereka suka. Mewah dengan rasa coklat digabungkan dengan biskut, setiap suapan memberi kenikmatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Buat dalam bekas comel begini, boleh simpan dalam peti sejuk.

Chocolate Cheesekut

*Loyang 6 inci atau 5 bekas sq450

Bahan-bahan CHOCOLATE MOUSSE:
500 gram cream cheese
60 gram gula icing
2 sudu kecil essen vanilla
2 sudu makan susu pekat manis
250 gram dairy whipping cream
250 gram chocolate compound yang dicairkan
16 keping biskut crackers- jika dibuat dalam loyang

ATAU
10 keping biskut crackers – jika dibuat dalam bekas sq450
Susu coklat/ susu full cream
Nutella ( pilihan, tak nak masukkan pun tak apa)

Bahan – bahan Ganache:
150 gram dairy whipping cream
150 gram chocolate compound
1 sudu makan butter
Cara membuat Chocolate Mousse:

1. Putar 500 gram cream cheese. Pastikan cream cheese sudah pun berada pada suhu
bilik
2. Putar cream cheese dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan 60 gram gula icing,2 sudu
kecil essen vanila,2 sudu makan susu pekat manis. Sambung putar dalam 1 minit.
3. Masukkan 250 gram chocolate yang sudah dicairkan. Chocolate kena bagi suam-suam. baru tuang. Jangan tuang chocolate panas-panas.
4. Pukul sebati cream cheese dan cairan coklat tadi sehingga sebati. Dah sebati,stop.Ketepikan sekejap .
5. Dalam bekas yang berlainan putar 250 gram dairy whipping cream sehingga kental.
4. Dah kental kaup balik whipped cream tadi dengan cream cheese chocolate tadi. Kaup sebati .
5. Ambil mangkuk kecil. Masukkan susu coklat atau susu full cream. Tapi yang sedap
pakai susu coklat.


6. Sebagai base kek ni,letakkan lapisan pertama biskut crackers ni TANPA CELUP KE DALAM SUSU . Kalau pakai loyang saiz 6 inci akan ngam ngam 4 keping biskut setiap layer. Jadi base guna 4 keping tu jangan celup susu. Lagi 4 keping atasnya baru celup sekejap saja setiap keping dengan susu.Bermakna base kena ada 4 keping biskut yang tak dicelup dengan susu. Dan 4 lagi dicelup dengan susu.Ni sebab kita nak bagi base dia kukuh.

7. Kemudian masukkan adunan cream cheese tadi yang kita dah kaup dengan whipping
cream.Terpulang kita nak letak banyak mana. Kemudian drizzle dengan nutella setiap layer tu. Terpulang nak letak nutella atau tak.Pilihan.Selang seli dengan letak lapisan biskut.
8. Lebih kurang macam ni :Biskut / cream cheese/ Biskut/ Cream Cheese/ Biskut / Cream Cheese. Lebih kurang macam ni,ada layer.

9. Dah siap setkan sejam.
**
🛑 Versi letak dalam bekas sq450
1.Letak 1 keping biskut dulu.Setiap biskut celup dalam susu coklat dulu ya.
Kemudian baru masukkan chocolate mousse. selang seli seperti ini:
Biskut- Mousse- Drizzle nutella ( nutella ini pilihan) – Biskut- Mousse ( rujuk gambar)
2.Resepi ni akan dapat 5 bekas sq450.
3.Chocolate mousse tu bahagi la dua dalam mangkuk sebab akan kena masuk 2 kali
mousse pada setiap bekas.
Biskut

🛑Ganache :
1. Double boil 150 gram chocolate compound,150 dairy whipping cream dan 1 sudu
makan butter. Api perlahan.


2. Dah sebati. Tutup api, biarkan dalam 10 minit baru tuang atas kek. Setkan
semalaman.

3.Siap.

Kredit: Mr.ali

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri