Kalau makan mi, nasi atau kuey teow goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni.
Ada cara yang mudah dan cepat untuk buat cili jeruk tanpa masak. Cara yang dikongsikan saudari Aisyah Humaira ini hanyalah potong dan gaul, dah siap! Rasanya memang sedap!
CILI JERUK TANPA MASAK
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili hijau – beli online di sini
1 sudu kecil garam – beli online di sini
2 sudu besar gula – beli online di sini
Cuka secukupnya (anggaran ½ sahaja dari cili, tak perlu banyak) – beli online di sini
TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live
TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Cuci lada dan lap (untuk tahan lama sebab kuah tak perlu masak).
2. Potong cili ikut saiz disukai. Masukkan dalam bakul dan goncang untuk keluarkan biji (jika biji ada sikit-sikit tak mengapa).
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Satukan semua bahan di atas, kacau sebati dan peram dalam bekas kaca yang kering (jika basah lapkan hingga kering). Siap.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Esok dah boleh makan dan untuk tahan berbulan simpan di dalam peti sejuk.
Kredit: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/cara-simple-masak-nasi-lemak-pandan-sambal-ayam-goreng-berempah/
https://www.rasa.my/resipi-mudah-cepat-buat-cakoi-lembut-bersama-sos-karamel/
https://www.rasa.my/cara-masak-kuey-teow-theng-yang-mudah-sedap-padu-sangat-rasanya/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: