Minum petang dengan Cinnamon Raisin Danish. Makan panas-panas memang best! Ada rasa kayu manis bersama manis kastard dan kismis.
BAHAN-BAHAN:
- 2gm roti improver
- 7gm yis segera
- 500gm tepung tinggi protien
- 75gm gula
- 50gm susu tepung
- 32gm butter
- 1 biji telur
- 6gm garam
- 225gm air
- 370gm pastri margerin
- 20gm premix kastard
- Kismis secukupnya
- Gula perang secukupnya
- Serbuk kayu manis sedikit
CARA MEMASAK:
- Campurkan bahan-bahan kering di dalam mixer, putar sampai sebati.
- Kemudian masukkan bahan basah, uli sehingga 2 hingga 3 minit.
- Balut doh dan dibiarkan 1 jam di dalam suhu bilik.
- Kemudian, keluarkan doh dan tepuk untuk mengeluarkan angin di dalam doh, selepas itu, masukkan doh ke dalam peti sejuk beku selama 30 minit.
- Roll doh 46cm x 15cm dan letakkan pastri margerin di tengah-tengah doh, balut pasteri margerin.
- Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.
- Keluarkan doh dan uli doh hingga memanjang. Lipat 1 hujung doh hingga separuh bahagian doh, kemudian lipat 1 lagi hujung bahagian doh ke atas bahagian doh yang telah di lipat tadi. Letakkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.
- Ulang proses 7 dua kali.
- Keluarkan doh, roll doh 36cm x 14cm. Sapu nipis premix kastard dan taburkan sedikit gula perang dan sedikit sebuk kayu manis. Kemudian gulungkan doh dan potong 2 doh sebesar 3 inci.
- Bakar dengan suhu 190c.