Pastri gebu yang digoreng dan di cicah sos coklat ganache. Jika suka boleh taburkan sedikit serbuk kulit manis memberi rasa berempah.

 

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 1 1/2 cwn tpg gandum
  • 1 1/2 cwn air
  • Esen vanilla
  • Secubit garam
  • 3 sudu makan gula
  • 25gm butter
  • 1 biji telur gred A – gaul sedikit

 

CARA  MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan air, gula, garam, butter, esen vanilla dan masak sehingga mendidih.
  2. Selepas itu masukkan tepung dan gaul cepat-cepat sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan telur. Gaul lagi sampai sebati.
  4. Sejukkan seketika, selepas itu boleh dibentukkan menggunakan nozel/acuan yang ada.
  5. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan taburkan gula icing sedikit sebagai hiasan

 

COKLAT GANACHE

IKLAN
  • Cara 1 – coklat masakan + whiping cream ( doble boiled)
  • Cara 2 – serbuk koko 1/2 cawan, susu pekat 1/4 cawan, minyak jagung 1/2 cawan, susu cair 1/4 cawan ( double boiled)

 

Kredit: Nursidah Muhd Amin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI