Cikgu Ini Kongsi Resipi Kek Pisang Lemak Berkrim Paling Senang Nak Buat

Share

 

 

RASA kongsikan resipi seorang guru, Izwahani Zainal yang membuat kek pisang terlajak sedap dan gebu. Sesuai untuk dinikmati ketika minum petang bersama keluarga. Senang je nak buat kek pisang ni rupa-rupanya. Hanya 4 langkah je. Sempoi! Cubalah.

KEK PISANG LEMAK BERKRIM GEBU


Potong kek pisang jangan nipis sangat. Tebal sikit, barulah puas makan.

 

BAHAN A (DIKISAR)
3 biji telur
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
5 biji pisang berangan
1 cawan gula perang
2 sudu teh susu pekat
2 sudu teh susu tepung
Esen vanila secukupnya
Secubit garam

BAHAN B (DIAYAK)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A dalam bekas besar.
2. Ayak BAHAN B. Masukkan bahan ini ke dalam bekas BAHAN A tadi.
3. Gaul adunan sehingga semuanya sebati.
4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 50 minit atau bergantung pada oven masing-masing.


Inilah rupa kek pisang dari pandangan atas.

Selamat mencuba!

Resipi Oleh Izwahani Zainal

Published by
Maryam Elyas