Churros ball yang rangup di luar, lembut berongga. Cicah pula dengan sos coklat yang super yummy. Aduh. Sekali masuk mulut, tak boleh berhenti. Sosnya pekat likat dan manisnya sedang-sedang elok saja.
Boleh cuba resipi dikongsikan oleh puan Shima Bakar ini ye. Anak-anak gerenti suka.
Churros Ball Rangup Di Luar Lembut Berongga Di Dalam
Untuk membuat doh, satukan air, mentega, garam dan gula. Masak hingga mendidih.
Kecilkan api, masukkan tepung gandum. Gaul hingga sebati.
Apabila sudah sebati membentuk doh, padam api.
Pindahkan ke dalam mangkuk.
Masukkan telur. Mix hingga sebati. Boleh juga gaul dengan senduk jika larat.
Bila adunan dah sebati, pindahkan ke dalam bekas. Setelah itu masukkan ke dalam piping bag. Guna nozzle 9 FT.
Masukkan nozzle dalam satu lagi piping bag.
Masukkan piping bag doh ke dalam piping bag nozzle. Jangan lupa potong dulu hujung piping bag yang ada doh tu.
Ads
Panaskan minyak, api sederhana. Paipkan doh sepanjang 1 inci. Kacau supaya doh masak sekata.
Doh yang cukup masak, warna kuning keemasan. Toskan dan Pindahkan ke dalam bekas beralas tisu. Ketepikan.
Untuk memasak sos coklat; Satukan susu cair, serbuk koko, tepung jagung dan gula. Nyalakan api sederhana dan masak hingga sebati dan pekat. Mesti setiasa kacau ya. Dah pekat. Masak hingga mula meletup-letup.
Masukkan chocolate coin. Kacau hingga coklat cair dan sebati. Padam api. Siap.
Seeloknya rehat sos hingga agak sejuk. Sos yang sejuk akan jadi lebih pekat dan melekat. Boleh juga buat sos awal, kemudian baru buat churros. Selamat mencuba.
Andai pernah ke Indonesia, anda pernah cuba makan Tempe Mendoan? Sedap kan rasanya? Menu yang berasal dari negara seberang ini sangat enak dan sesuai dinikmati sebagai kudapan di waktu minum petang. Lepas sekeping-sekeping dikunyah. Memang ralit makan. Anda tak pernah cuba tapi berminat nak rasa? Ha…. Saudari Siti Zanariah Khalit ada kongsikan resipinya. Mudah je. Pasti menjadi kegemaran ramai selepas ni. Enak dinikmati bersama Sambal Kicap. Jom cuba! Pasti tak menyesal.
Bila tibanya perayaan seperti Deepavali, maruku antara kudapan ringan yang dicari ramai. Malah, ia juga turut dihidangkan buat tetamu ketika Hari Raya. Rasanya yang rangup, pedas dan berempah memang menepati citarasa ramai.
Maruku adalah makanan ringan yang berasal dari India Selatan dan namanya diambil dari perkataan Tamil yang bermaksud ‘dipintal’ merujuk kepada bentuknya. Kudapan ini biasanya dihasilkan dari tepung beras yang dicampur dengan pelbagai rempah serta bahan-bahan lain, diadun sebati dan kemudiannya digoreng hingga garing.
Ramai yang tercari-cari resipi maruku yang sedap, mudah disediakan serta rangup. Terdapat sangat banyak resipi yang boleh anda cuba dan antaranya adalah seperti yang RASA kongsikan ini. Ia adalah resipi asli perkongsian Puan Tamil Selvi Samugam Sundram. Jom cuba!
1. Muruku Reben
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung kacang kuda
1 ½ sudu teh serbuk cili merah
¼ sudu teh asafoetida
1 sudu teh mentega
110ml air
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
Sedia untuk dinikmati.
2. Muruku Bawang Putih
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
2 cawan tepung kacang kuda
5 tangkai cili kering
10 ulas bawang putih (dikupas)
1/8 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
50ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
3. Butter Muruku
BAHAN-BAHAN:
1 cawan Tepung Beras
1 sudu besar Tepung Kacang Kuda
1 sudu besar Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
1 cubit Asafoetida
1/8 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
100ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan bentuk bintang.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
4. Muruku Jintan Manis
BAHAN-BAHAN:
¾ cawan Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
2 cawan Tepung Beras
½ cawan Tepung Ulunthu(Urad Dhal) goreng
1 ½ sudu kecil Jintan Manis
¼ sudu kecil Asafoetida
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
300ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
5. Omapodi
BAHAN-BAHAN:
¼ cawan tepung beras
1 cawan Tepung Kacang Kuda
¼ sudu kecil Asafoetida
1/8 sudu kecil garam
1 sudu kecil mentega
100ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tekan doh kedalam minyak. Goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Selepas sejuk, masukkan kacang goreng, kacang hijau goreng. Kacau perlahan. Simpan dalam bekas kedap udara.
Asafoetida: Getah dari pokok herba. Kaya khasiat dan disebut juga sebagai ‘ food of the gods’.
Sedapnya Kacang Masin Goreng Crispy ni. Sesuai dijadikan kudap-kudap waktu menonton tv. Mudah sahaja resipinya dan anda boleh hasilkan sendiri di rumah secara homemade. Makan pula ramai-ramai, memang ralit. Sekejap je habis satu balang.
Andai beli Kacang Goreng yang sedia dimakan, kadang kala terlebih masin. Malah harganya juga boleh tahan. Tak puas makan dah habis. Buat sendiri ni, sekali masak dapat banyak. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni. Pasti anda sukakannya.
CARA MEMBUAT KACANG MASIN GORENG CRISPY
BAHAN-BAHAN:
Kacang tanah besar – beli online disini
Bawang putih – hiris
Halia – hiris
Serbuk nasi goreng – beli online disini
Air secukupnya
Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.
3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.
4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.