Nook at Aloft Kuala Lumpur Sentral teruja untuk membawa anda ke pengembaraan kulinari semasa perayaan Gawai Dayak, masa menuai dan kesyukuran.
Disusun oleh Chef Elossa dari Sarawak, menu festival ini menawarkan gabungan yang kaya dengan perisa tradisional Sarawak, termasuk hidangan utama Laksa Sarawak, Mee Kolok dan Manok Pansoh yang tidak dapat dipisahkan, di mana ayam dimasak dalam buluh untuk menghasilkan kepingan yang lembut dan mudah dibentuk dalam sup yang harum dan berkhasiat.
Anda juga berpeluang menikmati Ikan Terubuk Masin Goreng yang masin, lazat dan kulit rangup yang luar biasa.
NASI GORENG DABAIUMAI UDANG KAMPUNG OYAPANGSUH IKAN SIAKAPKERABU PEGAGA MUKAH
Jangan lupa merasa Ayam Lada Hitam Sarawak dengan Sos Berkrim Dabai.Masakan signature lain termasuk Umai Udang Kampung Oya, Ikan Rebus Serai Bersama Daun Singkil, Nasi Goreng Aruk, Ayam Masak Kacangma, Terung Asam Tumis Belacan serta Ikan Salai Lumek bersama Terung Asam.
Selain itu, bufet Nook’s Flavors of Sarawak turut menampilkan pelbagai pilihan antarabangsa. Anda boleh menikmati stesen pasta dan piza secara langsung, Seafood Ragout Casserole dan Chicken Roulade, kegemaran Malaysia seperti Sate Ayam & Lembu dan Ayam Masak Merah.
Hilangkan dahaga anda dengan minuman istimewa Sarawak seperti Teh C Peng dan “White Lady,” ramuan ais dengan susu sejat, sirap, campuran bahan seperti laici, longan, jeli dan hirisan buah-buahan tempatan.
KEK LAPIS DAN KEK LUMUT
Untuk melengkapkan hidangan anda, nikmati pelbagai kek tradisional Sarawak yang lazat, pencuci mulut dan makanan ringan. Jangan ketinggalan snek unik seperti Tebaloi, diperbuat daripada campuran tepung sagu, telur, kelapa kering, kunyit dan gula. Tumpik, lempeng Melanau yang dihasilkan daripada sagu, kelapa kering dan garam, dihidangkan bersama Gula Apong. Setiap pencuci mulut dihasilkan dengan teliti untuk memikat selera anda.
Bufet Perisa Sarawak berharga RM148 bersih/seorang; kanak-kanak berumur 7-12 mendapat diskaun 50%. Tersedia setiap Khamis hingga Sabtu dari 11 Mei – 10 Jun 2023, 6:00 petang – 10:00 malam.
Ads
Jangan lepaskan peluang menikmati Nook’s Flavours of Sarawak. Anda berminat boleh e-mel kukal.b&f@alofthotels.com.
Burger adalah makanan biasa sahaja. Namun jika bijak menjadikannya luar biasa, sudah pasti burger tersebut mendapat perhatian orang ramai. Itulah yang dilakukan oleh Loyal Burger apabila mempopularkan Salted Egg Cream Crispy Chicken Burger.
Menariknya salted egg yang digunakan bukanlah sos segera yang boleh didapati banyak di pasaran. Sebaliknya sos tersebut dihasilkan sendiri oleh pemilik Loyal Burger, Zuhdi Kamardin dan Ahmad Kamil. Semuanya demi kepuasan pelanggan dan dapat hasilkan hidangan burger berbeza berbanding burger biasa.
Menurut Zuhdi, menu tersebut dijual kerana dia mahukan kelainan burger yang ada di pasaran. Malah belum ada lagi mana-mana gerai burger yang menawarkan burger seperti yang tawarkan oleh LOyal Burger.
“Kami sukakan kelainan. Kami cari burger yang lain kerana kami yakin pelanggan mahukan sesuatu yang baru. Sejak 28 Februari 2019 kami buka gerai Loyal Burger dan sambutan amat menggalakkan. Daripada satu gerai, kini sudah ada dua gerai. Sambutan amat menggalakkan,” cerita Zuhdi.
Selain Salted Egg Cream, turut ada adalah Original Chessy Sauce, Double Salted Egg dan Double Original Chessy Sauce. Variasi yang boleh dipilih pula ada dua iaitu Crispy Chicken Burger atau Crispy Chicken Tenders.
“Alhamdullilah. Setahun usia gerai burger ini, kami mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pelanggan. Rata-rata pelanggan amat suka dan puji kesedapan Salted Egg Cream Crispy Chicken Burger. Memang burger itulah yang menjadi burger terlaris dalam senarai jualan kami,” katanya lagi yang mengatakan burger boleh dipesan melalui Food Panda.
Selain sedap, burger ini juga dijual pada harga amat berpatutan. Bermula dengan harga RM4.49 hingga RM7.99. Ternyata harga ini memang amat menarik pelanggan untuk membeli.
“Resipi salted egg ini adalah resipi daripada keluarga. Namun kami olah dan sesuaikan rasanya supaya semua orang dapat menerima cita rasa salted egg ini. Malah sesuai untuk semua lapisan umur,” katanya lagi mengakhiri bicara.
INFO GERAI Nama gerai : Loyal Burger Pemilik: Zuhdi kamardin & Ahmad Kamil Lokasi: Restoran Kambang KeLangit, XG-2, Blok K Jalan Plumbum 7X/X, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor & No 12, Jalan Boling Padang E 13/E, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Wajib cuba: Double Salted Egg Waktu operasi: 5.30 petang -12.00 tengah malam. Gerai Seksyen 7 (Rabu-Isnin) & Gerai Seksyen 13 (Ahad-Jumaat)
Pelbagai kisah usahawan kedai makan boleh dikorek apabila bercerita halangan ketika dilanda wabak COVID-19. Siapa sangka, disebabkan berhenti kerja dalam waktu wabak yang menggila sedang melanda, akhirnya lahirlah kedai makan di sebelah kediaman yang dinamakan Icelicious.
Menurut empunya Icelicious, Nazurah Ahmad, suaminya, Abdul Rashid Nordin yang bekerja di Singapura terpaksa meletak jawatan disebabkan ingin menjaga ibunya yang sakit. Sukar untuk menjaga ibu jika dia bekerja disebabkan tidak boleh keluar masuk seberang tambak kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Apabila mengambil keputusan berniaga sendiri, kami perlu lakukan bersungguh-sungguh. Menu yang ditampilkan juga perlu istimewa supaya lebih ramai pelanggan datang berulang kali,” ujarnya percaya niat yang baik pasti dibalas dengan seribu kemanisan.
Icelicious bermula pada Julai 2020 dengan menu iced blended sahaja. Disebabkan itulah namanya Icelicious. Namun pada Ogos 2022, menu ditambah kepada hidangan makan dengan menu utamanya ikan bakar. Jadi, namanya kini Icelicious Ikan Bakar.
Iced blended ada pelbagai pilihan. Namun yang popular adalah Coffee Caramel, Vanilla, Coffee Hazelnut dan Strawberry. Harga bermula dari RM7.00 hingga RM8.50.
Sedap minum ketika cuaca panas.
Manggo.Yummy!
IKAN BAKAR SOS DWIPILIHAN
Menariknya menu ikan bakar di sini, pelanggan boleh pilih sos dwipilihan. Sos tersebut sama ada sos sambal ataupun sos kuah pecel (kuah lemak cekur).
Pilihan ikan yang ada adalah:
– Cencaru
– Keli
– Pari
– Bawal
– Siakap
– Ada juga sotong
Sos kuah pecel (lemak cekur)
Sos kuah sambal
“Menu paling banyak permintaan adalah nasi lemak ikan bakar. Pada awalnya, kami ragu juga untuk buka menu ikan bakar sebagai hidangan makan malam. Biasanya orang suka tomyam. Namun, ternyata ikan bakar juga turut banyak permintaan walaupun pada waktu malam,” ujarnya lagi yang sentiasa berfikiran positif.
Nasi lemak ayam goreng.
Harga ikan bakar dan sotong bakar bermula dari RM6 hingga RM35 seekor.
“Iced blended mula dijual pada pukul 11 pagi. Manakala masakan panas dan ikan bakar kami mulakan dari pukul 4 petang. Kedai kami beroperasi hingga pukul 11 malam. Kami cuti pada setiap Khamis,” tambahnya.
Icelicious Ikan Bakar Lokasi: Jalan Bawal, Taman Jaya Diri 2, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor Waktu Operasi: 11 pagi hingga 11 malam. (Ikan bakar mula pukul 4 petang) Tutup setiap Khamis.
Cari port makan yang best? Wajib korang cuba, Kojo by 10 Gram, kafe di Tamarind Square dengan konsep makanan Japanese fusion.
Memasuki ke ruang dalaman kafe ini mata ralit dengan penataan gaya dekorasinya. Santai dan sangat cool. Pendek kata bukan hanya dapat menikmati makanannya yang pelbagai malah boleh ootd di setiap sudut yang anda mahu.
Krew Makan Di Mana sempat review beberapa signature makanan dan minuman di sini.
Kojo by 10 Gram, tampil dengan konsep dekorasi industrial.Terbahagi kepada beberapa sudut dan boleh juga pilih ruang atas jika ingin privacy.
Kalau korang prefer ayam,cuba menu Tori Teriyaki. Portion besar, boleh makan dua orang. Rasa nasi ni unik sebab rasa macam nasi dibakar. Walaupun rasa kelainan tapi boleh diterima tekak. Memang kenyang gaiss.
Boleh cuba menu Chilli Crab and Egg kalau nak rasa sesuatu yang lain dari kebiasaan. Di dalam telur ada campuran chili crab, fuh lain macam rasanya. Satu pinggan ni memang puas makan.
Bagi penggemar pasta, Tiger Prawn Aglio Olio korang kena pilih. Agak sedikit pedas, tapi kombinasi udang di dalam pasta ni melengkapkan lagi hidangan ini. Aglio olio ni boleh jer orang habiskan sebab rasanya super sedap.
Di Kojo ada handbrew coffee dan refreshing drink. Jadi Imran cuba refreshing drink macam Pink Limenade, Apple Mohito dan Fuji Peach. Best!
handbrew coffeeFuji peach tea
Lain-lain menu pun tak kurang enak,jadi kenalah datang sendiri cuba.Tak rugi datang sini gaiss.
Kojo by 10 Grams dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi – 9.30 malam. Lokasi di Tamarind Square sebaris dengan kedai PLNTco dan Lauk Kampung.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!