Buat para penggemar Cinnamon Rolls, ada berita baik untuk anda! Cinnabon kini kembali ke Malaysia dengan pembukaan outlet mereka di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Cinnabon Malaysia kini dimiliki dan dioperasi oleh pemegang francais baharu, AC Hesed Group.
Menurut Noémi Chaw, Pengarah Strategik AC Hesed Group, mereka cukup teruja untuk berkongsi keenakan roti gulung kayu manis terbaik di dunia bersama rakyat Malaysia. Dibakar setiap hari, ia digulung dengan tangan dan tampil bersama aroma kayu manis yang memikat jiwa.
Cinnabon menggunakan Makara® Cinnamon yang eksklusif untuk Cinnabon. Diimport dari Indonesia, Makara® Cinnamon memberikan keenakan dan rasa yang tiada bandingan. Dengan inti kayu manis yang menggoda, Cinnabon bersedia untuk memikat hati rakyat Malaysia dengan rasanya yang unik dan lazat.
Di outlet terbaru ini, para pengunjung boleh menikmati roti gulung yang baru dibakar termasuklah Cinnabon Cinnamon Rolls yang lengkap dengan frosting keju krim. Roti gulung kayu manis ini boleh didapati dalam dua saiz: Cinnabon asli dan juga Minibon yang lebih kecil. Tiga perisa yang boleh anda cuba: Classic, Caramel Pecanbon dan Chocobon.
Anda juga boleh membawa pulang CinnaPacks yang didatangkan dengan dua Cinnabon Classic atau Minibon dengan kiraan 4 atau 9 dalam setiap kotak. Cinnamon Rolls ini juga enak dinikmati bersama pelbagai jenis minuman seperti kopi espresso panas atau sejuk, Classic Lemonade yang baru diperah atau minuman Chillattas®.
Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, jom singgah ke Cinnabon di The Exchange TRX yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.