Kali ini RASA ingin kongsikan resipi yang sangat sedap dan wow. Coklat dia kemain mewah. Cream puff pula gebu-gebas gitu. Boleh cuba buat. Resipi ini dikongsikan oleh Ismail Abdul iaitu seorang ahli baru di dalam group facebook Rasa Share Resipi.

 

CHOCOLATE ECLAIRS

Chocolate Eclairs Confirm Sedap Dan Padu!

BAHAN CASTARD FILLING
6 biji telur kuning
1/2 cawan gula
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan susu segar

IKLAN

CARA MEMBUAT CASTARD FILLING
1. Dalam mangkuk masukkan telur kuning, gula dan tepung jagung. Gaul sebati.
2. Selepas sebati, ketepikan.
3. Panaskan susu segar, kemudian masukkan sedikit ke dalam adunan tadi supaya lembut.
4. Selepas adunan tadi sudah lembut, masukkan semuanya dalam susu yang masih di atas api tadi.
5. Masukkan sedikit esen vanila. Gaul sebati. Matikan api.
6. Masukkan dalam mangkuk dan biarkan sejuk kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 20 minit.

BAHAN ROTI PASTRI
125 gram mentega
2 sudu gula
1/2 sudu teh garam
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
4 biji telur ayam

CARA MEMBUAT ROTI PASTRI
1. Panaskan kuali. Cairkan mentega. Masukkan gula dan garam. Biarkan cair.
2. Masukkan air dan tepung gandum. Kacau sebati.
3. Masukkan pula telur ayam, kacau lagi dan sebatikan.
4. Masukkan dalam piping beg. Paipkan dan bakar pada suhu 220 ikut kesesuaian oven masing-masing.
5. Biarkan sejuk dan buatkan lubang di bawahnya. Paipkan kastard tadi.

IKLAN

BAHAN COKLAT GANACHE
1 bar milk/dark chocolate
2 sudu shortening/lemak sayuran

CARA MEMBUAT
1. Pakai cara double boiling. Masukkan coklat bar dan shortening.
2. Celupkan roti pastri tadi. Siap!

IKLAN

Chocolate Eclairs Confirm Sedap Dan Padu!

 

KREDIT RESIPI: Ismail Abdul

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan?  Klik sini.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI