Menu yang satu ini tidak pernah jemu makan. Biarpun berapa kali menikmatinya. Cara membuatnya juga berbeza-beza yang penting bahan asasnya ialah pisang. Nak sedap gunalah pisang emas.
Chuqodoq Pisang Loqstaq
10 biji pisang emas (dilenyek)
1 1/3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 cawan kelapa parut
4 sudu makan brown sugar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
1.Sediakan kuali & panaskan minyak secukupnya.
2.Kemudian lenyekkan pisang jangan lumat sangat dan masukkan tepung gandum, tepung beras, gula perang & kacau sebati
3.Selepas itu masukkan baking powder, soda bikarbonat & garam kacau sebati
4.Jika adunan terlalu pekat boleh masukkan sesudu dua air .
(Peringatan jangan cair sangat)
5.Goreng dan balik-balikkan sehingga masak.
6.Angkat & toskan minyak dan boleh dihidang.
SELAMAT MENCUBA! 😘
Resipi Ikhlas dari Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Talam Keladi Berlauk Ala Cina VS Talam Keladi Melayu.
Kuih talam keladi ada dua versi, Satu talam dua lapis yang popular di kalangan masyarakat Melayu dan satu lagi talam keladi berlauk yang juga terkenal di kalangan Cina. Talam keladi berlauk dikenali juga sebagai Woo Tau Goo atau Taro Cake yang bermaksud kek keladi.
Talam keladi berlauk ada tambahan udang kering, minyak bijan dan juga kacang tumbuk yang membuatkan talam ini sungguh istimewa. Ada macam-macam versi kuih talam berlauk ni, ada juga yang meletakkan kicap dan menambahkanan daging cincang atau ayam cincang di samping udang kering.
Resipi talam keladi berlauk ala Cina ni adalah olahan semula oleh Fatimah Jasmin dalam lamannya patsykitchen.blogspot.com dari resipi asal hanieliza.blogspot.com
Ikut citarasa masing-masing, cubalah….
1. TALAM KELADI BERLAUK (Ala Cina)
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung ubi
- 2 sudu besar tepung gandum
- 6 cawan santan | 1 biji kelapa
- 1sudu kecil garam
Bahan B
- 2 cawan ubi keladi | potong dadu, rebus dan toskan
- 2 sudu besar udang kering
- 4 tangkai cili merah cincang
- 1 pokok daun bawang]
- 1 pokok daun sup | diracik
- 2 sudu besar bawang goreng
Bahan C [hiasan]:
- 3 tangkai cili merah | dicincang
- 1/2 cawan bawang goreng
- 1 pokok daun sup dan daun bawang | diracik
- 2 sudu makan kacang tumbuk | digoreng tanpa minyak sebelum tumbuk
- 2 sudu makan udang kering |goreng garing dan dikisar halus (jika suka ala Cina)
- Beberapa titik minyak bijan | jika suka ala Cina
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pengukus dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.
Info : Udang kering direndam dahulu sebelum digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
2. TALAM KELADI MELAYU
Sumber resipi : Chef Asma
Resipi dari dapur yatie , sumber asal Chef Asma.
BAHAN-BAHAN :
Bahan Lapisan Bawah :
- 220 gm tepung beras @ 2 cawan
- 40 gm tepung ubi @ 3 sudu besar
- 1 1/2 sudu teh garam
- 5 sudu besar gula pasir
- 300 ml santan pekat
- 700 ml air
- 250 gm keladi |* lebih sikit pun tak apa – buang kulit, basuh, basuh dgn air garam untuk tidak hitam potong kiub dan kukus selama 5 minit. kukus baru timbang
CARA MEMASAK :
1.Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati kecuali keladi
2.Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10″ x 10″ x 3″
4. Kukus selama 25 minit
Bahan-Bahan Lapisan Atas
- 150-180 gm tepung gandum @ 1 ½ cawan
- 250 gm gula halus
- 3-5 biji telur
- 250 ml santan
- 500 ml air
- Beberapa titik pewarna ungu
CARA MEMASAK :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)
Info tambahan :
Kat bawah ni cara bagaimana Norazlita Aziz seperti yang dikongsikan dari lamannya norazlita.blogspot.com mewarnakan keladi.
Keladi yang telah kita potong kiub tu ita gaulkan dengan pewarna unggu. Kemudian ita gaulkan dengan tepung ubi, gaul rata-rata kemudian ayak.
Semburkan dengan air dan kemudian ulang balik langkah tadi iaitu gaul semula dengan tepung ubi lebihan ayak tadi. Kemudian rebus hingga empuk. Masa merebus tu kacau supaya ia tak melekat.
Selepas keladi empuk toskan dan rendam dalam air ais. Siap untuk di letakkan dalam talam.
Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Yang Sedap & Gerenti Jadi.
Kuih Koci antara kuih tradisional Melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka makan kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya. Jom lihat resipi di bawah ini. Bolehlah cuba buat untuk berbuka.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
- 2 biji kelapa
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan air
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI:
1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering.
2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.
3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.
NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
- 100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
- 500gm tepung pulut
- 3 sudu makan tepung gandum
- Air secukupnya
CARA ADUN DOH:
1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak muda,h guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing.
2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
- 1/2kg santan
- 2 cawan air
- 1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
- 3 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
BAHAN LAIN:
- Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI:
1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang.
2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
3. Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut.
5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
7. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Izza Howzin
Mudahnya Buat Kuih Bakar Pandan Ni, Adun Guna Blender Je .
Kuih Bakar Pandan, antara menu kuih tradisi yang sentiasa disukai ramai kerana kenenakannya yang lemak manis dan lembut dikunyah. Sebenarnya korang, kuih ini sangat ringkas cara membuatnya dan ukuran bahan pun guna cawan je. Bahan pun senang. Apa lagi bolehlah cuba buat menggunakan cara senang ini.
.
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum gandum
- 2 cawan gula
- 5 cawan santan
- 2 biji telur
- Sedikit pes pandan, garam dan pewarna hijau,
- 3/4 cawawan minyak masak.
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan tadi kecuali tepung dalam blender.
- Kisar hingga sebati, kemudian masukkan tepung.
- Kisar lagi hingga bancuhan tidak ada yang bergentel
- Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.
- Tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang telah dioles dengan mentega.
- Bakar hingga masak atau lebih kurang 45 minit
- Jika suka boleh taburkan di atasnya dengan bijan yang telah digoreng sangai.
Kredit Resepi : Norizah othman