Pastri gebu yang digoreng dan di cicah sos coklat ganache. Jika suka boleh taburkan sedikit serbuk kulit manis memberi rasa berempah.
BAHAN-BAHAN
- 1 1/2 cwn tpg gandum
- 1 1/2 cwn air
- Esen vanilla
- Secubit garam
- 3 sudu makan gula
- 25gm butter
- 1 biji telur gred A – gaul sedikit
CARA MEMASAK:
- Masukkan air, gula, garam, butter, esen vanilla dan masak sehingga mendidih.
- Selepas itu masukkan tepung dan gaul cepat-cepat sehingga sebati.
- Kemudian masukkan telur. Gaul lagi sampai sebati.
- Sejukkan seketika, selepas itu boleh dibentukkan menggunakan nozel/acuan yang ada.
- Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan taburkan gula icing sedikit sebagai hiasan
COKLAT GANACHE
- Cara 1 – coklat masakan + whiping cream ( doble boiled)
- Cara 2 – serbuk koko 1/2 cawan, susu pekat 1/4 cawan, minyak jagung 1/2 cawan, susu cair 1/4 cawan ( double boiled)
Kredit: Nursidah Muhd Amin