Menu cilok ni kalau di Indonesia memang popular. Makan pula dengan sambal memang
tak cukup satu. Kalau nak sedap boleh letak isi daging atau ayam hancur di dalamnya. Lps tu bulatkan.
Untuk buat sambal agak-agak saja bahannya. Saya guna bawang putih saja. Blend
kasar bersama dengan cili merah thai kemudian tumis. Dah tumis masukkan air asam
jawa sikit sos cili paling penting gula melaka. Saya letak 3/4 dari seketul gula.
Akhir sekali masukkan garam ikut selera. Masak sampai pekat. Kalau nak cantik
lebihkan gula. Selamat mencuba.
200gm tepung gandum
1 sudu teh garam
1 ketul kiub pati ayam-dihancurkan
2 ulas bawang putih tumbuk
2 tangkai daun bawang-dihiris
450ml air
200gm tepung ubi
1.Satukan semua bahan dalam periuk atau kuali kacau sebati. Kemudian masak dengan
api kecil sampai adunan jadi bergumpal seketul.
2.Alihkan dalam besen lain kemudian gaul lagi dengan tepung ubi.
3.Bulat-bulatkan kemudian celur dalam air yang dicampur dengan sedikit minyak.
4.Masak sampai timbul. Dah timbul angkat kemudian kukus lagi selama 20 minit.
5.Siap untuk dinikmati. Makan begitu saja pun sedap.
Kredit nor fatirah abd ghani
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official