Cili Api Frozen Dapat Tahan Lama Sampai Setahun!

Share

Ada yang panggil cili api, cili padi, cabai burung, lada jarun dan sebagainya. Mesti kebanyakkan kita pernah mengalami cili api cepat kecut atau kering walaupun sudah simpan dalam peti sejuk.

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk menyimpan cili api untuk tahan lama. Anda boleh ikuti petua viral yang dikongsi oleh saudari Norizah Karim ini:

“Petua biasa-biasa je… ini petua mak saya… semalam saya tengok dalam peti beku dia banyak cili api yang di frozenkn… cili api ni sebulan dah mak saya simpan.. setahun pun tahan buat mcm ni.”

  1. Buang tangkai cili api dan basuh bersih.
  2. Tos (gunakan tisu dapur untuk menyerap lebihan air)
  3. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
  4. Simpan dalam peti sejuk beku (frozen).
  5. Bila hendak guna ambil mengikut keperluan anda masa itu. (Baki selebihnya biarkan terus frozen)
  6. Biarkn sekejap dekat luar seminit dua sudah tidak perlu di basuh

Info: Ia sangat praktikal bagi yang suka simpn cili dalam kauntiti banyak.

 

 

Published by
Zera Naim