Ramadan kali ini jom nikmati pelbagai hidangan tradisional Malaysia yang pasti buatkan anda rindu masakan ibu, semua disajikan dalam suasana yang nyaman dan elegan. Harga pun berbaloi, jadi ajak keluarga dan kawan-kawan datang berbuka, pasti puas hati.

Citarasa Nostalgia: Bufet Ramadan Unik Dengan Hidangan Tradisional Malaysia

KOPETRO Catering dengan bangganya mempersembahkan bufet Ramadan Citarasa Nostalgia, satu perjalanan kulinari yang mengasyikkan dengan pelbagai hidangan tradisional Malaysia. Bufet ini direka khas untuk mengimbau semula rasa autentik dari zaman silam sambil menawarkan pengalaman menjamu selera yang eksklusif dalam suasana yang elegan.

Citarasa Nostalgia: Bufet Ramadan Unik Dengan Hidangan Tradisional Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, “Citarasa Nostalgia” diangkat sebagai tema bagi menggambarkan sebuah pengalaman yang mengimbau kembali nostalgia dan kenangan indah bulan Ramadan. “Kami menyediakan pelbagai hidangan tradisional yang telah menjadi kegemaran ramai,dengan sentuhan moden untuk meningkatkan lagi kelazatannya. Suasana yang dibentuk juga membawa tetamu merasai kemeriahan dan keberkatan bulan Ramadan bersama orang tersayang,” katanya.

Harga berbaloi dengan lokasi strategik

Merupakan kali pertama menganjurkan juadah Ramadan, jelas Shakir dia berharap agar harga yang ditawarkan di bawah RM100 ini dapat memberikan pengalaman bermakna buat keluarga untuk menikmati hari berbuka bersama.“Ini adalah kali pertama kami menganjurkan bufet Ramadan di venue ini dan kami berharap dapat memberikan pengalaman yang istimewa kepada para pelanggan. Kami berharap dapat mencipta kenangan manis untuk keluarga dan rakan-rakan yang datang berbuka puasa bersama,” kongsi Shakir .

Ads

Citarasa Nostalgia: Bufet Ramadan Unik Dengan Hidangan Tradisional Malaysia

Memilih Awan Space Heritage Hall sebagai lokasi, katanya kemudahan yang disediakan selesa dan strategik.“Kami memilih venue ini kerana suasana yang tenang dan selesa, sesuai untuk menjamu para tetamu dalam suasana yang penuh keceriaan. Selain itu, lokasi yang strategik dan kemudahan yang disediakan juga sangat memudahkan pelanggan untuk menikmati hidangan dengan selesa,” tambahnya lagi.

Citarasa Nostalgia: Bufet Ramadan Unik Dengan Hidangan Tradisional Malaysia

Dengan persekitaran yang diilhamkan dengan menampilkan kekayaan rasa nostalgia masakan tradisional Malaysia serta pengalaman menjamu selera yang mesra, tawaran harga serendah RM50 bagi kanak-kanak dan RM75 bagi dewasa pastinya cukup berbaloi dengan lebih 100 menu setiap hari.

Menu Istimewa :

Ayam Golek Berperisa Oriental dihidangkan dengan Sos Istimewa, Kambing Goreng Berempah bersama Kentang Panggang.

Sup Harian: Sup Ayam Kampung, Sup Tulang Rawan dan lain-lain.

Pasta Istimewa: Spaghetti Tomato Basil.

Citarasa Nostalgia: Bufet Ramadan Unik Dengan Hidangan Tradisional Malaysia

Sudut Pencuci Mulut: Pengat Keledek Manis, Bubur Pulut Hitam, aneka biskut, kek,

pastri dan kuih-muih tradisional.

Sudut Nostalgia: Gula-gula zaman kanak-kanak, Aiskrim Malaysia, Air Botol Longchan,

Ads

aneka biskut tin.

Minuman: Pelbagai Air Balang dan minuman panas.

Citarasa Nostalgia: Bufet Ramadan Unik Dengan Hidangan Tradisional Malaysia

Bufet ini akan bermula dari 3 hingga 28 Mac ini. Dapatkan tawaran pada harga yang lebihrendah dengan tempahan awal sebelum 28 Februari. Boleh hubungi pihak KOPETRO Catering  atau isi link ini https://bit.ly/buffetcitarasanostalgia

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Kudapan Lejen Ni Buat Anda Tak Henti Mengunyah

Ads

Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI