Cinnamon Roll. Roti Gebu Berempah Manis Yang Menjadi Kegilaan Ramai.

Share

Cinnamon  Roll ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada di waktu pagi, minum petang mahupun sewaktu minum malam.

BAHAN A:

  • 250gm tepung roti
  • 20gm gula
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 4gm yis
  • 15gm marjerin
  • ½ sudu teh garam
  • 100ml air

 

BAHAN B (FILLING):

  • 3gm serbuk kulit kayu manis
  • 50gm gula perang
  • 20gm mentega

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli selama 30 minit. Adun hingga menjadi doh.
  2. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
  3. Canaikan doh menjadi bentuk segi empat. Sapu adunan dengan mentega, gula perang dan serbuk kayu manis di atas doh.
  4. Gulung dan kemaskan hujungnya dengan disapu dengan sedikit air pada doh agar ia melekat.
  5. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz.
  6. Susun di dalam loyang yang telah dilengser marjerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.
  7. Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar doh terlebih selama 20 minit.
  8. Keluarkan sedia untuk dinikmati.

 

Info chef: Boleh bentukkan roti mengikut kesukaan masing-masing.

Published by
Nur