Cik Manggis Dapat Pujian Ayah, Markah Hebat Masakan Mi Bandungnya

Share

Seronok dan 'happy' sungguh Cik Manggis (De Fam) bila masakan Mi Bandungnya dipuji oleh ayahnya Shamsuddin Idris (pemain drum The Zurah II). Mi Bandung ni memang sajian kegemaran ayah Cik Manggis. Shamsuddin beri markah 8 untuk sajian air tangan anak kesayangannya.

Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin ceria menemani ayahnya makan Mi Bandung di Restoran Mak Ngah Corner, Bukit Jelutong, Shah Alam. Balik dari restoran yang juga milik sahabat karib ayahnya, Cik Manggis buat kejutan membawa ayahnya ke homestay di Rawang , Selangor untuk berehat. Rupa-rupanya dalam diam-diam Cik Manggis ke pasaraya membeli bahan ramuan untuk masak Mi Bandung semasa ayahnya berehat tidur.

Sebelum itu Shamsuddin memang ada mencabar anaknya untuk masak Mi Bandung. Tak sangka pula bila bangun tidur, Mi Bandung dah siap dimasak. Katanya mi bandung Vik Manggis memang sedap dan beri markah 8 daripada 10. Paling mengejutkan Cik Manggis pemilik Restoran Mak Ngah Corner yang dipanggil Pak Ngah oleh Cik Manggis memberi markah 9 untuk Mi Bandung , Cik Manggis.

Hari tu memang cukup menggembirakan dua beranak ini. Apa tidaknya dapat mengisi masa lapang bersama dengan berkaroake dan bermain, disulami dengan gelak ketawa.Memang sungguh anak bapak ni.Ni lah masa dapat bermanja dengan bapak…sweet kan.

MI BANDUNG

BAHAN-BAHAN :

  • 400 gm @ 1 bungkus mi kuning | bilas dan celur
  • 4-5 ekor udang basang *saiz sederhana
  • 2-3 ekor sotong | dipotong bulat
  • 50gm udang kering | dikisar * kalau nak wangi boleh sangai dulu baru kisar
  • 1/4 cawan kacang tanah goreng |ditumbuk
  • 1 ikat sawi | dipotong
  • 200gm hirisan daging @ secukupnya
  • 5 cawan air rebusan daging * bergantung kepada kepekatan dan jumlah kuah yang diingini
  • 1 kiub ayam
  • 4 biji telur
  • Gula secukupnya
  • Sedikit garam jika perlu * sebab udang kering pun dah bergaram

Bahan kisar :

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan pes cili kering

Bahan hiasan :
3 keping tauhu goreng | dihiris nipis
Bawang goreng secukupnya
Hirisan cili merah

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak dan terbit minyak. Masukkan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.

3. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.

4. Tutup api. Curahkan kuah di atas mi. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.

Teruskan menonton Rasa Anak Emak Anak Bapak setiap hari Khamis, jam 1 petang di Astro Prima 105 dan Prima HD 121

Published by
Faridah Talib