Sedapnya Chocolate Crinkle Cookies. Nampak sangat menyelerakan. Sekali suap, memang susah nak berhenti mengunyah. Menurut empunya resipi saudari Nor Al Fatihah, cookies ni bertekstur fudgy dan chewy. Memang best. Sesuai sangatlah buat untuk anak-anak. Bau wangi memang semerbak satu rumah. Jom cuba!
RESIPI CHOCOLATE CRINKLE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
3/4 cawan gula pasir – beli online disini
6 sudu makan minyak masak
2 biji telur A atau B
1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
1 1/2 cawan tepung gandum – diayak – beli online disini
1/2 cawan serbuk koko – diayak – beli online disini
2 sudu teh serbuk penaik – diayak – beli online disini
Gula aising secukupnya – untuk salutan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan gula, minyak, telur dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga gula larut.
2. Masukkan bahan-bahan yang diayak. Kacau hingga sebati. Adunannya agak lembut dan lika (boleh ditarik dengan whisk). Tutup adunan dengan plastik dan rehatkan 1 jam di dalam peti sejuk.
3. Bulat-bulatkan adunan & salut dengan gula aising. Proses ni kena cepat ya sebab adunan akan jadi lembut semula.
4. Letak di atas dulang yang dilapik dengan baking paper. Jarak-jarakkan sebab biskut akan kembang bila dibakar.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°c selama 15-20 minit. Untuk tahu biskut telah masak atau tidak, bila ditekan, ia keras & merekah, bermakna biskut sudah masak.
6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum simpan di dalam balang kedap udara.
INFO: Satu adunan dapat 42 biji Chocolate Crinkle Cookies namun bergantung pada saiz biskut yang kita buat juga.
Kredit resipi & foto: Nor Al Fatihah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official